21 Januari 2013

Panas ! Pembangkang Mula Mengamuk..Dengark nie orang Kedah..!!! (+Video )


Serangan peluru kapur pembangkang di Kedah menjelang PRU13

Beberapa hari kebelakangan ini pembangkang di Kedah (BN) memperhebatkan serangan terhadap kerajaan negeri dalam beberapa isu. Hampir 5 tahun ketinggalan dalam isu, di minit-minit terakhir menjelang pilihanraya baru mereka muncul membuat serangan yang tampaknya macam bertubi-tubi tapi hakikatnya cuma peluru kapur. Sudahlah peluru kapur, sasaran pun tidak mengena.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang menyelar kerajaan negeri kononnya tidak melaksanakan janji untuk membuat tender terbuka terhadap semua projek kerajaan negeri. Beliau menyenaraikan projek tersebut iaitu projek Aman Central RM500 juta, Amansuri RM109 juta, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) RM330 juta dan Sungai Limau Hidrocarbon Hub (SULIHH) RM36 billion.

Pendedahan Tan Keng Liang diikuti oleh kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim yang mendesak Ustaz Azizan mengundur diri sebagai Menteri Besar. Malang sungguh Pemuda Umno menjadi Pak Turut kepada Gerakan dengan membuta tuli tanpa mengetahui hujung pangkal isu.

Penjelasan pertama berhubung semua serangan BN itu ialah, tender terbuka tidak pernah disebut dalam manifesto pilihanraya PAS PRU12 lalu. Apa yang PAS janjikan ialah, melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Tender terbuka adalah antara kaedah menjamin ketelusan tetapi yang dijanjikan bersama ialah adil. Adil maknanya meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Memilih kontraktor yang tawar harga paling murah sampai tak masuk akal hingga tak mampu nak laksanakan kerja, itu menghilangkan sifat adil seperti dijanjikan dalam manifesto.

Cuma pihak pembangkang sangat terikat dengan ‘tender terbuka’ dalam pemikiran mereka apabila Menteri Besar sering menyebut kejayaan meningkatkan hasil balak ialah kerana kerajaan memperkenalkan tender terbuka. Jika dahulu balak diberi secara runding terus tetapi kini siapa dapat menawarkan harga paling tinggi, mereka diutamakan.




Kerajaan negeri menyerahkan projek kepada Kedah Sato untuk pembinaan KUIN tidak menimbulkan apa-apa konflik kepentingan kerana Kedah Sato adalah anak syarikat Bina Darulaman Berhad merupakan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Kedah. Jika ada keuntungan pun maka, maka untungnya masuk ke poket kerajaan negeri juga dalam bentuk pemberian dividen tahunan. Ia berbeza dengan amalan GLC di bawah BN dulu di mana untung syarikat diguna untuk menampung program makan angin ke luar negeri atau membiayai program politik BN.

Mengenai projek Aman Central, Amansuri dan SULIHH ia adalah projek pelaburan. Kerajaan negeri tidak keluar satu sen pun untuk biayai projek. Tender terbuka atau ketelusan bertujuan untuk jimatkan duit kerajaan negeri tapi untuk semua projek pelaburan, pelaburlah yang kena fikirkan sendiri bagaimana mereka hendak menggunakan kos yang optimum untuk keuntungan yang maksimum. Kerajaan negeri tidak perlu ambilalih kerja pelabur.

Mana-mana kerajaan berusaha membuat promosi untuk tarik pelabur. Takkanlah bila pelabur datang kita minta mereka sertai tender terbuka pula sebagai tapisan kelayakan menjadi pelabur. Ini idea kartun oleh pembangkang di Kedah yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan setakat ini.

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...