19 Mac 2009

Guan Eng nafi Fairus letak jawatan TKM P Pinang
Mar 19, 09 11:14am-malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menafikan spekulasi bahawa timbalannya Mohammad Fairus Khairuddin telah diminta meletak jawatan.Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Lim berkata setiausaha politiknya telah menghubungi Fairus tetapi timbalan ketua menteri I tidak tahu-menahu mengenai khabar angin tersebut."Beliau menafikannya dan beliau tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut," kata Lim.

Fairus, ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, juga menafikan beliau telah meletakkan jawatan.Spekulasi tersebar luas bahawa Fairus tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan PKR, sehingga mencetuskan khabar angin bahawa beliau telah diminta meletak jawatan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Fairus, juga Adun PKR Penanti, sering bergelut dengan pelbagai spekulasi berhubung prestasi kepemimpinannya dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu dan pernah ditegur sendiri oleh Anwar, Ogos lalu. Selain beberapa pegawainya sering meletakkan jawatan, beliau juga menjadi sasaran serangan blog dengan beberapa dakwaan. Lim, juga setiausaha agung DAP, pernah menyatakan keputusan menukar Fairus, jika ada, akan ditentukan oleh PKR kerana jawatan itu untuk parti tersebut.Mengulas ringkas perkembangan tersebut petang ini di bangunan Parlimen, Anwar berkata Fairus kini "sedang bercuti."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...