20 Mac 2009

Pemimpin PKR terkejut Manikumar terpilih
Abdul Rahim Sabri Mar 20, 09 1:02pm
malaysiakini

Seorang pemimpin PKR, yang disebut-sebut sebagai calon DUN Bukit Selambau terkejut dengan pengumuman calon baru S Manikumar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

Dr R Krishnamoorthy, naib ketua Angkatan Muda PKR Kedah dan ketua penerangan Sungai Petani, berkata beliau bagaimanapun menyokong penuh pemilihan parti.

Beliau akan setia pada parti dan menyeru semua penyokong PKR bekerja keras untuk memastikan kemenangan Manikumar dalam pilihan raya yang berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April ini.Krishnamoorthy berkata beliau berharap pengundi boleh menerima calon muka baru ini, yang menyertai PKR selama dua tahun.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi menggalas cabaran menentang calon BN Datuk S Ganesan. Mereka berdua bakal menghadapi persaingan daripada lebih kurang 10 calon bebas.


Perlu kita memikirkan tentang percaturan politik semasa, masa berkerja, sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat bagi memerintah Kedah.
Jangan kita bergerak kearah kelompok tertentu harus akur kepada pemilihan bahagian & MPT yang penting dapat mengalas harapan rakyat. Kini negara kita hilang dayasaing & rakyat dicengkam inflasi..lupakan soal kepentingan kelompok
dan wang segera... hidup kuasa Rakyat.. makal sakhti



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...