05 Julai 2012

PANAS MAKLUMAT BOCOR!!! NAJIB TANGGUH PRU SEBAB KRISIS PEREBUTAN JAWATAN MB & KM

Tangguh PRU sebabkan perebutan jawatan MB, kata sumber BN


Penangguhan pilihan raya umum (PRU) menyebabkan berlakunya persaingan merebut jawatan menteri besar bagi pemimpin Barisan Nasional (BN) yang percaya Datuk Seri Najib Razak akan membuat perubahan untuk memastikan program transformasi disokong di setiap peringkat, kata sebuah sumber dalam kerajaan pusat.

Ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dikatakan sudah bersedia untuk berkhidmat di pusat setelah memimpin negeri kecil itu semenjak 1999. The Malaysian Insider telah melaporkan pada bulan Mei lalu tentang hanya menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan dari Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, yang sudah dijamin terus bertugas jika BN masih menang di kedua-dua negeri tersebut.

“Perlumbaan menjadi semakin sengit selagi pilihan raya tidak diumumkan. Ramai yang mahukan jawatan tersebut melobi agar diberi peluang," kata seorang pemimpin BN kepada The Malaysian Insider.


Dikhabarkan, Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, telah bertemu dengan beberapa orang pemimpin Umno yang dilihat layak untuk menggantikan mereka-mereka yang telah memimpin negeri semenjak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad masih PM yang tamat pada 2003.

Selain dariada Mohd Ali, menteri besar yang telah lama memerintah adalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman yang telah memimpin Johor semenjak 1995 dan Pahang oleh Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengambil alih jawatan pada tahun 1999.

Daripada semua, paling lama tidak lain adalah ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud,

yang berjaya memimpin kemenangan BN dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu. Penggal ini dilihat sebagai penggal terakhir Taib yang telah memegang kuasa semenjak 1981, tahun sama Dr. Mahathir angkat sumpah sebagai PM.

Sumber BN berkata, ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron adalah calon teratas untuk menggantikan Mohd Ali sebagai pemimpin negeri. Di lihat sebagai sekutu rapat ketua menteri Melaka, Idris juga adalah pengerusi bagi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), agensi kerajaan yang seringkali ambil alih projek perumahan terbengkalai dan menguruskan projek perumahan kos rendah.

Dizaman Tun Abdullah Badawi, Idris adalah timbalan menteri selepas PRU 2008 tetapi digugurkan selepas Najib ambil alih PM pada bulan April, 2009.

Dua lagi calon untuk jadi ketua menteri Melaka adalah ahli parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman dan exco negeri, Datuk Ghafar Atan. Ketiga-tiga calon merupakan ketua bahagian Umno kata satu sumber.

Di Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dikatakan akan menyertai kabinet di pusat selepas PRU 13 ditukarkan dengan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kata satu lagi sumber BN.

“Perak mempunyai ramai pemimpin yang mengintai jawatan tertinggi negeri. Pertukaran antara Zambry dan Ahmad Husni dilihat lebih menguntungkan.” kata sumber itu lagi sambil menjelaskan terdapat beberapa pemimpin yang berfikir mereka boleh melakukan kerja dengan lebih baik daripada Zambry. Adun Pangkor adalah calon “terkejut” sebagai MB selepas BN ambil kembali negeri pada Febuari 2009 selepas tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) melompat parti.

Di Pahang pula, Adun Lanchang, juga pemimpin nombor dua Umno negeri disebut-sebut sebagai pilihan utama untuk menggantikan Adnan yang berpengalaman dan berguna di Putrajaya.

Sementara di Kedah, spekulasi mengatakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Mukhriz Mahathir boleh menjadi MB jika BN berjaya rampas negeri dari PR yang menang pada tahun 2008. Ahli parlimen Jerlun itu adalah timbalan ketua Umno Kedah tetapi tidak pernah menang kerusi Dun.

Sumber BN turut berkata, perlumbaan untuk merebut jawatan tertinggi negeri di Johor, Selangor dan Terangganu menjadi semakin sengit selagi PRU ditangguhkan. Najib mempunyai masa untuk memanggil pilihan raya selewat-lewatnya April tahun depan akan tetapi, terdapat spekulasi akan diadakan bulan ini atau selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.

Calon utama bagi Selangor adalah timbalan pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar akan tetapi sumber mengatakan beberapa tokoh korporat turut dimasukkan dalam senarai Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

“Setiap minggu akan ada nama baru tetapi Najib berhati-hati dan akan mengambil masa untuk buat keputusan,” kata sumber.

Sumber yang memberitahu The Malaysian Insider pada bulan Mei lalu, BN akan mengambil kira pendangan istana negeri seblum mencadangkan sesiapa. “Ia harus seseorang yang dipersetujui dan di hormati oleh Istana negeri, jika tidak akan berlaku kekecohan,” memberi contoh pertukaran saat akhir di Perlis dan Terangganu selepas pilihan raya 2008.

Selepas 8 Mac 2008, ketua BN pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi mencalonkan datuk Seri Shaidan Kassim untuk terus memimpin Perlis tetapi ditolak oleh Raja Perlis.

Di Terengganu, Istana negeri menolak calon Abdullah, datuk Seri Idris Jusoh untuk sambung sebagai menteri besar sebaliknya menyuruh Datuk Seri Ahmad Said untuk mengangkat sumpah sebagai menteri besar walaupun terdapat protes dan tentangan besar dari Umno Terangganu termasuklah pemecatan semntara menteri besar baru dari parti. Isu kemudian selesai apabila Abdullah setuju dengan pilihan Istana.

Najib yang akan menyemak satu persatu calon, telah berkata keputusan akhir terletak ditangannya termasuklah bagi 13 parti komponen BN.

Walaupun telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam kerajaan, ini adalah kali pertama Najib memimpin BN dalam PRU dan beliau turut memerlukan mandat sendiri.

Penganaliis bersetuju bahawa Najib akan terus memenangi PRU 13 cuma yang menjadi persoalan adalah size kemenangannya.

Pilihan raya akan datang bakal menyaksikan pertambahan 2.2 juta pengundi kepada 12 juta pengundi berdaftar. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima cadangan untuk menggunakan dakwat kekal dan sekurang-kurangnya 10 hari berkempen dalam pilihan raya akan datang selepas protes agar pilihan raya bersih dan adil.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...