16 April 2011

Pakatan dahului pengiraan awal

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.
Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.
Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.
Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.
Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.
Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.
Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi
berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.
Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.
Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30
petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.
Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

LAPORAN LANGSUNG

1.20pm Stesen radio berbahasa Cina milik kerajaan - Ai FM - melaporkan kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi.

1.15pm Pengiraan undi di kerusi yang ditutup awal, menunjukkan PKR mendahului di Layar, Meluan, kakus, Tamim, Jepak, tasik biru, dan Ba'Kelalan. BN mendahului di Saribas.

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.

12.54am: PKR kata mereka juga mendahului dalam awal pengiraan undi di Layar and Meluan.

Bagaimanapun, di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi dari enam pusat pengundi yang telah dikira. Ia merupakan kira-kira 10 peratus jumlah undian.

Saribas dianggap sebagai salah satu kerusi yang PKR berpeluang tertinggi untuk menang. Majoriti BN dalam pilihan raya negeri lepas hanya 94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kawasan majoriti Iban itu, nampaknya undi beralih kepada Pakatan. Tetapi ia adalah keputusan awal tidak rasmi.

12.25pm: Satok (Kuching): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Satok dengan diiringi penyandang kerusi tersebut, Datuk Abang Johari Abang Openg. Turut mengiringi beliau ialah kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang sebelum itu memberitahu ejen PKR supaya "balik kampung".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengunjungi kawasan majoriti Melayu-Melanau pada sebelah paginya,.

Pada 2006, Abang Johari memenangi kerusi tersebut bagi kali ketujuh dengan majoriti di bawah 3,000 undi.

12.30pm: Ba'Kelalan - Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang juga calon bagi kerusi Ba'Kelalan, memberitahu Malaysiakini bahawa proses pengundian bagi kerusi tersebut sedang berjalan lancar.

Menurutnya, semua pusat mengundi di kawasan itu akan ditutup pada jam 1 tengahari. Kerusi itu mempunyai 6,958 pengundi. Keputusan tidak rasmi akan diketahui selepas jam 2 petang.

Pengiraan undi telahpun bermula di pusat mengundi yang telah ditutup.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari

Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

Bukit Saban, sebuah kerusi luar bandar di bawah kawasan parlimen Betong, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Robert Lawson Chuat (BN-PBB), Dayrell Walter Entrie (SNAP) dan Edward Jerah (PKR).

Di pusat mengundi di SK Suri, yang hanya mempunyai 265 pengundi, "BN" paling kerap kedengaran di bilik kiraan undi, manakala "PKR" kedengaran sekali-sekala, dan hampir kedengaran 'SNAP".

Peratusan keluar mengundi ialah 79 peratus dengan 210 pengundi.

11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

Pusat pengundian itu terletak berhadapan dengan pejabat Petronas, yang mempunyai kakitangan yang ramai di bandar tersebut.

Ketika ditemui, ahli parlimen Miri dari SUPP itu berkata, beliau masih tidak pasti tentang sentimen para pengundi.

"Mungkin ia akan lebih jelas pada sebelah petang ini."

11.35pm: Satok (Kuching) - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundi di SK Merpati Jepang, beberapa minit selepas
pertengkaran antara pemimpin PBB dan ejen PKR berakhir.

Beliau tiba dengan menaiki kereta Rolls Royce warna perak dan berkata beliau optimistik tentang peluang BN hari ini.

Ditanya mengenai ramalan yang BN mungkin kehilangan 30 kerusi, Taib kata: "Saya akan membuktikan mereka silap."

Beliau juga menolak tanggapan bahawa beliau percaya perkara
tahyul, tetapi berkata pilihan raya negeri diadakan pada masa yang tepat.

Ketika hendak Taib beredar, dengan diiringi calon BN Satok dan timbalan presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg, sekumpulan ejen PKR smelaungkan "Reformasi!"

Sementara itu, Datuk Fadillah Yusof berkata ejen PKR tidak faham bahawa orang ramai menggunakan pintu masuk yang berbeza kerana mengundi di saluran yang berlainan di kompleks tersebut - setengahnya di sekolah rendah, manakala yang lain di sekolah menengah.

Penyokong PBB memberitahu ejen-ejen PKR supaya "balik semenanjung". Polis meminta hadirin yang telah semakin, mencecah kira-kira 50, supaya beredar keluar dari lingkungan 50 meter dari pusat pengundian.

Kecuali insiden tersebut, hari pengundian adalah tenang di Satok.
11.34am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.
"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.
Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.
Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.
"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).
Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.
11.29am: Satok (Kuching) - Perbalahan berlaku di SK Merpati Jepang apabila ejen-ejen PKR masuk ke pusat pengundian untuk mengadu kepada SPR bahawa ada yang masuk ke pusat tersebut menerusi laluan yang tidak dibenarkan.
Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.
"Berhenti tolak saya, menghormati undang-undang!" kata lelaki itu.

Fadillah kemudiannya menarik pas SPR dari lelaki itu, yang kemudian meminta pihak media mengambil gambar kad tersebut.
Insiden jerit-menjerit berlaku, menyebabkan seorang penyokong BN tampil memberitahu lelaki itu "Awak tidak menghormati YB!"

Dia dihalang oleh orang lain yang memberitahunya: "Ini pusat pengundian, bukan gelanggang bergaduh."
11.30am -Sibu - Calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Alice Lau mengadu bahawa pegawai pengurus pilihan raya Wong See Meng, melihat bagaimana pengundi memangkah kertas undi mereka.

Beliau mendakwa, insiden tersebut berlaku di SJK Chung Hua - pusat pengundian terbesar dengan seramai 6,000 pengundi.

"Pengundi mengadu kepada ejen pengundian DAP, bahawa Wong See Meng berbuat demikian,"katanya.

"Saya juga menerima aduan ada yang tidak dapat kertas undi mereka dan seorang lelaki membawa enam kad pengenalan, dengan mendakwa dia membantu warga emas untuk mendaftar," katanya kepada Malaysiakini.

Wong See Men kemudian menafikan yang beliau melihat bagaimana orang ramai memangkah kertas undi mereka.

"Sebab saya (buat begitu)... adalah untuk menjaga kebajikan pengundi yang berusia, mana tahu mereka mungkin terjatuh," katanya kepada Malaysiakini.

"Tidak, saya tidak ada sebarang kepentingan," katanya dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Alice Lau juga mengadu kepada Wong See Meng bahawa penyokong SUPP bertugas dalam lingkungan jarak 50 meter.
11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

Petugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.

"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan,” kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.

Sekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN).
11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...