06 November 2012

Panas ! Tak Banyak Gaji Nazmi Cuma RM300K Sebulan !!!


Hijrah Kelas: Safee Sali perintis


Penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali

KEPUTUSAN Safee Sali berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya, tahun lalu, bagaikan membuka langkah untuk pemain negara ini bermain secara profesional di luar Malaysia.

Biarpun mulanya dipandang sinis sebahagian pemerhati yang melihat usaha Safee sebagai terkebelakang kerana memilih negara jiran yang mutu permainannya tidak jauh berbeza berbanding liga tempatan.

Tetapi, jangan kita silap kerana beraksi dengan liga luar mampu meningkatkan daya permainan di samping berdepan pemain bertaraf bintang, sekali gus menyuntik semangat motivasi tambahan buat pemain.

Selain Safee, pemain berbakat Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor pula berkelana ke Liga Portugal, SC Beira-Mar selepas memperagakan kualiti berkelas dunia ketika beraksi di Liga Singapura, musim ini.

Dengan nilai gaji purata RM300,000 sebulan, maka tidak hairanlah Nazmi memilih untuk mengembangkan sayap di luar negara
.

Nadi pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim yang mengakui menerima lamaran kelab dari Emiriah Arab Bersatu, Croatia dan Bosnia kini sah sertai gergasi selatan tanah air, Johor dengan bayaran gaji kira-kira RM 50,000 sebulan.

Untuk maklumat, sebenarnya ramai pemain kita yang bermain di liga luar, termasuk bermastautin di sana umpamanya, Titus James Pallani, Nicholas Chan, Tadashi Takeda (kelahiran Pulau Pinang) dan Tam Sheang Tsung serta Shaun Maloney.

Pemain muda asal Selangor, Muhd Ariff Zulkifly kini berada di Wellington, New Zealand sedang berlatih bersama Academy Bola Sepak Ole’, Porirua.

Ariff adalah bekas kapten pasukan Presiden Selangor dan pernah bermain untuk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Harimau Muda B.

Anak muda Malaysia di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal atau digelar sebagai ” The Malaysian Wonderkid ” kini masih berada di Illinois dan bermain di kelab-kelab tempatan. Tam

Sheang Tsung kemungkinan masih berada bersama Academy Sagan Tosu di Jepun manakala status Ash Hameed, yang pernah menyarung jersey Academy QPR pada 2010 tidak diketahui dan juga Titus James Palani yang kini masih berada di France.

Panas ! Duit Tunai dalam Tong ikan bagi kat MB kata saksi ...mampuih dah....

"Saya bawa duit dalam tong, hantar ke rumah MB..." -Lim Teo Huat



Seorang pengusaha udang harimau, Lim Teo Huat mengakui bahawa beliau yang membawa duit tunai dalam tong ikan sebanyak RM2 juta (sebahagian dari keuntungan jualan udang) ke rumah Menteri Besar Mahdzir Khalid. Peristiwa itu berlaku sewaktu hampir dengan PRU12 lalu.

Li
m terbabit dengan syarikat yang disubkan kerja penternakan udang oleh Kedah Agro Industrial Marketing Sdn Bhd (KAIMSB). Beliau sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis atau SPRM jika disiasat berhubung isu kehilangan duit keuntungan projek udang Kerpan pada tahun 2007.

"Saya mesti cerita betoi-betoi punya, buat apa saya mau bohong untuk selamatkan orang lain... tak pasai-pasai saya 'masuk dalam' depa (penyonglap) dok syok kat luaq..." kata Lim penuh keberanian


 
Tok Ded dan Mat Bashah.....tolong jawab sat.....
SPRM tunggu apa lagi laporan dah buat , saksi pun dah ada....  

Berita kaitan laporan kepada sprm SINI

Kajian UM: Pengundi BN Merosot Disebab Integriti Buruk Pemimpin



 Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan.

Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin Umno-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.


Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada Umno menjelang pilihan raya nanti.

Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi Umno-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.

Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap Umno-BN.

Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap ‘kelemahan’ negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.

“Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa,” menurut ringkasan laporan kajian tersebut.

Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.

“Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.

“Ianya bukan soal Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah,” katanya kepada TV Selangor.

GEMPAR ! Projek IC Besaran untuk warga Burma terbongkar -saksi

Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi

SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.


Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi kerakyatan di kawasan Parlimen Pekan, Pahang untuk menyelamatkan karier politik Najib Razak.

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/ribuan-warga-asing-myanmar-terima.html#ixzz2BOdSIVlx

PANAS ! Kereta harga bawah 10K dari China yang akan di import masuk (video)




Saksikan kehebatan model kereta terbaru dari China yang bakal dibawa masuk mulai tahun depan.Model yang paling menjimatkan minyak tapi tak mesra alam disebabkan 'kuasa anjing'yang digunakan....he he he.

Dikhabarkan pengimport kereta muda dan berjaya si Nedim anak si Nazri Aziz adalah pemegang 'hak eksklusif' untuk pengedaran model ini seluruh dunia kerana persamaan sifat dengan kuasa kuda...ooops! KUASA ANJING yang digunakan untuk menggerakan model ini.





Sumber : SINI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...