08 Januari 2013

TEKA-TEKI TERJAWAB... BETULKAH NAJIB SAKIT? Najib perlu jelaskan khabar stroknya & berubat di S’pura....


Najib nafi dakwaan diserang strok

                                                                                                                                                   KUALA LUMPUR, 8 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak khabar angin beliau mengalami strok kecil hujung minggu lalu, dengan mengatakan beliau masih sihat.

Spekulasi ke atas kesihatan beliau hujung minggu lalu pertama kali dibangkitkan dalam talian oleh laman web pemberi maklumatSarawak Report, yang mendakwa Najib (gambar) mengalami strok akibat tekanan oleh siri pendedahan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

“Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Bursa Malaysia pagi ini.

Sarawak Report telah melaporkan pada 5 Januari, dakwaan tidak berasas bahawa Najib mempunyai strok kecil, yang mereka dakwa boleh menyebabkan Najib berhenti sebagai PM sebelum pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada akhir April.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri muncul di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Sabtu lepas di Sepang untuk melancarkan produk baru syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sebelum ke Kuantan untuk lawatan.

Malam sebelum penyebaran khabar angin, beliau merasmikan mesyuarat tahunan dan makan malam veteran angkatan tentera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kelihatan sehat.


BETULKAH NAJIB SAKIT? Najib perlu jelaskan khabar stroknya & berubat di S’pura

Pemimpin PKR telah menggesa kerajaan persekutuan untuk menjelaskan khabar angin yang hangat menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak yang sedang dilanda beberapa masalah kebelakangan ini telah mengalami strok kecil supaya rakyat dan pelabur maklum akan apa yang telah berlaku kepada kepimpinan tertinggi negara.

"Ya, saya telah dengar khabar itu sejak Jumaat. Kami diberitahu dia mengalami strok kecil dan sedang berehat di Singapura.Ini adalah apa yang kita dengar. Ini merupakan spekulasi yang serius justeru perlu dijelaskan. Orang yang terbaik untuk berbuat demikian adalah Najib ," Rafizi memberitahu sidang akhbar pada Isnin.

Betul-betul sakit atau helah pesaing Umno memaksanya berhenti?

Malaysia dijangka akan mengadakan pilihanraya umum pada tahun ini yang yang diramalkan bersejarah kerana bakal menyaksikan perubahan rejim yang pertama di negara ini sejak 1957. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dijangka akan memenangi pilihanraya dan menggantikan parti rasuah Umno-BN yang sedang berpecah-belah.

Terdapat spekulasi bahawa parti Najib sendiri mahu dia digantikan menjelang pilihanrayaumum ke-13, untuk memberi laluan kepada Yassin Muhyiddin, timbalannya untuk menggantikannnya. Muhyiddin dipercayai telah mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam parti Umno itu.

Menurut Sarawak Report, para doktor Najib sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang hujung minggu lalu.

Pemerhati Umno berbelah-bagi dalam memberi pandangan mereka terhadap apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam parti. Ada yang percaya Najib telah benar-benar jatuh sakit, yang lain pula percaya bahawa ia merupakan satu muslihat bagi membolehkan Najib meninggalkan parti dalam keadaan yang terhormat. Ada juga yang berpendapat bahawa berita itu disebarkan oleh pihak Muhyiddin dan Mahathir untuk memberi tekanan kepada Najib agar meletak jawatan.

“Ini bukan kali pertama Najib mengalami masalah kesihatan. Dahulu dia juga telah menjalani pembedahan pada lututnya,” kata Rafizi lagi.

Tekanan yang kuat
Ia bukanlah suatu yang mengejutkan jika berita strok Najib ternyata benar kerana dia telah menyepi dari rakyat selama beberapa minggu. Dia juga telah diberi tekanan yang hebat untuk menjawab dakwaan rasuah yang dibuat oleh Deepak, seorang ahli perniagaan penuh kontroversi yang juga merupakan bekas rakan karib Rosmah Mansor isterinya.

Rupa-rupanya, lebih banyak pendedahan akan dilakukan tidak lama lagi dan ia sedang dinantikan dengan penuh minat oleh pemerhati-pemerhati politik akan tanda-tanafa bahawa Najib akan meletak jawatan. Deepak telah berjanji untuk meneruskan dengan pendedahannya terhadap pasangan pertama itu walaupun telah menerima RM30 juta dari firma Boustead Holdings Bhd dalam perjanjian yang telah dikritik hebat kerana tidak telus.

