07 Januari 2013

TERKINI ! BAYARAN RM160 JUTA HANYA RASUAH NAJIB UNTUK TUTUP MULUT DEEPAK..!!!

Bayaran RM160 Juta Dana Pencen Angkatan Tentera Kepada Asta canggih dan Awan Megah Tiada Asas

Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Mohd Nor bahawa urusan pembelian Astacanggih dan Awan Megah oleh Boustead Holdings Berhad (“Boustead”) merupakan satu pelaburan yang baik adalah tidak masuk akal.

Sekiranya LTAT benar-benar berminat untuk mengambilalih syarikat ini, ada dua perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan nilaian syarikat-syarikat ini, iaitu:

1. Tanah yang dimiliki oleh Awan Megah yang menentukan bayaran kepada Awan Megah. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM130 juta kononnya untuk membeli tanah 223 ekar yang didakwa milik Awan Megah

2. Nilai projek penswastaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari projek penswastaan Puspahanas. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM30 juta untuk membeli saham Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya untuk menentukan nilaian yang adil bagi urusan ini, jika LTAT dan Boustead benar-benar berminat mengambilalih syarikat ini berdasarkan pertimbangan komersil.

NILAIAN TANAH 223 EKAR

Saya merujuk kepada surat bertarikh 17 Julai 2009 dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor yang dilampirkan bersama.


Kandungan surat tersebut menyatakan rayuan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada keputusan Kerajaan Selangor yang menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk memindahmilik tanah seluas 223 ekar kepada Awan Megah.

Ini bermakna, tanah seluas 223 ekar yang kononnya dibeli oleh Boustead itu masih lagi hakmilik Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Selangor bagi kelulusan pindahmilik dan kelulusan pelan pembangunan.

Status terkini tanah 223 ekar itu adalah jelas: ia bukan hakmilik Awan Megah dan Kerajaan Selangor telah menetapkan bahawa ia tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan pembinaan markas, seperti mana tujuan asal tanah itu dipohon oleh Kerajaan Persekutuan dahulu.

Oleh yang demikian, pembayaran RM130 juta oleh anak syarikat Boustead kepada Awan Megah yang dimiliki Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor samalah dengan memberi wang RM130 juta kepadanya tanpa ada apa-apa hasil kepada Boustead.

Jika urusniaga ini tetap berlaku, Boustead akan menyalahgunakan RM130 juta dana pencen anggota tentera untuk membayar 223 ekar tanah kepada Awan Megah yang tidak mempunyai hakmilik tanah itu.

PROJEK PENSWASTAAN PUSPAHANAS


Boustead terpaksa menyiapkan Puspahanas yang kini tergendala mengikut perjanjian dengan Astacanggih dan Awan Megah. Salah satu pertimbangan nilaian berjumlah RM160 juta (iaitu RM30 juta kepada Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah) adalah kos projek yang telah dilaksanakan oleh Awan Megah.

Tanggungan Awan Megah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan projek ini boleh dirujuk kepada Perjanjian Penswastaan muka surat 13, Perkara 3.3 mengenai Bon Tanah (“Land Bond”) yang perlu dibayar oleh Awan Megah.


Bon Tanah ini adalah satu bentuk jaminan kewangan yang bersamaan dengan jumlah keseluruhan projek penswastaan, iaitu pembinaan Puspahanas yang perlu dilaksanakan oleh Awan Megah. Sekiranya Awan Megah gagal menyiapkan projek, Kerajaan Persekutuan berhak menuntukan Bon Tanah ini untuk digunakan bagi menyiapkan projek tersebut.

Perjanjian Penswastaan secara jelas menyatakan bahawa Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk menyiapkan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja. Ini bermakna, kos keseluruhan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja.

Dalam keadaan Puspahanas masih belum disiapkan dan nilainya RM72.5 juta sahaja, pembayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu satu harga yang tidak masuk akal.


Oleh yang demikian, jelas bahawa urusniaga membabitkan RM160 juta ini hanyalah bayaran rasuah oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Pembayaran sedemikian rupa bagi membeli tanah yang hakmiliknya tidak wujud dan projek yang jumlahnya jauh lebih rendah adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara.


RAFIZI RAMLI

Terkini ! Cerita Sebenar Pegawai Daerah Yang Rasuah..!!!

Selepas tangkapan rasuah, Pulau Pinang rombak pegawai daerah

Pulau Pinang merombak lima pegawai daerah dan menamakan seorang lagi wanita kepada jawatan kanan perkhidmatan awam itu untuk menggantikan salah seorang yang ditangkap dalam operasi minggu lepas.

Pegawai daerah adalah di bawah bidang kuasa negeri yang mengendalikan pentadbiran tanah, dan juga bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya. Pilihan raya umum akan diadakan tahun ini selepas kerajaan melengkapkan tempoh lima tahun.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) mengesahkan rombakan itu kepadaThe Malaysian Insiderdengan mengatakan beliau akan membuat pengumuman hari ini.

“Akan ada rombakan pegawai daerah. Dan negeri ini akan melantik seorang lagi wanita, menjadikannya dua pegawai daerah wanita di sini,” katanya.

