24 Februari 2012

TANAH BAYAN MUTIARA: ZAINAL ABIDIN HANYA PUSING CAKAP

Bayan Mutiara: 'Rundingan' hanya alasan Zainal Abidin, kata Guan Eng


PENGERUSI Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terus didesak supaya meninggalkan arena politik gara-gara gagal mengemukakan bukti mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara oleh kerajaan negeri kepada pemaju Ivory Properties Group Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Zainal membangkitkan soal maksud "menerusi rundingan" sebagaimana dipetik pada dokumen Ivory menerusi media arus perdana, semalam, disebabkan beliau tidak mempunyai fakta bagi membela diri.Seorang lagi pemimpin Umno yang didesak melepaskan jawatan adalah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Jika Ivory sendiri menyatakan bahawa proses pembelian (tanah) Bayan Mutiara ini dilakukan secara tender terbuka, hujah apa lagi yang dia (Zainal) ada untuk mengatakan bahawa tiada tender terbuka dilakukan oleh kerajaan negeri (dalam proses menjual tanah Bayan Mutiara).

"Kalau ada maruah, undurlah. Saya rasa dia (Zainal) faham bahasa Inggeris, tetapi buat-buat tak faham maksud 'following negotiation' (dan) 'upon the award' pada dokumen yang dikemukakan oleh Ivory kepada Bursa Saham (Malaysia)," ujarnya pada sidang media di Komtar, George Town.

Seksyen 2.1.7 pada halaman 5 dokumen Ivory tersebut menyebut, "The purchase consideration of RM1,072,203,264 for the Land was arrived at following negotiations (emphasis mine) between Ivory, CMI and PDC, upon the award of acceptance through a tender exercise arising from the request for proposals exercise in respect of the purchase and development of the Land."

[Terjemahan: "Harga RMN1.072 bilion untuk tanah yang dicapai menerusi rundingan di antara Ivory, CMI dan PDC, sebaik sahaja penerimaan award menerusi perjalanan tender dibuat berhubung dengan RPF berkaitan dengan pembelian dan pembangunan tanah."]

Guan Eng berkata Zainal sengaja mengelirukan rakyat mengenai terminologi "following negotiation" dengan tidak diperjelaskan secara penuh bersama-sama maksud "upon the award" pada dokumen Ivory itu."Umno tidak pernah membuat tender terbuka, kerana itu dia (Zainal) tidak mahu menjelaskan perkara yang sebenar pada dokumen itu.

"Kerajaan pusat langsung tidak (mengamalkan) tender terbuka, tiada sesiapa pun (termasuk) Zainal untuk mempersoalkannya (tender tertutup)," ujarnya.

Beliau turut mendedahkan satu lagi salinan dokumen yang dibekalkan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta George Town, Kementerian Kewangan Malaysia bagi membuktikan kerajaan negeri melaksakan tender terbuka dalam penjualan tanah tersebut.

Salinan dokumen tersebut mendedahkan Jabatan Penilaian Tanah pada 14 September 2009 mencadangkan nilai rizab tanah Bayan Mutiara RM65 sekaki persegi. LIHAT DI BAWAH.


Namun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 7 September 2010 menetapkan harga rizab tanah tersebut adalah RM200 sekaki persegi dan mesti dilakukan secara tender terbuka.

"Harga rizab yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian Tanah rendah, hanya RM65 sekaki persegi. Kita (kerajaan negeri) ambil langkah berani dengan menetapkan RM200 sekaki persegi bagi tanah itu melalui tender terbuka.

"Tender terbuka bermaksud kita (kerajaan negeri) akan memilih tawaran harga paling tinggi...semua pihak boleh masuk (tender terbuka)...selepas tender diberikan (oleh kerajaan negeri), baru kita runding (dengan pemaju).

"Ivory tawar paling tinggi (iaitu) RM240 sekaki persegi yang dibayar selama 8 tahun, kita (kerajaan negeri) kata: 'kita gembira lah sekiranya tempoh pembayaran dipendekkan kepada 5 tahun sahaja' dan Ivory setuju."Apakah hasil yang menguntungkan rakyat ini dikatakan rundingan (yang mencerminkan) kerajaan negeri tidak melaksanakan tender terbuka," ujarnya.

Terdahulu, Guan Eng dituduh tidak melaksanakan tender terbuka serta menjual 102.3 ekar tanah Bayan Mutiara (termasuk 35 ekar tanah tebusan laut) kepada Ivory kononnya masih dengan harga yang begitu rendah, iaitu RM1.07 bilion.

Bagaimanapun, Guan Eng mencabar Umno menawarkan sebut harga belian yang lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh Ivory sebelum ini.

Zainal dan Abdul Rahman mencabar Guan Eng melepaskan jawatan sekiranya kedua-dua mereka berjaya mengemukakan bukti berwajib.

Guan Eng dalam reaksi spontan menyahut cabaran tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti terperinci mengenai proses tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, turun mencabar kembali kedua-dua pemimpin Umno terdebut meninggalkan arena politik masing-masing jika gagal mengemukakan bukti.

Sepanjang perang media berlangsung selepas itu, Guan Eng dituduh menafikan hak Melayu untuk membeli tanah tersebut dengan memilih Ivory kononnya atas sentimen kecinaan.Guan Eng turut dituduh pro Singapura serta anti Melayu Pulau Pinang kerana melantik firma perunding terbaik bernama HDP Singapura bagi mereka bentuk dan menguruskan proses pembinaan berfasa 11,800 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Batu Kawan.

RM500 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi projek mega di Batu Kawan tersebut adalah sebahagian dari hasil jualan tanah Bayan Mutiara dekat Bayan Lepas secara tender terbuka.Zainal Abidin dan Abdul Rahman dilihat terus dalih dan alasan demi menghadapi desakan berterusan untuk meninggalkan arena politik masing-masing daripada Guan Eng.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...