24 Mei 2009

MAHKAMAH & RAJA TIDAK RELEVAN AMBILALIH FUNGSI RAKYAT PILIH KERAJAAN

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? :
Prof Dr Aziz BariSunday,

Anna Yusof


PUTRAJAYA, 24 Mei (SK) : KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung
tidak memeranjatkan.
Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Zambry Kadir sebagai
Menteri Besar Perak yang sah.
Tatapi penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. “Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat
komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis,” ujar
Aziz lagi.
Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani
membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.
Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.
Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Joseph Pairin
Kitingan di Sabah (1986) dan Nizar Jamaluddin di Perak (2008).
Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang
bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).
“Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan,”
tegasnya lagi.
Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap
haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.
Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori
(kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.
“Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari
manipulasi”, ujarnya.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti
ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.
Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. “Ia juga tidak
selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam
dewan”.
Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, “Mahkamah sepatutnya
memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya”.
Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh
disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada
perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.
Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. “Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada
enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya,” kata Aziz.
Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-
olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah
meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.
Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. “Di sisi perlembagaan
istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan
dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan”.
Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak.
“Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan
pandangan yang negatif,” ujarnya

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hang cakap apa ni ! kita bukan negara republic tapi negara beraja dan berpelembagaan . Demokrasi dan berpalimen - segala2nya ditentukan olih rakyat dan disertai kuasa mutlak raja2 melayu . kalau kuasa rakyat diambil kira kenapa PRmasih menidakkan kuasa rakyat . Kuasa rakyat 4-5 tahun sekali dan rakyat telah gunakanya .Kemenangan dikira kepada kuasa rakyat terbanyak dan ini telah terbukti dgn 31-28 tersebut .Dgn alasan tersebut yg mempunyai hak telah menuntut hak mereka dan yg tiada hak cuba menuntut hak dgn berbagai alasan - jgn bermula jika tidak tahu berahir ....org pokok setui .

Tanpa Nama berkata...

inilah mindset yg cuba dikekalkan oleh BN. rakayat hanya berkuasa dlm pilihanraya shj..tu pun setiap 5 thun..demokrasi bukan hanya melibatkan pilihanraya semata-mata..rakyat adalah bos kerajaan..sebab gaji pegawai kerajaan..rakyat yg bayar(pembayar cukai,yg xbyr cukai..korang ape tau?)

Raja tidak dinafikan haknya..tapi batas kuasa raja tertakluk kepada pelembagaan..sebab tu ada istilah raja berpelembagaan..raja tiada hak mutlak dlm semua hal melainkan agama islam,bahasa melayu dan bangsa melayu.

Tanpa Nama berkata...

Jangan la rasa duit hang tu besar sangat - bayar cukai konon .itu pun berpaksa . Depa ni pun bukannya buat kerja sia2 .adayg mempertaruhkan nyawa mereka utk kesenangan hang pa juga . hang ingat duit hang bulih bayar nyawa mereka ka . jd jgn dok ungkit duit cukai ka apa ka . mungkin duit gaji depa bukan duit hang ,mungkin duit hasil pendapatan kerajaan yg lain dan mungkin juga duit cukai hang digunakan untuk buat tandas awam ka mana kita tau -org baling

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...