Polis haramkan ceramah Anwar, Nizar
Mar 19, 09 2:00pm. malaysiakini
kemaskini 4.03pm Polis mengharamkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin malam ini di Simpang, di pinggir kawasan Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil.Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai ceramah penasihat PKR bersama bekas menteri besar Perak itu dengan alasan ia tidak berpermit.
Ceramah yang bermula jam 9 malam dirancang diadakan di Jalan Kuala Kangsar, Simpang dekat Taiping.Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata ceramah tersebut tidak sesuai kerana tempat itu berdekatan dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai. Anwar, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini berkata "ia sering berlaku seperti itu."Beliau akan tetap menghadiri majlis makan malam di situ, tambahnya.Pilihanraya kecil kecil parlimen itu akan diadakan antara 29 Mac hingga 7 April dan Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS.
19 Mac 2009
PKR UMUMKAN CALON 20HB.MAC09
Oleh G. MANIMARAN mstar
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) dijadual mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pagi esok tetapi sehingga hari ini masih menghadapi dilema memilih calonnya.
mStar Online difahamkan walaupun pimpinan parti itu telah menentukan calon bagi kerusi tersebut dua hari lalu tetapi berhadapan dengan masalah untuk memuktamadkan wakil berkenaan pagi esok.
Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi terpaksa meneruskan proses penilaian dan penetapan calon ekoran perkembangan dalaman parti tersebut.
Antara lain difahamkan calon yang dimuktamadkan sebelum ini menerima tentangan sebahagian ahli di bahagian Bukit Selambau.
mStar difahamkan parti itu telah memilih S.Manikumar, seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun, lulusan Universiti Utara Malaysia sebagai calon.
Manikumar adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.
Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.
"Mesyuarat Biro Politik semalam memutuskan untuk mengadakan perbincangan dengan Badan Perhubungan PKR Kedah hari in," kata sumber kepada mStar Online hari ini.
Juga difahamkan sekumpulan yang memprotes pemilihan calon sebelum ini akan menemui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PR.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh mempengerusikan mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi.
Laporan sebelum ini menyebut PR akan hanya mengumumkan calonnya pada 28 Mac ini iaitu sehari sebelum tarikh penamaan calon tetapi jemputan media yang diterima semalam menunjukkan pengumuman itu akan dibuat lebih awal iaitu esok.
Kerusi DUN Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari PKR awal bulan lepas.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil 7 April ini.

16 Mac 2009
SEJARAH PKR KEDAH & SDR. ZAMIL IBRAHIM -SIRI 1
Oleh: eram@mat
Daripada tulisan yang lalu komen dari kenyataan akhbar oleh sdr.Zamil Ibrahim dari akhbar Sinar harian terdapat satu komen yang menarik untuk dibincangkan...komen dari sdr.kanda Lekir untuk makluman aku tidak menambah dengan membabi buta tapi aku juga mengenali sdr.Zamil Ibrahim semenjak dari zaman reformasi dan masih aku ingat akan sumpah keramat pada tahun 1999 di taman Ria, Sg.Petani yang diketuai oleh sdr.Ezam dan ramai lagi yang telah lari dari perjuangan mungkin kerana kegagalan memegang prinsip diri dan parti.
daripada komen beliau tadi memang beliau bersama Keadilan sebelum ini dan mengetahui sejarah dalam PKN Kedah masa lalu. mungkin dari bahasa beliau mengenali aku..untuk makluman aku juga asal dari kampung Lekir. tapi dah lama merantau di negeri Kedah. Memang jasa mereka ini tidak boleh dipertikai dan telah menjadi sejarah dalam membina asas Keadilan di Kedah.. dari tahun 1999 digerakan dari bahagian Merbok, Sg.Petani & Langkawi dari masa Sdr.Zuraidi bekas K.pemuda yang memimpin Keadilan dan kemudian melompat ke AMNO pada tahun 2001 kemudian digantikan dengan sdr.Zamil Ibrahim masatu agak sukar bagi kita untuk memperkembangan parti, ahli & cawangan kerana kekangan rakyat yang kurang berani untuk aktif kerana kebanyakanya mencari makan dengan kerajaan AMNO.
Juga dimaklumkan apabila DSAI keluar dari penjara SB mulalah politik kotor bermain dalam PKR , budaya klik dan kroni mula ujud. ini perkara lumrah bagi mana-mana parti yang ada di malaysia dan masih ingat mengapa beberapa pemimpin PKR telah berhijrah ke dalam PAS bagi meneruskan perjuangan, itu saja pilihan yang terbaik masuk PAS atau memendam rasa iaitu berundur untuk kebaikan. Anda bersuara tentu anda dicop orang ini, orang Zamil atau orang Mohtar...dan tidak semua pejuang-pejuang terdahulu disamakan macam mereka dan tidak semestinya mereka dihukum tanpa disiasat puncanya.
..... akan disambung lagi kemudian
March 16, 2009 8:07 PM
kanda lekir said...
maaflah andai pendapat ini mungkin agak kasaq dan ini hanyalah pendapat individu...tak tau la, bercakap pasai zamil mmg byk org dengaq dari mulut org dan ramai spekulasi org buleh cakap.. tapi mengenali secara peribadi tentang beliau, mmg ada jugak la kebenaran cerita walaupun hasil penulisan banyak ditokok tambah... ya, mmg politik ni dah darah daging beliau tapi sedaq lah byk jugak jasa beliau dalam dunia politik kedah.. try la kaji balik catatan dan wacana gerakan keAdilan (nama PKR satu masa dahulu) di Kedah.. siapakah yg bergerak merencanakan gerakan terawal dan kaji balik ke mana menghilangnya mereka yg terlibat dalam merintis jalan reformasi di Kedah di kala DSAI masih terpenjara di balik tirai besi.. kehilangan mereka masih tidak dijejaki dan tak pernah dikesali... lihat dan renungi keberkesanan mereka yg semakin sepi dari arena politik tika ini... mungkin kerana kesungguhan dan susuk politikus membawa zamil masih relevan biarpun dari luar garis politik PKR yg kini rata2 dibarisi mereka yg saya fikir hanya golongan atasan yg kenal rapat dgn DSAI.
Malahan, mereka yg kini berkedudukan dalam PKR, ramai dapat dikatakan masih baru no keahlian dan tidak melampau dikatakan mereka tidak perlu bersusah payah memacak sepanduk dan bendera parti di kala menjelangnya Pilihanraya...Andainya, senario dan trend penjenamaan PKR dengan idea kemunculan mereka yg ternama dibiarkan berlaku terus tanpa muhasabah dan nilai keinsafan, maka jgn salahkan zamil atau rakan2nya andainya ramai lagi zamil akan lahir dek kerana kealpaan dan ketidakpedulian kerana kekuasaan yg br dikecapi.. ingatlah rom tidak dibina dalam satu hari dan ia mungkin boleh bersemadi dalam tempoh yg amat sekejap..

