29 November 2012

Panas ! Terima Kasih Kak Zat, Akui peranan Blogger Pro Pembangkang..


Shahrizat selar media ‘pro pembangkang’ dalam ucapan penggulungan



KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) dalam hari ini menyelar portal media yang dikatakan ‘pro pembangkang’ dan meminta mereka agar tidak menulis dengan sesuka hati.


“Media hari ini... Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk belajar. Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit', mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab.

“Tambah portal-portal ni. Guna nama Malaysian… Betul?

"Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan maruah.

“Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja tanpa tanggungjawab. Helah kamu — letak tajuk macam tu, kemudian orang yang dikenakan nak kena jawab, kamu tak payah jawab.

“Mana boleh macam tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu, buatlah. Boleh?” kata Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.

Sebelum itu, Shahrizat turut meminta media massa agar bersikap adil kepada Wanita Umno dengan memberikan lebih bayak liputan dan bukan hanya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang hanya mempunyai dua tiga orang ahli .

“Susah sangat untuk keluarga Wanita Umno dapat coverage (liputan).

“Saya minta media berlaku adil kepada Wanita Umno,” katanya.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Shahrizat memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita tidak lagi di tampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember.

Lebih 5000 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara membanjiri PWTC untuk mendengar amanat pemimpin mereka menjelang pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...