15 Mac 2012

Kontraktor Melayu Malaysia PP sokong 4 projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Kenyataan Akhbar oleh Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang, Dato Izham bin Dato Omar Merican pada 15.3.2012 di Komtar, George Town.

Saya bagi pihak Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan kami ke atas hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina empat projek infrastruktur yang dicadangkan.

Projek-projek infrastruktur berkenaan adalah:
1. Terowong bawah laut 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam (berdekatan dengan Butterworth.
2. Jalan 15km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang.
3. Jalan pintas 5km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
4. Jalan pintas 5km dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Kami sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di SPU. Projek-projek yang dicadangkan ini akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU.

Justeru, terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang kritikal. Terowong tersebut akan melengkapkan kesalinghubungan di antara Seberang Perai dan Pulau Pinang, kerana Jambatan Pertama berada di SPT manakala Jambatan Kedua akan berada di SPS.

Hanya SPU masih tidak mempunyai hubungan dengan pulau. Terowong bawah laut ini akan sekaligus memastikan bahawa orang Melayu di SPU akan dapat menikmati pembangunan yang setara dengan kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang. Tambahan pula, kami yakin bahawa projek-projek ini, khususnya terowong bawah laut, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan yang mudarat kepada penghuni-penghuni kawasan-kawasan yang terbabit.

Malah, kami rasa ia akan membawa kemajuan kepada mereka. Kami juga bersetuju dan yakin dengan janji Kerajaan Negeri bahawa semua prosedur dan peraturan yang berkenaan akan dituruti, seperti proses rundingan umum untuk rekabentuk, pemilihan laluan dan juga kajian kesan alam sekitar. Semua proses-proses ini hendaklah dipersetujui terdahulu sebelum kelangsungan projek-projek tersebut.

Sekiranya terdapat masalah yang tampil semasa proses-proses tersebut, dan jika projek-projek tersebut didapati kurang sesuai, maka ia tidak akan dilaksanakan. Sungguhpun begitu, kami yakin bahawa semua syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan akan dipatuhi dan diluluskan. Justeru, saya ingin menyatakan sekali lagi sokongan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang ke atas projek-projek infrastruktur yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dato Izham bin Dato Omar Merican Timbalan Yang Dipertua PKMMPP 15 Mac 2012

RAKYAT UNTUNG SELALU UBAH KERAJAAN, RAWATAN KECEMASAN PERCUMA

Rawatan kecemasan percuma untuk semua rakyat dari 1 April

Semua warganegara Thailand akan layak untuk rawatan percuma tanpa syarat dalam kes-kes kecemasan dari 1 April.Langkah itu datang sebagai kabinet hari ini meluluskan langkah pertama rancangan untuk mengintegrasikan pembiayaan dan perkhidmatan kesihatan tiga skim kesihatan kebangsaan.

Percuma rawatan kecemasan akan ditawarkan kepada semua pesakit yang disenaraikan di bawah perkhidmatan awam skim faedah perubatan (CSMBS), skim keselamatan sosial (SSS), dan perlindungan penjagaan kesihatan sejagat (UC).

Orang akan mampu untuk mendapatkan perkhidmatan percuma di hospital yang terdekat, sama ada negeri atau swasta, Menteri Kesihatan Awam, Witthaya Buranasiri berkata.

"Perkhidmatan kecemasan Percuma untuk semua pesakit adalah langkah pertama ke arah dasar kerajaan untuk mengurangkan percanggahan dalam skim penjagaan kesihatan," Encik Witthaya berkata.

Rawatan percuma akan terpakai kepada kes-kes trauma kritikal menilai sebagai "kod merah" dan keadaan akut yang diberi nilai sebagai "kod kuning", sejajar dengan National Institute of definisi Perubatan Kecemasan "kecemasan".

Pada masa ini, menerima rawatan kecemasan di hospital di luar sistem kesihatan negara, terutamanya di hospital swasta premium, boleh menjadi masalah.Pesakit boleh menghadapi kesukaran dan kelewatan dalam menerima perkhidmatan hospital kecuali mereka mampu untuk membayar daripada poket mereka sendiri.

Sebelum kepada kelulusan kabinet, setiap skim bergantung kepada peraturan sendiri. Pembayaran pendahuluan diperlukan untuk pesakit yang kakitangan awam dan ahli keluarga mereka yang disenaraikan di bawah CSMBS jika mereka dimasukkan ke hospital swasta.

Pekerja swasta yang disenaraikan di bawah skim keselamatan sosial adalah layak untuk rawatan kecemasan. Walau bagaimanapun, mereka mesti menbayar kos selepas 72 jam rawatan melainkan mereka ingin dipindahkan untuk rawatan lanjut.

UC pesakit, yang biasanya golongan miskin, menganggur, terdedah atau tua, sudah boleh menerima rawatan kecemasan di hospital mana-mana.

Setiausaha Pejabat Kesihatan dan Keselamatan Negara , Winai Sawasdiworn berkata purata perbelanjaan untuk rawatan kecemasan telah dianggarkan pada 10,500 baht bersamaan(RM1,100.00)

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, Menteri Kewangan Kittirat Na-Ranong, Buruh Sasomsab Padermchai Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Encik Witthaya menghadiri persidangan untuk mengurangkan jurang pengurusan antara tiga pembiayaan kesihatan.