Deepak telah mendedahkan bahawa dia telah membayar keluargaNajib "berjuta-juta" ringgit untuk mendapatkan kelulusan kontrak tanah Kementerian Pertahanan yang melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah. Rafizi juga telah menuduh Najib menyalahgunakan kuasa dan memaksa Boustead, dimana 61% kepentingannya dimiliki oleh Dana Pencen Angkatan Tentera LTAT, ke dalam perjanjian untuk mendiamkan Deepak sekaligus menutup skandal itu.

"Ini umpama merompak terang-terangan Ia adalah rasuah yang nyata (menggunakan wang pencen Angkatan Tentera) untuk mendiamkan Deepak dan menutup skandal itu," kata Rafizi.

Parti PKR akan membuat laporan polis terhadap Najib pada hari Selasa.


Berlian Rosmah dan membantu Deepak


Minggu lepas, Rafizi membuat pendedahan awam akan beberapa siri invois dari dua toko barang kemas di Hong Kong yang ternama menunjukkan bahawa firma Deepak telah membeli 19 item barang kemas eksklusif bernilai RM13 juta yang dikatakan untuk Rosmah, dalam tempoh tiga bulan pada tahun 2009.

"Setakat ini, saya belum lagi bercakap dengan Deepak. Kami berhubung melalui pihak ketiga," kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi telah berjanji untuk membantu Deepak mendedahkan beberapa perjanjian penuh korupsi yang didakwanya diterima ketika dia masih merupakan sebahagian daripada rakan rapat Rosmah.

Panas ! Patutlah Depa Cantas Mencantas Nak Jadi ketua Wanita...Cepat Kaya Wooi... ( +video)




Projek PUSPAHANAS milik  Ketua UMNO Selangor 



Patut le dalam wanita umno mereka berebut nak jadi ketua wanita dari pemerhatian admin mereka senang mendapat projek yang besar dengan modal air liur mungkin sebabnya kuasa undi dan jentera pilihanraya wanita umno ini boleh menentukan jatuh bangun seorang pemimpin.

Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita UMNO Selangor Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah telah dianugerahkan projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005.

Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera ianya bernilai RM100Juta.

Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 (baca di SINI ).

Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar).

Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera.

Oleh kerana Syarikat yang dikuasai oleh Ketua Wanita UMNO Selangor itu, iaitu Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan jadi ianya tidak ada sebarang pengalaman.

Bagi melaksanakan projek tersebut pula sebuah syarikat yang mengeluarkan berus gigi tersebut dilantik sebagai Ali Baba bagi melaksanakan projek PUSPAHANAS yang dianugerahkan kepada Ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah ( sila baca di SINI )

Dan setelah sekian lama berlalu, beeratus juta RM bertukar tangan... inilah hasilnya..





PENDEDAH SKANDAL PUSPAHANAS (terperinci ) SINI


Panas ! BN Sarawak Dilanda Taufan ? (+ video)



Kalau ada orang yang tanya betul ke tak, aku cuma jawab ya 80 peratus.

Selebihnya bergantung kepada perkembangan yang terjadi selepas perkara ini berlaku lebih 72 jam lalu.

Maklumat ini sebenarnya berkait rapat dengan apa yang sedang berlaku nun jauh di Bumi Kenyalang terutama selepas lawatan tiga hari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tamat semalam.

Tapi Anwar tak mencari pemimpin Barisan Nasional (BN) sebaliknya juak-juak Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang nak sangat berjumpa meminta buah fikiran sekiranya masih ada peluang untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Daripada 31 kerusi parlimen yang terdapat di negeri itu, BN pusat difahamkan mahu menyingkirkan sembilan ahli parlimen terutamanya dari parti yang diketuai Taib sendiri, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang menang besar dalam pilihanraya negeri April tahun lalu.

Berang dengan perkembangan inilah yang mendorong Taib menghantar sepasukan empat orang pemimpin senior parti itu untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Anwar selaku ketua Pakatan Rakyat.

Perdana menteri, Najib Altantuya sendiri dikatakan menjadi punca pergolakan ini sudah mengetahui perjumpaan sulit Anwar dengan pemimpin PBB tersebut yang diadakan di satu lokasi yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk ahli rombongannya.

