05 Mac 2011

KEPUTUSAN PRK MERLIMAU : ULASAN-ULASAN

PAS tetap yakin, Ilham ramal sebaliknya di Merlimau

JASIN, 5 Mac: Walaupun diramalkan kalah oleh firma penyelidikan Ilham Centre, PAS masih menaruh harapan untuk mencipta sejarah gemilang dalam PRK Dun Merlimau esok, berdasarkan sambutan yang diberikan oleh oramg ramai di kawasan itu terhadap PAS hari ini.

Calon PAS bagi Dun Merlimau,Yuhaizad Abdullah berkata,sambutan orang ramai terhadap kempennya antara lain boleh dilihat dari sandaran penduduk di kawasan itu kepada beliau untuk membela isu-isu rakyat dalam persidangan Dun Melaka.

Menurut beliau, namun dalam masa yang sama, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali lupa berdoa memohon bantuan kepada Allah untuk mendapat kejayaan.

"Dalam sebarang keadaan pun, berdoa kepada Allah itulah yang amat penting dan itulah yang saya harapkan dari kita semua," katanya ketika ditemui ketika melawat Markaz UPU PAS Melimau Pasir, di sini, hari ini.

Ilham Centre dalam kenyataan mereka hari ini meramalkan BN akan menang lebih besar di Dun Merlimau ekoran gerakan kempennya yang sangat agresif dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat serta media.

ULASAN - pensyarah di Universiti Duke, Ong Kian Ming

Pengundian bagi pilihan raya kecil bagi dewan undangan Kerdau dan Merlimau berlangsung esok. Mengikut pensyarah di Universiti Duke, Ong Kian Ming yang memegang ijazah kedoktoran dalam sains politik, kedua-dua kerusi tersebut akan terus kekal di tangan BN.Bagi kerusi Merlimau, beliau menjangkakan tambahan kira-kira 6 peratus di kalangan pendundi Melayu.

Merlimau - PAS tumbang, BN menang lebih 4,000 majoriti
Ong juga berkata sokongan masyarakat Cina di Merlimau juga telah naik sehingga 5 peratus. Ini kerana usaha-usaha yang dijalankan MCA yang bermula sebelum Tahun Baru Cina lagi dan juga kerana kelemahan di DAP di kawasan itu.

Katanya, bagi pengundi India pula, beliau menjangkakan tambahan 45 peratus kembali ke BN kerana tidak ada startegi bersepadu oleh Pakatan Rakyat untuk mengekalkan undi mereka. Faktor itu juga dikatakan ada kaitan dengan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menembus masyarakat India pada peringkat nasional dan pengunduran Datuk Seri Samy Vellu sebagai presiden MIC juga dikatakan memberi kesan.

Secara keseluruhan, Ong berkata BN akan mendapat tambahan 11 peratus undi popular dan akan mengekalkan Merlimau dengan kelebihan 4,000 undi.

SPR: Tunjuk bukti jika ada pelajar IPT jadi pengundi hantu Merlimau

JASIN, 5 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu, yang didakwa PAS akan digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangannya pada pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau esok.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya pihak tertentu termasuk parti politik yang bertanding di kawasan itu mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.
“Setahu saya tiada pengundi hantu, kalau ada dapatkan nama, kad pengenalan dan gambar serah kepada SPR.
“Tapi kalau pengundi itu belajar di tempat lain, Kuala Lumpur atau Klang yang mana mereka balik mengundi, mereka adalah pengundi yang sah bukan pengundi hantu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tegas Abdul Aziz, SPR akan menyiasat dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang menyamar sebagai pengundi.

BN Tumpu Kempen Di Media Baru Pada Hari Terakhir Kempen

JASIN: Barisan Nasional (BN) menumpukan kempen melalui media baru pada hari terakhir berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Sabtu.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga pengarah pilihan raya BN DUN itu berkata media baru internet seperti blog, twitter dan laman sosial seperti facebook merupakan tempat terbaik menarik pengundi muda keluar mengundi calon BN pada Ahad.
"Saya juga mahu fitnah dan pembohongan di media baru itu dibetulkan dan diperjelaskan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Yassin di Merlimau di sini Sabtu.
Mohd Ali mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab di media baru itu menyamar sebagai penyokong BN dan menyebarkan berita serta isu yang memberi kesan yang negatif kepada BN.
Katanya jentera BN juga terus mengadakan perjumpaan bersama pengundi termasuk lawatan rumah ke rumah bersama calon dan berkempen pada 'gear penuh'.
Mohd Ali berpuas hati dengan kempen yang berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
"Esok saya berharap semua pengundi keluar mengundi awal kerana dikhabarkan petang esok hujan, kita juga akan sediakan pengangkutan untuk membawa pengundi, saya nasihatkan pengundi memilih calon yang terbaik yang mampu memberi kemajuan di DUN itu," katanya.
Sementara itu, calon BN, Roslan Ahmad, 44, berkata beliau bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.

ulasan-
SPR menjangka 80% akan turun mengundi – dari pengalaman lalu bermakna peratus yang tinggi diramal oleh SPR tentu ramai pengundi hantu akan digunakan kali ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...