13 Mac 2009
PKR Kedah mula goyah, hilang penyokong
oleh Sinar harian.
SUNGAI PETANI -Pelantikan Saiful Izham Ramli sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau untuk pilihan raya kecil akan datang, didakwa menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dan tidak senang dalam kalangan ramai pemimpin dan penyokong PKR Merbok di sini.
Dakwaan tersebut dibuat bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah, Zamil Ibrahim yang menjelaskan bahawa beliau menerima sepucuk surat yang dihantar kepadanya, dipercayai daripada penyokong PKR sendiri. Zamil berkata, surat yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR itu jelas menunjukkan PKR bukan sebuah parti yang bermaruah, malah memalukan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tindakan tersebut juga menyebabkan rakyat di Parlimen Merbok bertambah marah selain hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR itu sendiri. “Apa yang lebih menyebabkan PKR mula goyah di sini ialah apabila Saiful Izham masih disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR kerana gagal membentangkan penyata belanjawan Pilihanraya Umum ke 11 (PRU 11). “Ini membuatkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan beliau semasa PRU 12 lalu ketika beliau telah dipilih oleh PKR bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 8 Mac 2008,” tegasnya semasa mengadakan sidang media di Cinta Sayang Resort di sini, semalam. Zamil berkata, apa yang lebih memeranjatkan pemimpin dan penyokong PKR di sini ialah apabila Saiful Izham terus dilantik oleh PKR menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil PKR DUN Bukit Selambau untuk pilihan raya kecil akan datang selepas penolakan SPR itu pada PRU 12 lalu.
Katanya, ramai pemimpin dan penyokong PKR Merbok tidak senang di atas pelantikan tersebut malah pelantikan tersebut juga menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) sendiri. “Malah mereka mahu saya melakukan sesuatu agar pemimpin, penyokong dan rakyat di sini tidak terus dibohongi kerana mereka tidak mahu tertipu lagi seperti yang berlaku pada PRU 12 pada tahun lepas. “Kesilapan yang berlaku pada PRU 12 lepas telah menyebabkan saya yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Pengarah Strategik PKR Merbok terpaksa meletakkan V. Arumugam (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau) sebagai calon bebas ketika itu supaya Barisan Nasional (BN) tidak mudah menang dan diisytiharkan menang tanpa bertanding,” katanya. Beliau berkata, PKR juga hanya pandai berkata-kata dalam ceramah politik.
Komen : Zamil ini adalah broker politik yg. tidak semena-mena menjadi kayaraya..tentu sekali banyak berita mengenai PKR Kedah yang diputar belitkan menjelang PRK Bukit Selambau ini..
masih ingat dalam PRK Permatang Pauh, Zamil telah membawa 200 ahli PKR Kedah keluar parti masuk BN.. Tunggu tentu lepas ini drama ini akan berulang... 2000 ahli PKR Merbok akan keluar parti masuk BN!!!!

AMK desak polis tidak amal ‘double standard’
– Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendesak pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. :Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 lalu antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang amat mengaibkan negara.: :“Keadaan ini juga memperlihatkan kelompangan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut. :“Oleh sebab itu, AMK mendesak pihak polis tidak mengamalkan ‘double standard’ dalam menjalankan siasatan kes ini kerana sekiranya polis tidak bertindak cergas dalam menjalankan siasatan, akan memalukan negara kerana ia melibatkan pemimpin,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, semalam.
:Shamsul Iskandar hadir ke balai ditemani beberapa pemimpin AMK yang lain apabila dipanggil untuk memberi keterangan berhubung laporan dibuatnya minggu lepas. :Shamsul berkata, AMK akan menggerakkan kepimpinannya di seluruh negara untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib bagi menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlukan tindakan segera. :“Susulan daripada laporan polis tersebut, AMK akan membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus dalam mengendalikan siasatan kes tersebut. :“AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Najib bagi membolehkan beliau disiasat secara telus dan terbuka,” katanya. :Beliau berkata, AMK percaya imej Malaysia telah tercalar dengan pendedahan akhbar luar negara itu dan ia amat memerlukan tindakan amat tegas untuk memulihkan semula imej dan reputasi negara di mata dunia.
Langgan:
Catatan (Atom)