10 Januari 2014

SAH HARGA KERETA TIDAK AKAN TURUN...PENGUNDI BN DICAPATI ..LIHATLAH SENDIRI BUKTINYA



ULASAN DIATAS DI Wacana Sinar Harian siri ke-25 berjudul "Kejutan Ekonomi Selepas PRU13" berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf).

Membawa tajuk 'Kejutan Ekonomi Selepas PRU13', Sinar Harian menampilkan barisan panelis yang tidak asing lagi, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dan pakar ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin.

BANTUAN DIPERLUKAN UNTUK BLOGGER OMAKKAU



Terkini Blogger Omak Kau sedang dalam process discas dari wad..

Sesiapa ingin memberi sunbangan boleh juga terus ke akaun beliau. 

162469158765 Maybank Rohani bt Abd Hamid

Jazakallahu khairan.


Mesej Daripada Blogger Omakkau
Thursday, January 09, 2014 Posted by Roslan Alan

Kunjungan admin pada 7 jan yg lepas, keadaan Omak masa tu agak stabil...

BARU DITERIMA DARIPADA BLOGGER OMAKKAU

Assalam. ..omak nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada pernah mlakukan kesalahan dlm kita bsahabat mahupun bergurau senda. Sebentar tadi doktor sahkan omak dijangkiti 2 virus sekaligus..kencing tikus dan denggi...suhu badan tk menentu dan bacaan BP tlalu tinggi...radang hati da mula myerang hati skg ni..skg keadaan sgt lemah...ampun dan maaf dipinta..sudikan la mengirimkan doa agar omak bole sembuh.. Drpd Omakkau



JINGGA 13 bersetuju untuk menguruskan bantuan kepada blogger Omakkauyang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang .

https://www.facebook.com/laksamanabukitbintang/posts/3798664541096

Bagi meringankan bebanan dan membeli ubatan buat ibu tunggal ini yang turut menyara 3 orang anak beliau yang salah seorangnya OKU dan ibu beliau seorang warga emas. JINGGA 13 merayu warga prihatin untuk menghulurkan bantuan kewangan dengan bank-in ke akaun SEGERA Timbalan Setiausaha 2 Jingga13 Malaysia , Norlela bt Idris 1-623-484-54059 Maybank.

Doa dari saya seorang sahabat semoga Omak segera sembuh,

PANAS ! MENJELANG KES SULTANAH JOHOR, PEGUAM-PEGUAM SYARIAH DIJOHOR DIBEKUKAN TUGAS

Menjelang kes Sultanah Johor, peguam Syariah tidak boleh bertugas

Surat arahan yang meminta peguam Syariah mengemukakan sijil amalan guaman kepada Presiden Persatuan Peguam Syariah, Johor.Bekas Sultanah Johor mungkin perlu mewakili dirinya sendiri apabila datang ke Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru 20 Januari ini untuk mengenepikan perintah bahawa suaminya Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail sudah menceraikannya.

Sebabnya: Jabatan Kehakiman Syariah Johor mengumumkan bahawa tidak ada peguam Syariah boleh muncul di mahkamah mulai 20 Januari 2014 ini dan seterusnya sehingga mereka mengemukakan sijil amalan mereka sedangkan, sijil guaman mereka hanya sah tempoh sehingga 19 Januari ini.

Pengumuman ini, yang belum pernah berlaku, datang melalui surat bertarikh 5 Januari yang ditujukan kepada Presiden Persatuan Peguam Syariah, Johor.

Surat itu dilihat oleh The Malaysian Insider telah ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Johor, Lokman Hakim Tuan Kamaludin.

Kes bekas Sultanah, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad, yang juga bekas Raja Permaisuri Agong, bermula pada 1 Januari apabila beliau memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah bertarikh 30 September 2010.

Perintah itu menyatakan bahawa sultan telah menceraikan Tuanku Zanariah dengan "talak tiga" dan oleh itu pembatalan (sebagai suami isteri) perceraian itu dibuat seminggu kemudian, adalah tidak sah.

Pengumuman oleh Jabatan Kehakiman Syariah Johor telah mengejutkan peguam Syariah bukan sahaja di Johor tetapi negeri-negeri lain juga.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider keputusan itu bermakna bahawa peguam Syariah tidak dapat menghadiri mahkamah walaupun untuk pengurusan kes.

