03 Julai 2012

PRU13 RAKYAT MALAYSIA WAJAR SINGKIRKAN NAJIB & BN!


Dakwaan campur tangan Najib dalam pemilihan kontraktor yang bukan pakar dalam projek LRT adalah satu yang bahaya kepada rakyat Malaysia kita lihat Pembinaan stadium di Terenganu yang runtuh kerana campur tangan ahli politik yang berkepentingan yang kemudian tidak diuruskan secara profesional maka projek RM280 juta bukan saja gagal tetapi memalukan Malaysia dimata dunia.


Sekiranya projek sambungan LRT yang bernilai RM1 billion ini terdapat penyelewengan ia memungkinkan berlakunya penyelewengan dalam projek lebih besar seperti MRT.Kos projek MRT telah melambung dari RM37 billion kepada RM100 billion dan ini akan menambah hutang negara dengan membandingkan dengan ratio Kadar Dalam Keluaran Kasar (KDNK).


PKR mahu gunakan isu LRT Ampang sebagai bahan kempen

PETALING JAYA 3 Jul — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu menggunakan isu tender dalam bidaan projek tambahan LRT Ampang sebagai bahan kempen untuk pilihanraya akan datang walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tender tersebut dilakukan secara teliti Jumaat lalu.

"Kami akan turun ke kawasan dan berkempen tentang isu ini, terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat dengan memberitahu maklumat-maklumat teknikal, supaya mereka tahu campurtangan Najib ini membahayakan penduduk setempat", kata Rafizi dalam sidang media pagi tadi.


Menurut Rafizi (gambar), laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan.

Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) Datuk Shahril Mokhtar melalui sepucuk surat bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi oleh Najib sendiri.

Keputusan penilaian dari Halcrow juga menyatakan George Kent tidak ada kepakaran membina projek LRT sebaliknya membuat meter air.

Halcrow dalam laporan yang diberikan oleh Rafizi melaporkan bahawa George Kent juga sebelum ini hanya membuat projek bernilai RM40 juta tetapi projek ini bernilai RM 1 billion, dan diragui kemampuannya untuk menguruskan projek dengan baik.


"Bagaimana kita mahu percaya projek ini bakal berjalan dengan baik kalau syarikat ini tidak pernah menjalani projek besar sebelum ini?" Rafizi mempersoal kemampuan syarikat George Kent.

Menurut Rafizi, JPMK telah memilih syarikat Balfour-Beatty dalam bidaan, tetapi Najib telah memilih George Kent JV untuk projek tambahan LRT Ampang yang bernilai RM1 billion itu.

Rafizi memohon Najib untuk menjelaskan campurtangan beliau dalam bidaan tersebut.

Menurut Rafizi ini penting bagi memastikan rakyat mengetahui fakta sebenar memandangkan projek ini melibatkan keselamatan rakyat dan tidak mahu laluan asal LRT Ampang tidak terjejas dengan projek ini.

Beliau bimbang sekiranya projek sambungan LRT yang bernilai RM1 billion ini terdapat penyelewengan ia memungkinkan berlakunya penyelewengan dalam projek lebih besar seperti MRT.

Rafizi mendakwa projek MRT telah melambung dari RM37 billion kepada RM100 billion dan dia memantau hutang negara dengan membandingkan dengan ratio Kadar Dalam Keluaran Kasar (KDNK).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...