30 Disember 2011

SU SULIT MENTERI GUNA IJAZAH PALSU -OTAK LEMBU

Dipukul, Dedah Temberang S/Usaha Sulit Menteri Sumber Manusia
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz


KUALA LUMPUR, 30 DIS : Tindakan Pengerusi People’s Welfare And Rights Coalition (POWER), S Gobi Krishnan mendedahkan temberang seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia yang menggunakan 'resume' palsu untuk mendapatkan jawatan itu membawa padah, apabila dipukul bertubi- tubi dibahagian muka dan kepala.

Gobi percaya tindakan Subramaniam Surunaryan menyerangnya di Coffee House, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur jam 11.50 malam tadi bersangkut paut dengan pendedahan yang dibuatnya sebelum ini.

Ketika diserang, beliau sedang minum kopi bersama Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T.Mohan. Beliau kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sentul malam tadi.

“Saya syak ya beliau berbuat demikian kerana sebelum ini dalam bulan Julai membuktikan kepada umum bahawa beliau telah mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia dengan menggunakan ijazah palsu.

“Saya ada bukti dan ini adalah resume palsu dan ada tandatangan daripada Menteri Sumber Manusia yang mengsyorkan jawatan tersebut dan ijazah ini adalah Ijazah Kejuruteraan Awam di bawah satu university di Lonodon yang tidak pernah wujud langsung,” katanya.

Beliau selain itu berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) gagal meneliti resume Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia itu sebelum meluluskan perlantikannya.

Perlantikan itu katanya bersifat tidak adil kepada individu diluar sana yang lebih berkelayakan berbanding Subramaniam.

“Kensington University College, London ni sudahlah tidak wujud tetapi JPA pergi sah kan dan yang hebatnya Menteri Sumber Manusia yang bertanggungjawap untuk modal insan dan mensyorkan Datuk KSU dan ditandatangani pada 16 Disember tahun lepas,jadi bagaimana Menteri Sumber Manusia salah guna kuasa ini.

“Bayangkan Setiausaha Sulit ini adalah jawatan dalam kerajaan dan bayangkanlah kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahu, beliau tentu marah, dikeluarkan surat oleh JPA dan dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia, jadi saya minta MACC mengambil tindakan ke atas isu ini, dan saya pohon pada PM yang prihatin mengambil tindakan yang sama, bayangkan seorang Menteri Kabinet mempunyai Setiausaha Sulit yang palsu sedangkan ramai lagi di luar sana berkelayakan,” katanya.

SUMBER :http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZhl

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...