Dalam pertemuan tersebut, mereka diminta Taib supaya apa sahaja bentuk kerjasama boleh dilakukan dengan Pakatan Rakyat sekiranya Najib Altantuya berkeras mahukan sembilan ahli parlimen sedia ada digugurkan dan enam yang lain dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan beberapa parti komponen lain diambil tindakan sama.

Turut terjebak dalam rasa tidak puas hati ini ialah presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Jemut Masing.

Hemat Najib Altantuya, dengan tindakan ini sahajalah maka pengaruh Taib dapat dikendurkan berikutan kegagalannya sendiri menyingkirkan Taib selaku ketua menteri selepas kontroversi upacara mengangkat sumpah jawatan itu timbul hanya sehari selepas keputusan pilihanraya diumumkan.

Rupanya bukan setakat Taib yang tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya, malah presiden SPDP, William Mawan Ikom juga menyatakan niat serupa apabila Tiki Lafe yang disokong Najib Altantuya enggan mengosongkan kerusinya walaupun diminta pemimpin akar umbi di parlimen Mas Gading.

Tindakan Najib Altantuya mengekalkan Lafe yang dipecat dari parti itu pada November 2011 terus menjadi duri dalam daging BN yang dikatakan bakal tewas sekiranya calon yang salah diletakkan dan undi protes makin bertambah seterusnya bakal mengakibatkan SPDP keluar BN di saat-saat akhir.

Anwar yang menyedari hal tersebut kemudiannya menghubungi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang memaklumkan perkembangan terbaru ini.

Nyata mereka menerima makluman Anwar dan membenarkan rundingan tersebut diteruskan.

Untuk rekod, Taib dikatakan sanggup membawa PBB dan enam parti komponen BN di negeri ini keluar dari BN sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi manakala Taib sendiri mahu mengekalkan legasinya yang sudah berkuku sejak 1981 terpelihara.

Inilah yang membimbangkan Najib Altantuya kerana pilihanraya umum mesti diadakan selewat-lewatnya April depan dan difahamkan satu jawatankuasa khas dibentuk bagi menangani polemik yang timbul ekoran cadangan Najib Altantuya sendiri yang mahukan calon boleh menang diletakkan berbanding pemimpin senior parti komponen masing-masing.

Sekiranya Najib Altantuya tersilap congak kali ini, bukan setakat Sarawak akan menjadi 'kubur' buat BN malah Sabah juga yang mempunyai 25 kerusi untuk direbut bakal kehilangan sejumlah besar kerusi parlimen ke tangan Pakatan Rakyat. ~ Sumber





07 Januari 2013

TERKINI ! INI DIA PEGAWAI DAERAH YANG BUAT KERJA BODOH...!!!


Pegawai daerah baru untuk Seberang Perai Tengah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pertukaran pegawai daerah Seberang Perai Utara Jusni Ismail ke Seberang Perai Tengah berkuat kuasa hari ini.

Pertukaran itu dibuat ekoran operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menahan pegawai daerah Seberang Perai Tengah sebelum ini, Roslan Yahya pada 3 Januari lalu.


Lim dalam satu sidang media hari ini berkata kerajaan negeri tidak bertoleransi ke atas tindakan rasuah dan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang tidak terjejas dengan kejadian tersebut.



"Ia adalah kes rasuah di mana kita akan beri kerjasama sepenuhnya jika diperlukan," katanya.

Lim berkata kes didakwa melibatkan Roslan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri yang sentiassa serius dalam memerangi rasuah.

“Semua yang kita tahu (berhubung kes ini) adalah daripada media. Kita akan ambil tindakan apabila mempunyai (maklumat) lanjut. Kita tidak akan sembunyikan kes ini," katanya.

Lim juga menyatakan bahawa SPRM – yang pada kebiasaannya tidak banyak membuat pendedahan mengenai kes yang disiasat – kali ini menukar modus operandinya.

"Kita berharap mereka akan tukar (modus operandi) di masa hadapan. Kita harap mereka akan teliti tiga laporan yang kita buat pada mereka, di mana seorang daripada tertuduh mengakui perkara itu.

"SRPM masih belum mengambil tindakan dalam kes ini,"
katanya.


