25 Disember 2012

Kantoi ! BN Selangor Edar Air Mineral , Air Minuman atau Air Jampi...???


BN S'gor digesa jelas keluaran air mineral

BN wajar mengikut akta atau undang-undang bukan main taram je...

Ketua Biro Hak Pengguna PKR, Yahya Sahri meminta Barisan Nasional (BN) Selangor menjelaskan isu pengagihan air mineral kepada orang ramai yang dikatakan tidak melalui proses pengeluaran dan pengedaran mengikut prosedur yang ditetapkan.

Justeru beliau menggesa BN Selangor menjelaskan prosedur pengeluaran dan pengedaran air tersebut secara terperinci bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dikalangan rakyat.

“Ini air yang diedarkan oleh BN kepada orang awam di mana-mana program. Tengok pada sudut air ini memang tiada apa-apa salah,” katanya.

“Dalam memastikan air-air ini diedarkan kepada rakyat, air mineral ini mesti mematuhi Akta Makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan, ini yang pertama.


“Mesti juga mematuhi Akta Halal dan juga Akta Perihal Perdagangan 2011 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan dan Penggunaan, jadi ada tiga akta yang perlu dipenuhi sekiranya kita menjual air mineral atau mengedarkannya kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di ibu pejabat Keadilan tadi.

Yahya selain itu berkata jika kerajaan BN Selangor gagal menjelaskan pengeluaran dan pengedaran tersebut, beliau tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke muka pengadilan yang sewajarnya.

“Untuk individu di bawah Akta Halal saja, kesalahan akan dikenakan RM5 juta, kalau di bawah perdagangan dikenakan denda sebanyak RM10 juta di bawah Seksyen 28, jika melanggar akta ini boleh dikenakan denda sedemikian,” katanya lagi.

NONE

Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 mengenakan hukuman seperti berikut.

a) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan didenda tidak melebihi lima juta riggit dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau

b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi lima juta ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Ditanya sama ada sudah membawa isu ini ke mana-mana Persatuan Pengguna di negara ini, Yahya bagaimanapun berkata masih lagi mengumpul bukti dan mahu mendedahkannya kepada media terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...