16 Mac 2009

SEJARAH PKR KEDAH & SDR. ZAMIL IBRAHIM -SIRI 1
Oleh: eram@mat

Daripada tulisan yang lalu komen dari kenyataan akhbar oleh sdr.Zamil Ibrahim dari akhbar Sinar harian terdapat satu komen yang menarik untuk dibincangkan...komen dari sdr.kanda Lekir untuk makluman aku tidak menambah dengan membabi buta tapi aku juga mengenali sdr.Zamil Ibrahim semenjak dari zaman reformasi dan masih aku ingat akan sumpah keramat pada tahun 1999 di taman Ria, Sg.Petani yang diketuai oleh sdr.Ezam dan ramai lagi yang telah lari dari perjuangan mungkin kerana kegagalan memegang prinsip diri dan parti.

daripada komen beliau tadi memang beliau bersama Keadilan sebelum ini dan mengetahui sejarah dalam PKN Kedah masa lalu. mungkin dari bahasa beliau mengenali aku..untuk makluman aku juga asal dari kampung Lekir. tapi dah lama merantau di negeri Kedah. Memang jasa mereka ini tidak boleh dipertikai dan telah menjadi sejarah dalam membina asas Keadilan di Kedah.. dari tahun 1999 digerakan dari bahagian Merbok, Sg.Petani & Langkawi dari masa Sdr.Zuraidi bekas K.pemuda yang memimpin Keadilan dan kemudian melompat ke AMNO pada tahun 2001 kemudian digantikan dengan sdr.Zamil Ibrahim masatu agak sukar bagi kita untuk memperkembangan parti, ahli & cawangan kerana kekangan rakyat yang kurang berani untuk aktif kerana kebanyakanya mencari makan dengan kerajaan AMNO.


Juga dimaklumkan apabila DSAI keluar dari penjara SB mulalah politik kotor bermain dalam PKR , budaya klik dan kroni mula ujud. ini perkara lumrah bagi mana-mana parti yang ada di malaysia dan masih ingat mengapa beberapa pemimpin PKR telah berhijrah ke dalam PAS bagi meneruskan perjuangan, itu saja pilihan yang terbaik masuk PAS atau memendam rasa iaitu berundur untuk kebaikan. Anda bersuara tentu anda dicop orang ini, orang Zamil atau orang Mohtar...dan tidak semua pejuang-pejuang terdahulu disamakan macam mereka dan tidak semestinya mereka dihukum tanpa disiasat puncanya.
..... akan disambung lagi kemudian



March 16, 2009 8:07 PM
kanda lekir said...
maaflah andai pendapat ini mungkin agak kasaq dan ini hanyalah pendapat individu...tak tau la, bercakap pasai zamil mmg byk org dengaq dari mulut org dan ramai spekulasi org buleh cakap.. tapi mengenali secara peribadi tentang beliau, mmg ada jugak la kebenaran cerita walaupun hasil penulisan banyak ditokok tambah... ya, mmg politik ni dah darah daging beliau tapi sedaq lah byk jugak jasa beliau dalam dunia politik kedah.. try la kaji balik catatan dan wacana gerakan keAdilan (nama PKR satu masa dahulu) di Kedah.. siapakah yg bergerak merencanakan gerakan terawal dan kaji balik ke mana menghilangnya mereka yg terlibat dalam merintis jalan reformasi di Kedah di kala DSAI masih terpenjara di balik tirai besi.. kehilangan mereka masih tidak dijejaki dan tak pernah dikesali... lihat dan renungi keberkesanan mereka yg semakin sepi dari arena politik tika ini... mungkin kerana kesungguhan dan susuk politikus membawa zamil masih relevan biarpun dari luar garis politik PKR yg kini rata2 dibarisi mereka yg saya fikir hanya golongan atasan yg kenal rapat dgn DSAI.

Malahan, mereka yg kini berkedudukan dalam PKR, ramai dapat dikatakan masih baru no keahlian dan tidak melampau dikatakan mereka tidak perlu bersusah payah memacak sepanduk dan bendera parti di kala menjelangnya Pilihanraya...Andainya, senario dan trend penjenamaan PKR dengan idea kemunculan mereka yg ternama dibiarkan berlaku terus tanpa muhasabah dan nilai keinsafan, maka jgn salahkan zamil atau rakan2nya andainya ramai lagi zamil akan lahir dek kerana kealpaan dan ketidakpedulian kerana kekuasaan yg br dikecapi.. ingatlah rom tidak dibina dalam satu hari dan ia mungkin boleh bersemadi dalam tempoh yg amat sekejap..

1 ulasan:

kanda lekir berkata...

tahniah saudara atas keterbukaan saudara dalam memperkatakan isu ini.. bukanlah niat sy menganggu gugat atau memporakperandakan keutuhan perpaduan dan perjuangan sahabat di luar sana di kala menjelangnya suasana pilihanraya...

Cuma sekadar mencari kebenaran yg pernah kita sembunyikan dari pandangan khalayak.. cuma sekadar pandangan untuk kembalikan rasa hormat yg sikit terhadap mereka yg pernah berjasa yg mana maruah mereka kita injakkan dek kerana khilaf dalam perjuangan...

Sepemerhatian sy setelah mengabaikan kelibat zamil dan teman yg arah mereka di luar rangka perjuangan PKR, sy yakin mereka yg terus berdiam adalah mereka yg terlalu jujur untuk terus bergelumang dgn palitan dosa sbg politikus dan jelek dengan kaedah yg konon memperjuangkan slogan yg theoretically mngkin indah tetapi eksekusi yg kabur...

Maaflah, sy dgn rendah hati merafakkan kemaafan atas keterlanjuran dalam penulisan ini. Harapannya, moga sejarah sebenar dpt dititipkan sbb sy semakin jelek dgn permainan yg x berkesudahan, juga ke mana hilangnya mereka dek rajuk yg diapi2kan demi nilai kekuasaan... terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...