16 Jun 2012

KHIR TOYO JADI TUKANG SPIN NAJIB!



Alahai Khir Toyo 1Malaysia dah kenal Zamil dan Najib, semua kerja membeli Ahli MP, Adun dan Ketua-ketua parti pakatan kerja mereka. Kalau nak harap Ketua Bahagian dah lama UMNO bungkus yang depa tau...cuma mengumpulkan pengaruh dan kekayaan peribadi.

Dakwaan Umno beli wakil Pakatan Rakyat melucukan, Dr Mohd Khir Toyo berkata, ia semata-mata untuk memburuk-burukkan Umno Selangor

SHAH ALAM: Umno Selangor menganggap menggunakan bekas pemimpin PKR Zamil Ibrahim untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya menyertai BN melucukan dan sukar dipercayai.
Bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo berkata, dakwaan itu semata-mata untuk memburuk-burukkan Umno Selangor.

“Nampak lucu. Kenapa Umno memerlukan Zamil, beliau bukan ahli Umno dan bukan orang Selangor. Kalau BN nak buat, mereka ada pengerusi, ada ketua bahagian.“Saya ingin menegaskan memang tidak ada usaha untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata ADUN Sungai Panjang itu.

Dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, dua pemimpin Pakatan Rakyat – Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad – mendedahkan individu yang dipercayai Zamil sedang berunding dengan wakil rakyat Pakatan Pakatan dengan tujuan membeli mereka supaya menyertai BN.

Semalam Zamil pada mulanya mengatakan SUA PKR Dato' Saifudin mengarut tetapi kemudian beliau mengangku mengaturkan pertemuan untuk membeli MP PR dengan lebih RM2j kerana rakaman Video ada ditangan pemimpin PR.



ALOR SETAR: Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010.

“Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR,” katanya. Beliau menambah bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa perbincangan itu.

“Tetapi saya nafikan sama sekali ini adalah agenda Umno ataupun Barisan Nasional. Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN,” katanya.

Zamil menegaskan beliau diberitahu oleh beberapa rakannya dari Umno Kedah bahawa Umno tidak berminat membeli mana-mana ADUN atau ahli parlimen PKR yang ingin keluar parti.
Bagaimanapun, Zamil bekas Ketua AMK Kedah berkata, beliau tidak dapat mengesahkan 100 peratus kerana gambar dan VCD berkenaan kabur.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...