14 April 2011

Najib : Sarawak dalam bahaya pulak!

Hanya BN pandai untuk mentadbir sesebuah Negeri, apa orang lain tak reti mana logik yang penting rakyat perlu melantik parti yang telus,jujur dan amanah.

Kenyataan Najib dari Utusan online

Hasrat pembangkang calonkan Baru Bian bahayakan rakyat Sarawak

KUCHING 13 April - Pembangkang tidak berpijak di bumi nyata apabila menamakan Baru Bian sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka berjaya menawan negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu meletakkan seluruh rakyat negeri ini dalam bahaya kerana Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu langsung tiada pengalaman malah sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya.

"(Ini) orang yang tak ada pengalaman, jadi wakil rakyat pun belum ada pengalaman tiba-tiba nak jadi Ketua Menteri, logik tak?

"Orang tak ada pengalaman nak letak tempat macam itu, tunggulah akibatnya, tentu sekali Sarawak tidak akan maju kalau pembangkang menang, sebab itu kita tak boleh bagi pembangkang menang," katanya ketika berucap pada Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia, di sini malam ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan perumahan sumbangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM170,000 untuk membaiki 34 buah rumah usang dan wang ihsan RM200,000 kepada 400 pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sementara itu, Najib berkata, sebarang usaha memajukan negeri ini tidak boleh hanya disandarkan pada janji semata-mata sebagaimana yang dilakukan pembangkang.

Hakikatnya kata beliau, usaha pembangunan itu mestilah menggembleng seluruh kekuatan Kerajaan Pusat dan negeri.

"Kalau tak ada sokongan daripada Kerajaan Pusat, masuk akal tak Sarawak boleh maju?" tegasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...