Mereka diiringi oleh setiausaha agung Pejabat Kesihatan Keselamatan Negara dan Pejabat Keselamatan Sosial dan Ketua Pengarah Pejabat Ketua Pengawal, serta pakar-pakar kesihatan.

Semasa mesyuarat, Cik Yingluck ditanya Pentadbiran Makanan dan Dadah serta Pertubuhan Bukan Kerajaan Farmaseutikal untuk bekerja perincian dengan tiga skim pembiayaan kesihatan dalam usaha untuk menetapkan garis panduan untuk harga dadah dan mengurangkan penggunaan ubat-ubatan yang tidak sesuai.

Kekurangan harga rujukan mengenai ubat-ubatan telah membawa kepada kesukaran dalam pengurusan kewangan kesihatan dan perbezaan yang besar dalam kos rawatan perubatan di kalangan tiga skim penjagaan kesihatan utama. Manfaat skim perkhidmatan awam perubatan membelanjakan kira-kira 62 bilion baht pada ubat-ubatan untuk pesakit luar sahaja dalam tahun fiskal 2010.

Sumber Bangkok Post diterjemahkan oleh Kedah.kini

14 Mac 2012

KERAJAAN BENARKAN IMPOT BARANGAN ISRAEL SEMENJAK 1994


TERAS tuntut kerajaan mansuh terus PPSMI, bukan ubahsuai

TERAS tuntut kerajaan mansuh terus PPSMI, bukan ubahsuai


Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini sekali lagi menuntut kerajaan memansuhkan dengan serta merta pelaksanaan Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris (PPSMI), dan bukannya melakukan pengubahsuaian terhadap sistem berkenaan.

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya berkata sekiranya kerajaan boleh melaksanakan PPSMI dalam keadaan tergesa-gesa, mengapa penarikan balik dan pelaksanaan PPSM-Melayu tidak boleh dilakukan dengan kaedah sama.

"Pemerintah kini membayangkan ada ruang untuk meneruskan PPSMI jika ia melakukan ubahsuai . Sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mencelah agar PPSMI dapat dilanjutkan.

"Jika PPSMI dengan mendadak diperkenalkan tanpa banyak kajian dan hujah , kenapa PPSM-Melayu tidak boleh dikembalikan dengan kaedah yang sama?"

Menurut Azmi, beliau bersetuju agar gelombang bantahan diketengahkan kembali dan momentum rakyat dibangkitkan sekali lagi untuk menamatkan sistem PPSMI.

"Gelombang ini tidak boleh dimatikan hanya dengan janji kerajaan yang nampaknya cuba “ membeli masa”. Inilah sebenarnya strategi pihak yang beria-ia PPSMI dipertahankan.

"Mereka bermakar untuk mendesak kepada kerajaan agar PPSMI diteruskan dengan lobi diperingkat tinggi," katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat bersabar dan pemansuhan PPSMI akan mengambil masa berdasarkan kohot pembelajaran disekolah yang bakal menyaksikan 2012 dijadikan tahun sepatutnya berakhir PPSMI.

"Keputusan ini menyebabkan rakyat tergamam kerana terperangkap dengan dalih pentadbiran dan alasan sistem persekolahan. Akhirnya PPSMI diteruskan sehingga hari ini," tegas Azmi.

Jelas Azmi, apa yang lebih malang adalah sementara menantikan pemansuhan tersebut berlaku, pelajar, ibubapa dan pendidik yang akan menjadi mangsa.

Selain itu, Azmi turut berkata ketika PPSMI diperkenalkan tidak ada pertimbangan jangka panjang diambil kira terhadap masa depan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Ribuan yang terpaksa menggagahkan diri untuk melalui PPSMI yang memeritkan seluruh warga pendidikan," tambahnya lagi.

Kerajaan didesak audit RM1.92 bilion -BR1M

KUALA LUMPUR - Pembangkang menggesa kerajaan mengaudit RM1.92 bilion yang dibelanjakan untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana jumlah itu telah melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen iaitu RM1.8 bilion.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, rakyat berhak untuk mengetahui sumber peruntukan tambahan itu kerana ia tidak dibincangkan atau diluluskan dalam Kabinet.

“Jumlah dibenarkan mengikut kelulusan Bajet 2012 untuk tujuan BR1M hanya terhad kepada RM1.8 bilion sahaja. Ini dibuat dalam ucapan dan buku pembentangan Bajet 2012 yang diluluskan BR1M.

“Tetapi, tadi (semalam) Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak umum setakat ini jumlah dibelanjakan untuk BR1M ialah RM1.92 bilion melibatkan 3.5 juta isi rumah. Angka ini lebih besar daripada jumlah asal,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau menegaskan, kerajaan telah melanggar kelulusan yang ditetapkan Parlimen sekiranya persidangan kali ini tamat tanpa mengemukakan bajet tambahan.

“Setakat ini tiada audit yang telus untuk jelaskan siapa yang dapat, berapa ramai dan jumlah dana yg benar-benar disampaikan ke tangan rakyat,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...