11 Jun 2012

SKANDAL KM SABAH TERBONGKAR LAGI!

KANTOI! Skandal Musa Aman Terbongkar Lagi!


Bukti telah ada dimana SPRM, tiada tindakan yang tegas diambil yang kini menjadi isu antarbangsa dimana NGO antarabangsa telah membawa kes Wang Haram dan Rasuah kes Balak ke PBB.

Lagi dokumen dipaparkan di laman pembocor maklumat Sarawak Report berkaitan dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dokumen berupa kenyataan bank dan kenyataan atas sumpah yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes sivil yang difailkan pengusaha balak terhadap Bank UBS AG di republik itu.

Pembalak itu, yang tidak didedahkan indentitinya oleh laman itu, merupakan pemilik berdaftar akaun bank yang didakwa digunakan untuk mencuci bayaran secara tidak sah oleh syarikat pembalakan kepada Musa.


Menurut laman itu, peniaga itu mendakwa dia diabaikan secara tidak sah apabila UBS mematuhi arahan untuk mengosongkan akaun dan memindahkan wang secara langsung ke akaun lain atas nama Yap Loo Mien.

Satu resit urusniaga pindahan wang sebanyak USD277,975 (RM845 ribu) (gambar bawah) melalui sebuah cawangan bank UBS AG di Stamford Branch, Singapura menunjukkan butiran deposit untuk konsesi balak dikenakan sebanyak USD25 (RM77) membuktikan dakwaan tersebut sememangnya berasas.

Yap merupakan isteri kepada Michael Chia, yang dihuraikan sebagai penama dan pengantara antara Musa dan pembalak.


Nailed! Musa’s Lies Are Countered By Swiss UBS Bank In Court Evidence!

Sabah Chief Minister, Musa Aman, branded Sarawak Report maliciously motivated liars and implied we were master forgers, after we revealed financial documents showing that his nominee, Michael Chia, had laundered nearly a hundred million US dollars of timber kickbacks on his behalf.

However, we now challenge him to name the Swiss bank UBS AG liars as well, because their submissions to a current court case in Singapore confirm our evidence! In a sworn statement UBS AG declares that money was indeed paid to Musa Aman’s own sons from a series of accounts that had received huge sums from logging concerns.

The bank names the very accounts and payments that we referred to in our original reports, proving that the documents in our possession are not forgeries. Rather they are genuine bank statements.


Chia Tien Foh (Michael Chia) gives sworn testimony in the same Singapore court case, which also confirms our reports that he was Musa’s front man for this entire money-laundering operation.

Chia, who was arrested trying to smuggle SGD16 million (RM35 million) out of Hong Kong in 2008, alleges before the court that he was the real controller of these accounts, even though they were held in the name of a so-called nominee.This claim confirms his direct financial links to Musa Aman – links that the Chief Minister has been desperately attempting to deny:

“I wish to put it on record once again that I have no business association whatsoever with an individual named Michael Chia” [Musa Aman statement 12/11/12]

BERITA BERKAITAN DILAPURKAN -AHAD, 20 MEI 2012

Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland -


Cubaan Malaysia menyembunyikan skandal penyelewengan wang hasil rasuah pembalakan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, kini mulai dibongkar. Berikutan pendedahan yang kami lakukan ke atas beberapa dokumen yang digunakan untuk menuduh itu, beberapa badan antarabangsa telah mula meneliti bahan-bahan bukti itu.

Bahan-bukti seperti itulah yang dinafikan oleh Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail. Secara khususnya, fokus kini bertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh bank Switzerland terbesar iaitu bank UBS, yang telah mengendalikan suatu jaringan akaun yang kompleks bagi pihak Musa Aman dan rakan sejenayahnya.

Hanya kurang seratus juta dollar telahpun disalurkan menerusi akaun-akaun UBS ke destinasi terakhirnya, iaitu akaun bank di Zurich di bawah nama Musa Aman. Turut menggunakan wang haram itu adalah anak-anak lelakinya yang menuntut di Australia.


Persoalan-persoalan yang kembali menghantui UBS

UBS telah berperanan berkhidmat untuk Musa Aman dengan membantu rakan-rakan politiknya dalam BN menutupi salah-laku tersebut.

Pada hari ini MP Carlo Sommaruga telah membangkitkan beberapa siri persoalan dalam Dewan Parlimen Swiss di Berne, setelah dia menyatakan kerisauannya terhadap penglibatan bank Swiss terbesar dalam transaksi kewangan yang penuh skandal itu.

Menurut Bruno Manser Fund (BMF), beliau telah menuntut diperjelaskan butir-butir pertuduhan yang terlibat, berikutan pendedahan dari Pejabat Peguam Negara Swiss yang telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di Hong Kong yang telah meminta maklumat selanjutnya mengenai kes Musa Aman.

Dia juga bertanya sama ada kerajaan Swiss telah didatangi oleh penguatkuasa undang-undang dari Malaysia berkenaan perkara itu dan sama ada Switzerland akan membantu di segi bantuan perundangan kepada Malaysia.

Bekukan Aset-Aset Taib




Tambahan pula, menurut BMF, Carlo Sommaruga sedang mendesak kerajaan Swiss untuk membekukan aset-aset milik Musa Aman dan rakan sejenayahnya, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga ahli-ahli keluarganya.

Beliau juga meminta diperjelaskan apakah jenis perlindungan yang dijangka dalam Perjanjian Perdagangan Bebas antara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, dan Malaysia yang akan menghalang hasil rasuah Malaysia daripada mengalir ke Switzerland.

Pakar undang-undang kini meneliti perkara ini dan Musa Aman, yang telah menuduh Sarawak Report memfitnahnya, dan UBS harus merasa lebih bimbang tentang bagaimana mereka akan menjelaskan bagaimana wang berjuta-juta dolar yang telah berangkaian di seluruh dunia dalam perjalanan ke Zurich, termasuk ke Amerika Syarikat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...