Pulau Pinang mempunyai lima daerah — Timur Laut Pulau Pinang, Barat Daya Pulau Pinang, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Lim telah melantik pegawai daerah wanita pertama Rohani Hassan bagi negeri, pada tahun 2009 untuk memimpin Daerah Seberang Perai Selatan.

Meletakkan wanita kedua dalam jawatan tertinggi negeri dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan lebih banyak undi daripada wanita, yang membentuk sebahagian besar pengundi berdaftar dan lebih cenderung untuk membuang undi berbanding rakan-rakan lelaki mereka.

Langkah Pulau Pinang untuk merombak pegawai daerah dilakukan selepas tiga tangkapan minggu lepas dalam operasi anti-rasuah isu peribadi pegawai negeri.

“Kami sedang menyiasat perkara ini, ini tidak ada kena mengena dengan tugas kerajaan, ini adalah bersifat peribadi, dan ini akan diuruskan oleh TKM yang akan melaporkan kepada saya,” kata Lim kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kita tidak akan berkompromi dengan rasuah, kita akan ambil tindakan.”

Seorang pembantu yang berusia 56 tahun kepada Datuk Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Pulau Pinang Menteri I (TKM I), adalah antara tiga lelaki yang ditahan oleh pegawai anti-rasuah dalam cubaan rasuah RM30,000, lapor akhbar semalam.

Lelaki tidak dinamakan disyaki telah menawarkan wang sebagai dorongan kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual yang dibuat terhadap pegawai atas, lapor The Sunday Star.

Menurut laporan akhbar itu, wanita tersebut melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunggu transaksi itu berlaku di sebuah restoran di Seberang Jaya pada 3 Januari sebelum menangkap tiga lelaki tersebut dengan memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi dekat dengan penyiasatan kes tersebut.

The Sunday Star turut melaporkan pembantu tersebut memegang jawatan di pejabat PKR Permatang Pauh yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar bahasa Melayu Mingguan Malaysia juga melaporkan sumber tidak dinamakan yang dekat dengan penyiasatan mengatakan pembantu tersebut menyaksikan transaksi antara dua lelaki, salah seorang daripadanya dikatakan pegawai daerah berusia 52 tahun dan seorang pegawai bank.

06 Januari 2013

Hot ! Lobi Projek..Ketua puteri Umno Serah Anu..Kepada SU Sulit Timbalan Menteri...?


 DEMI PROJEK, KETUA PUTERI UMNO SERAH TUBUH?


MENGGEMPARKAN! Sebaik sahaja mendengar khabar Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang Timbalan Menteri dari Sabah telah menggunakan kedudukannya untuk mengatur kelulusan projek melalui imbuhan seks, Papparazzi telah bergegas ke Keningau.

Malangnya, salah seorang 'mangsa' yang menjadi habuan seks SUSK berkenaan ialah Ketua Puteri Umno salah satu bahagian di kawasan pedalaman Sabah.

Agak memalukan kerana Paparazzi yang membuat pengintipan sejak tiga minggu lalu terkejut melihat Ketua Puteri UMNO berselingkuh di Hotel Juta dengan SUSK berkenaan.



Paparazzi kesal kerana Ketua Puteri UMNO berkenaan sudah bersuami tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan projek bagi membiayai politik dan nafsunya. Mudah-mudahan suami Ketua Puteri UMNO berkenaan lekas sedar dan menyiasat sendiri kejalangan isterinya sebelum terlambat.

Paparazzi yang menginap di Hotel Juta selama tiga minggu agak terkejut kerana mendapati bukan sahaja Ketua Puteri UMNO berkenaan yang keluar masuk bilik di Tingkat 9, Hotel Juta; malah SUSK berkenaan turut melepaskan nafsu syahwatnya dengan Kontraktor Wanita dan Geisha yang dipasang kontraktor yang melobi projek 'Direct Award'.

Demi nama baik suami Ketua Puteri UMNO berkenaan, Paparazzi tidak bercadang untuk mendedahkan nama SUSK berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi Papparzzi sedang mengintip kemungkinan besar Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah mungkin menagih korban perawan!

Oleh : PAPPARAZZI SABAHKINI.NET



-sumber

Panas ! Annuar Musa Perli.... VVIP.....pulak......

Ada kata sy mcm di hina,kena duduk tempat tiket beli RM20!..hina mulia bukan mengikut harga tiket..tiket murah lebih mulia dari tiket free VVIP asalkan kita berprinsip dan BERTANGGUNGJAWAB !!   



Apa Macam YM TMJ.......?



APA-APA PUN JANGAN LUPA  #KL112 



Panas ! Gambar " Pesta Fesyen KONDOM " Tersebar...!!!

Kalau tengok gambar nie ingat dekat Paris atau Bangkok..rupanya di negeri Melaka...wa malas komen apa-apa mintak amno totok-totok tolong komen terutama makcik-makcik wanita amno......depa buat " Pesta Fesyen Kondom " la woi.....bukan buat pesta pulut durian.....

Mana mufti yang kalut pasai isu amanat Haji Hadi??Jakim??awat tak komen pasai pertunjukan ni???ka pasai Melaka negeri Maju maka Mufti tak berani nak kata apa??






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...