31 Mac 2015

BEKAS ADUN KEDAH CUMA TERIMA PENCEN RM2,000 SEBULAN...KESIAN NAK MAKAN APA KALAU BANYAK TUH....


Mungkin Sudah Tiba Masa Naikkan Gaji ADUN Kedah, Kata Mukhriz


ALOR SETAR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan akan mengikuti jejak beberapa negeri lain yang menaikkan gaji asas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata isu mengenai semakan semula gaji asas ADUN Kedah dibincangkan dalam mesyuarat exco sebelum ini dan akan dibahaskan juga dalam persidangan DUN bulan depan.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk disemak semula (kadar gaji asas) anggota dewan di Kedah. Kita akui bahawa kadar gaji asas ADUN Kedah adalah antara terendah. Kita mungkin tidak boleh mengelaknya," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menutup secara rasmi persidangan tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah di sini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Negeri Kedah Datuk Abdul Rahman Ibrahim dan Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Mukhriz bagaimanapun berkata jika semakan semula gaji asas ADUN Kedah itu dipersetujui, ia akan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dan tidak menyamai kadar kenaikan sebagaimana di negeri-negeri yang lebih berkemampuan.

Ia tidak akan menyamai kadar gaji asas yang dinikmati oleh ADUN di negeri-negeri seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang, katanya.

Mukhriz berkata kenaikan kadar gaji asas ADUN Kedah itu adalah perlu berikutan bebanan kerja dan tanggungjawab yang dipikul mereka pada ketika ini amat berat.

Selain itu, katanya kenaikan gaji asas itu juga mampu mengelak ADUN tersebut daripada terjebak dengan usaha menambah pendapatan menggunakan unsur yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya meminta Mukhriz menimbangkan cadangan Mubarak Kedah supaya gaji ADUN negeri itu dinaikkan kerana ia turut akan memberi kesan terhadap kadar pencen yang diterima oleh anggotanya.

Abdul Rahman, yang ditemui pemberita selepas itu, berkata pada ketika ini kadar pencen penuh yang diterima oleh bekas ADUN Kedah yang berkhidmat lebih 72 bulan adalah RM2,000 sebulan.


Kadar pencen penuh itu berdasarkan kepada gaji bulanan yang diterima mereka ketika menjawat jawatan sebagai ADUN iaitu sebanyak RM4,000 sebulan dan RM6,000 sebulan untuk ADUN yang turut menjadi anggota Exco negeri, katanya.

Mubarak Kedah, katanya, mencadangkan supaya gaji asas ADUN Kedah dinaikkan kepada RM8,000 sebulan, bagi membolehkan bekas wakil rakyat di negeri itu menerima pencen bulanan sebanyak RM4,000. -- BERNAMA


meh kita berhibur sebelum kena GST......esok


1 ulasan:

Awanama berkata...

Gaji rakyak taknak naikkan ka...kami pun nak makan apa gaji bawah 2000 ja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...