03 September 2014

KWSP SAMAN PERWAJA STEEL GAGAL BAYAR CARUMAN PEKERJA


KWSP saman Perwaja Steel gagal bayar caruman pekerja


Perwaja Steel Sdn. Bhd. menerima writ saman dan penyataan tuntutan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana gagal membuat sumbangan caruman pekerja.

Perwaja Steel itu adalah anak anak syarikat Perwaja Holdings Berhad.

Perwaja Holdings dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, KWSP telah menamakan Perwaja Steel dan sembilan pengarahnya sebagai defendan dalam saman
tersebut.

Dalam tuntutan itu, KWSP menuntut sejumlah RM4.6 juta daripada Perwaja Steel bagi tunggakan caruman pekerja manakala dividen dan faedah tunggakan yang terakru ke atas jumlah tunggakan akan dinilai oleh mahkamah daripada tarikh mula tunggakan sehingga penyelesaian, dan semua kos perundangan yang relavan terkandung dalam saman.

Perwaja Steel diberi 14 hari untuk memberi maklum balas.

Kes ditetapkan pada 24 September ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...