23 Disember 2012

Hot ! Berita Yang Disembunyikan Oleh TV3 & Utusan....

Bukit Botak : Akhirnya, Satu Lagi Janji Umno-BN Ditunaikan Pakatan Rakyat


SELAYANG 22 Dis: Setelah menanti hampir tiga dekad untuk janji Umno-BN tepati, hampir semua peneroka asal Bukit Botak hari ini menerima surat tawaran kepada rumah mereka yang telah disiapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Seramai 961 individu daripada 1,020 pemilik rumah Bukit Botak telah diberi surat tawaran rumah berkembar teres satu tingkat pada satu majlis hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Mereka antara peneroka asal yang pada 1985, dijanjikan tanah oleh Kerajaan Umno-BN di dalam skim penempatan semula Bukit Botak.

“Bila buat cadangan penyelesaian pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana telah tertipu oleh (kerajaan) dahulu.

“Di mana mereka diminta tandatangan untuk beri hak mereka kepada pemaju yang akhirnya tanah mereka tergadai,” kata dalam ucapannya di majlis pemberian surat tawaran rumah Bukit Botak pagi tadi.

“Sekarang rumah telah siap dan surat rasmi pun telah diberikan, rakyat nampak yang kita boleh melaksanakan apa yang kita janji.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas keyakinan mereka terhadap kerajaan,” kata Abdul Khalid.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.


Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.

Kesemua 1,422 unit rumah dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac tahun depan.

Dalam sidang media, Abdul Khalid berkata sehingga kini 1,020 pemilik rumah telah disahkan layak untuk memiliki rumah di Bukit Botak manakala 400 orang yang lain sedang menjalani proses kelayakan yang diuruskan oleh Pejabat Tanah Gombak.

Skim itu dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan syarikat tersebut membelanjakan subsidi kira-kira RM 79.6 juta bagi menyiapkannya.

Setiap unit rumah ditawarkan pada harga RM 99,000 bagi unit standard dan dibangunkan dengan rekabentuk moden. Ia mempunyai keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

PKNS turut menyediakan tapak masjid, tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi.


Peneroka Bukit Botak : “Dulu Janji Tak Pernah Jadi, Sekarang Baru Jadi”


Ketika Rajiah Omar melepaskan rumah lamanya di Kampung Bukit Botak kerana dijanjikan rumah baru oleh Kerajaan Selangor Umno-BN, beliau hanya berumur 46 tahun.

Setelah bertahun-tahun menunggu, beliau dan beratusan peneroka bandar Kampung Bukit Botak yang lain hilang harapan bahawa Kerajaan Umno-BN yang dahulu akan mengotakan janji dan membina rumah baru yang dinantikan.

“Dulu masa Umno mana pernah dapat. Dah lama tak dapat. Kata (nak buat) rumah RM 45,000 tak dapat, RM 25,000 tak dapat.

“Kata (nak dapat) tanah pun tak dapat,” kata Rajiah, yang sekarang berumur 73 tahun.



“Dah ada Menteri Besar ini baru dapat,” kata nenek yang mempunyai 21 orang cucu itu yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rapiah di antara 961 orang peneroka bandar Bukit Botak yang diberikan surat tawaran rumah di dalam satu majlis yang dirasmikan Abdul Khalid pagi tadi.

Sebanyak 1,422 unit di dalam skim perumahan itu yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan berharga RM 99,000, dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac tahun depan.

Seorang lagi penerima, Bukhari Ismail 52, berkata kejayaan merealisasikan impian peneroka Bukit Botak adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri.

“Dulu dengan karenah jadi tak jadi, jadi tak jadi. Sekejap jadi, sekejap tak jadi.

“Akhir sekali sekarang ni jadi. Kerajaan (Negeri) ini betul-betul prihatin. Terima kasih kepada kerajaan negeri, terutama sekali Menteri Besar Selangor.”

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Kampung Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.



Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.

Rumah berkembar yang ditawarkan pada harga RM 99,000 bagi unit standard ini dibangunkan dengan rekabentuk moden dengan keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

PKNS sebagai pemaju projek turut menyediakan sebuah tapak masjid, sebuah tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi.

Dianggarkan bahawa PKNS telah membelanjakan subsidi sebanyak
RM 79.6 juta untuk membangunkan Bukit Botak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tv3 dan utusan menipu boleh lah seperti yg baru ni tv3 siar tentang pembangunan tasik pedu pas tu cakap pasal gunung inas tak hang tak perasan yang ayak sungai hutang simpan gunung inas tu pi kat mana kat merbau pulas sikit jauh ka pedu dgn sg muda tak belajak geography kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...