Komen DS Anwar Ibrahim berhubung kejadian berkenaan:




Rasuah, pembaziran, tetap salah, sama ada RM30 ribu mahupun RM100 juta

KOMEN, Rasuah RM30,000 bagi menyembunyikan aduan gangguan seksual di Pulau Pinang mendapat perhatian cukup tinggi daripada rakyat di negara ini, menunjukkan bahawa tiada sesiapa pun di Malaysia harus menerima atau bertolak ansur dengan kegiatan korupsi ataupun salah guna wang di negara ini.



Rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima dengan apa sahaja gejala rasuah, pembaziran kewangan, mahu pun kebocoran dana. — Gambar AFPDengan berita yang yang masih segar dan media arus perdana ghairah memainkan berita kes penjawat awam dan pembantunya di Pulau Pinang itu, persoalannya sekarang, kenapa semua pihak berdiam diri terhadap projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang bernilai RM100 juta.

Mengapa mereka perlu berhabis dakwat untuk RM30,000 dan tidak mengendahkan projek yang menyaksikan tanah kerajaan ditukar dan dijual, namun tiada kelibat bangunan Puspahanas didirikan di Putrajaya.

Adakah RM100 juta hanya tukaran dengan projek berbilion ringgit kerajaan Persekutuan? Namun RM30,000 jumlah terlalu besar untuk berita kerana ia melibatkan pembantu pemimpin pembangkang?

Antara kedua-dua kes itu, yang mana satu adalah jenayah terbesar? Syarikat yang tidak mempunyai rekod mendapat projek pada 2005 dan dibayar dengan tiga lot tanah kerajaan bernilai RM72.5 juta dan RM27 juta tunai.

Syarikat ini, Awan Megah (M) Sdn Bhd dimiliki Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, gagal membangunkan Puspahanas pada 2011 namun berjaya menjual tanah itu bulan lalu kepada Boustead Holdings Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh dana pencen kakitangan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Namun tiada pihak yang membangkitkan perkara itu, termasuk daripada kerajaan mahupun media arus perdana berkenaan projek tersebut yang belum disiapkan? Atau persoalan bagaimana Boustead boleh membeli tanah itu yang mana telah dikunci firma Raja Ropiaah melalui perjanjian yang sangat rumit untuk membiayai projeknya.

Ini bermakna, pendedahan korupsi adalah tersangat kecil sekecil nilai nyawa Teoh Beng Hock pada 2009. Dan yang terbaru di Pulau Pinang. Turut dilihat berdasarkan laporan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) juga mengandungi elemen siapa yang korup dan tidak terlepas daripada gejala kotor.

Namun, “jerung” juga perlu ditangkap. Bagaimana kita boleh menutup mata dengan rompakan di siang hari, syarikat yang memperolehi wang yang banyak melebihi kos bangunan yang tidak pernah langsung dibina.

Bagaimana Menteri Pertahanan membisu mengenai perkara ini? Mana suara Kementerian Kewangan?

Tanah ditukar untuk projek yang berprestij namun tiada yang lengkap dan semua pihak membisu, mulut terkunci seperti mana lokasi projek Puspahanas.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menetapkan membanteras rasuah adalah keutamaan mereka melalui pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membentuk lebih banyak mahkamah anti rasuah.

Namun, tiada satu pun yang menyiasat skandal Puspahanas, tidak seperti siasatan teoh Beng Hock pada 2009, dan pembantu politik PKR tahun ini.

Harus ada kebenaran seperti mana pepatah Melayu, “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak kelihatan”.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima dengan apa sahaja gejala rasuah, pembaziran kewangan, mahupun kebocoran dana.

Siasat dan hebahkan kes di Pulau Pinang kerana ia salah untuk merasuah pengadu supaya menggugurkan aduannya. Namun satu soalan ini harus dijawab, di mana projek Puspahanas bernilai RM100 juta, dan mengapa semua pihak membisu?


HOT ! CUBA TEKA POSTER NIE DI BAGAN SERAI ATAU ARAB SAUDI...?

Kementerian Alam Sekitar Negara Jerman letak hadith ''Senyum untuk saudaramu ialah sedekah" di tempat awam :)


German Environment Ministry decided to officially put this poster in public places.

It says:

"Your smile for your brother is charity."

(Prophet Muhammad)

وزارة البيئة الالمانية تقرر رسميا وضع هذة اللوحة بالأماكن العامه في المانيا
مكتوب فيها باللغه الألمانيه :

تبسمك في وجه اخيك صدقة
(النبي محمد )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...