24 Mac 2015

BELANG UMNO TENTANG HUDUD TERBONGKAR?

Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia, kata Nazri Aziz



Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan sesiapa yang melaksanakan hudud di Malaysia adalah 'bodoh' kerana ia memerlukan pindaan dibuat ke atas Perlembagan Persekutuan. 

Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.

"Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.

"Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.

"Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."

Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud.

- See more at: http:SINI

3 ulasan:

Asrul Sani berkata...

So Hj Hadi Bodoh, Ahmad Yaacob dan Nik Amar memang jelas species bodoh. Lim Kit Siang, Guan Eng semua BODOH.

Kalau dah tahu tidak praktikal tapi buat juga sehingga memecahbelahkan perpaduan PR memang BODOH...tak pun memang sengaja nak menangkan BN ....

Unknown berkata...

Nak buat hudud ni adalah siaran ulang tayang berkali kali baik umno maupun pas, la ni aku lebih meluat pas - mengambil menafaat hudud - kerana bulan 6 ni ke akan berlaku pemilihan dalam pas, jadi nak tnjuk herolah.Calonlah aku !!! si tuang presideng and the geng. Hooooiii !!! jangan diperalat dan dok jual perkataan hudud, barua oooiii n!!! Pada zahirx tercapai nak dilaksanakan tapi dalam hati kena sentiasa nak pada hudud, InsyaAllah ! sampai masanya Allah mudahkan .

Unknown berkata...

ASSALAMU ALAIKUM WR,WB…NAMA SAYA IBU GUSNI TKI DIMALAYSIA
SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA SAUWDARA2 PARA PECINTA TOGEL BAHWA DULUNYA KAMI SELALU KALAH BERMAIN TOGEL DAN SEMUA BARANG2 SAYA HABIS TERJUAL GARA2 MAIN TOGEL TIDAK PERNAH MENANG.TAPI SIUKUR ALHAMDULILLAH ADA TEMAN SAYA YANG MEMBERIKAN SAYA NOMOR AKI,DARMO KATANYA KI,DARMO…
BISAH MENGELUARKAN ANGKA GHOIB/RITUAL JITU TAPI SAYA BELUM YAKIN BAHWA ADA ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA GHOIB/RITUAL JITU,AKHIRNYA SAYA COBA2 MEMBERANIKAN DIRI UNTUK MENGHUBUNGI AKI,DARMO TERNYATA ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,DARMO 4D ,, BETUL BETUL TERBUKTI TEMBUS…
100%,…DAN SAYA MEMENANGKAN 250 JUTA ALLHAMDULILLAH SAYA BISAH MENUTUPI SEMUA HUTANG2 KAMI DAN SEKARANG SAYA JUGA SUDA MEMBUKA USAHA KECIL KECILAN INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA,JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA YANG NAMANYA ANGKA GHOIB/RITUAL JITU SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI ,,,
DENGAN CARA HUBUNGI /SMS AKI DARMO, DI NOMOR[082-310-142-255-])SAYA YAKIN BAHWA ANGKA YANG DI BERIKAN AKI, DAPAT MERUBAH NASIB ANDA.TERIMAH KASIH, JAMINAN 5X PUTARAN GOLL…
Di jamin anda pasti menang seperti saya>>>>>>
.(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´ Thanks sOb rOoMnyA ¨`»
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..
SELAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...