31 Julai 2012

Kantoi lagi...Najib malukan bapanya Tun Razak?

Tun Razak Exchange: Satu lagi projek mega yang gagal?



Ketua publisiti DAP kebangsaan, Tony Pua telah membayangkan kemungkinan Tun Razak Exchange (TRX) yang telah dijenamakan semula, bakal berakhir sebagai satu lagi projek mega yang gagal

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa TRX, yang dahulunya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), akan menjadi "lebih inklusif", tetapi Pua berhujah ia sebenarnya menjadi "lebih eksklusif" dengan proses penjenamaan semula itu.

"Tiada apa-apa jua dalam ucapan (Najib) yang menunjukkan bagaimana projek mega itu telah menjadi lebih inklusif," kata Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.


Sebaliknya, tegas Pua, Najib telah membayangkan bagaimana projek itu akan menjadi lebih eksklusif dengan lebih insentif yang dijanjikan kepada mereka yang bercadang untuk mengambil bahagian dalam projek itu.

Beliau menjelaskan bahawa insentif cukai yang sedia ada "tidak pernah didengari" dan menunjukkan betapa sukarnya untuk melaksanakan projek itu.

Janji insentif yang lebih banyak itu menunjukkan bahawa insentif awal pun tidak mencukupi, kata Pua.


Beliau menegaskan, di bawah KLFID, syarikat yang berkelayakan sudah pun menikmati pengecualian cukai selama 10 tahun, serta faedah lain seperti pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman dan perkhidmatan.
-MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...