Menurut sumber, dalam keadaan biasa peguam Syariah akan dibenarkan untuk menjalankan tugas guaman tanpa lesen mereka selagi telah membayar yuran pembaharuan kepada Jabatan Agama Johor pada akhir tahun sebelumnya.

Lesen guaman kemudian akan dikeluarkan biasanya pada bulan Januari atau lebih lewat.

Seorang peguam Syariah yang telah berpengalaman selama 30 tahun, bercakap tanpa mahu namanya disiarkan berkata, ini adalah kali pertama Jabatan Agama Johor mengeluarkan surat menghalang mereka daripada bertindak sebagai peguam tanpa sijil rasmi.

"Ini akan melumpuhkan operasi Mahkamah Syariah di negeri ini," kata beliau.

"Malah peguam Syariah di luar Johor tidak akan dapat bertugas di negeri ini berikutan langkah ini.

"Banyak peguam terkejut kerana ia boleh menjejaskan mata pencarian mereka dan kakitangan mereka jika peguam tidak menghadiri mahkamah selama-lamanya. Mengapa orang lain harus menderita kerana ketidakcekapan jabatan," tanya sumber itu.

Kecuali Wilayah Persekutuan, Islam dan Mahkamah Syariah berada di bawah kuasa Sultan atau raja-raja Melayu yang merupakan ketua agama.

Kebanyakan Mahkamah Syariah menguruskan isu perceraian, hak penjagaan anak, nafkah, tuntutan harta dan hak.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Tuanku Zanariah mendakwa pentadbiran negeri terutama pihak berkuasa agama, telah digunakan dalam usaha untuk memfitnah beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Zanariah berkata, bekas Sultan itu tidak membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan perceraian yang dikatakan itu sambil menambah bahawa beliau dan bekas sultan hidup bersama sebagai suami dan isteri yang sah dalam aman dan harmoni sehingga Sultan Iskandar meninggal dunia pada 22 Januari 2010.

Sultan Iskandar dinamakan sebagai plaintif dalam kes manakala Tuanku Zanariah ialah defendan, yang bermaksud bekas sultan itu telah memulakan tindakan undang-undang terhadap isterinya.

Bagaimanapun Tuanku Zanariah berkata, beliau tidak dimaklumkan dan tidak melihat mana-mana kertas prosiding mahkamah serta hanya mendengar mengenai "perceraian" yang didakwa berlaku pada tahun 2009, melalui surat yang dihantar oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin 30 September 2013 lepas.

Selepas itu, Tuanku Zanariah diberitahu bahawa beliau telah dilucutkan gelaran "Yang Maha Mulia Sultanah" oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman pada 9 Disember 2010.

Tuanku Zanariah mendakwa beliau hanya tahu perkembangan ini, tiga tahun kemudian, melalui surat mufti.

Tuanku Zanariah diwakili oleh Afshah Arifin. ~ TMI

GEMPAK ! MINYAK RON95 NAIK DUA KUPANG SELITER?


Berita tentang kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen mulai tengah malam ini tidak benar.

Namun ia dijangka akan berlaku juga sekitar Mac atau April ini kerana tekanan berterusan terhadap kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Najib dan Idris Jala masih ada banyak ruang dan waktu untuk bertindak kerana paras siling yang ditetapkan iaitu RM2.60 seliter tidak akan berubah buat masa ini.

Ini bermakna ia akan terus naik sebanyak 50 sen lagi cuma kita hanya mampu menunggu pengumuman rasmi tanpa mampu berbuat apa-apa.

Apakah kita akan terus ditipu lagi empat setengah tahun dari sekarang?


Mungkin kerana rakyat semakin tertekan kerana kenaikan kos hidup..mereka mula memainkan kerajaan Najib sebagai bahan guruan.


Dibawah penjelasan yang terpaksa dibuat oleh Menteri :

Harga RON95 tidak naik, kata Ahmad Maslan

JANUARY 10, 2014



Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".

Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi.
- Bernama,

09 Januari 2014

PANAS ! SELEPAS 7 BULAN MUKRIZ JADI MB, BELANG BELIAU SUDAH TERBONGKAR...KEDAH BAKAL DIGONDOLKAN?




Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumukan kepada Bursa Malaysia mengenai perlantikan En Izham Yusoff sebagai Pengarah Urusan Kumpulan BDB bermula 1 Feb 2014, seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star 8 Januari 2014.

http://archives.thestar.com.my/archives/2010/8/5/business/b_pg09amiruddin.jpgSehubungan itu Dato' Amiruddin Hamzah menyarankan agar MB Kedah Datuk Mukhriz dapat membuat penilaian semula agar sehingga siasatan selesai supaya Negeri Kedah ini tidak terjerumus kearah kehancuran ekonomi sebagaimana Negara Malaysia tercinta ini.berikut ialah kenyataan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Media susulan pengumuman tersebut.

Dari maklumat yang saya perolehi, perkhidmatan En Izham sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) akan tamat pada 31.1.2014. Walaubagaimanapun terdapat rasa tidak puas hati terhadap prestasi beliau dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah PNMB, pihak pengurusan PNMB serta kakitangan PNMB. Malahan terdapat "ugutan" yang telah dikeluarkan oleh pihak Kesatuan Sekerja PNMB bahawa sekiranya kontrak En Izham dilanjutkan, mereka akan turun berpiket!

Sudah tentu kesemua pihak yang disebut di atas mempunyai sebab kenapa mereka tidak mahu kontrak En Izham dilanjutkan. Antara maklumat yang diperolehi ialah beliau sedang disiasat oleh pihak Juruodit Khas Kementerian Kewangan atas beberapa salahlaku. Pihak kakitangan juga sanggup turun berpiket kerana didakwa beliau mempunyai masalah "public relation" PR yang kronik dengan kakitangan. Kita tidak mengatakan bahawa En Izham bersalah diatas kes-kes salahlaku yang masih dalam peringkat siasatan, namun pihak BDB (atau pihak Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan pemegang saham terbesar dalam BDB melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah - PKNK) seharusnya mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga diputuskan samada beliau bersalah atau tidak. Ini adalah kerana beliau akan menjadi peneraju utama di BDB dan adalah amat malang sekiranya individu yang tercalar integritinya di syarikat lain diambil untuk mengepalai satu-satunya syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dipapan utama Bursa Malaysia.

Saya pernah bertanya kepada YAB MB Kedah (sekitar bulan Jun 2013) tentang kedudukan Pengarah Urusan Kumpulan BDB yang lalu (ketika itu beliau masih berkhidmat serta berjaya meningkatkan prestasi BDB dari keuntungan sebanyak RM16.5juta pada tahun 2007 kepada RM30.1juta pada tahun 2012 dan kontrak beliau hanya akan tamat pada Mac 2015), beliau memberitahu yang Pengarah Urusan Kumpulan tersebut akan diberi notis untuk diberhentikan kerana MB sudah mempunyai calonnya tersendiri dengan visi baru untuk BDB. Namun setelah hampir 7 bulan kemudian baru pengisian jawatan ini dibuat. Saya menjangkakan yang MB mempunyai calon yang "extraordinary" dan mungkin berjaya menarik minat anak Kedah yang berada di luar negara melalui Talent Corp untuk kembali menabur bakti di Kedah. Apakah setelah 7 bulan berlalu, seorang yang integritinya dipersoalkan diambil untuk mengepalai BDB?

Saya juga mendapat maklumat terdapat perkara yang "aneh" berlaku setelah En Izham dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BDB dan Pengerusi Exco sehingga BDB hilang hasilnya berjuta-juta ringgit. Saya belum bersedia untuk mendedahkan perkara ini kerana masih mengumpulkan maklumat.

Saya menyeru kepada YAB MB Kedah untuk menangguhkan pelantikan En Izham sebagai Pengarah Urusan Kumpulan BDB sehinggalah dibuktikan tiada kes salahlaku semasa beliau menerajui PNMB. Sudah tentu Negeri Kedah yang berbangga menjadi negeri pertama yang menandatangani Janji Integriti dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa, seharusnya "walk her talk" dengan tidak melantik mana-mana individu yang tercalar integritinya.

Dato' Amiruddin Hamzah
8 Januari 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...