25 Disember 2014

BERITA GEMPAR DARI KEDAH!!!


BOM" Meletup Di Taman Ria Mesra, Gurun Ragut 3 Nyawa




GURUN: Petang tadi satu kejadian ngeri telah berlaku di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana terjadi satu letupan yang besar di sini. Letupan ini telah mengorbankan seorang anggota tentera, anak perempuannya berumur lapan tahun dan seorang ahli keluarganya yang lain.

Bagaimanapun kenyataan yang di dapati adalah berbeza kerana pihak bomba mengatakan letupan berlaku adalah kerana tong gas dan lain pula menurut saksi di sana, mereka mengatakan bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.



Menurut saksi yang nama dirahsiakan letupan tersebut bermula dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang rumah tersebut. Kereta tersebut telah meletup pada pukul 4.30 petang menyebabkan 4 org maut dan merosakan 7 buah rumah berhampiran.

Kebanyakan mereka yang maut tidak dapat dikenal pasti kerana hancur. Selepas kejadian orang ramai dilihat telah bertungkus lumus memungut serpihan mayat.




Ini adalah perbincangan orang ramai di media sosial.

Bagaimanapun pihak bomba menafikan letupan ini berpunca dari bom dan sebaliknya mengatakan ia berpunca dari letupan tong gas dan bekata hanya 3 orang mangsa maut dan yang lain cedera.


Munurut pihak bomba setibanya mereka di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dipercayai kerana letupan gas dibahagian dapur.

Ia telah menyebabkan strutur rumah runtuh dan merosakakan 8 buah rumah berhampiran dan menurut mereka siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jika ada punca lain.-Si

Lagi Gambar di tempat kejadian.


SUMBER




Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)telah menambah 6 foto baru.

KEBAKARAN RUMAH AKIBAT LETUPAN BOM DI TAMAN RIA MESRA 2,GURUN, KEDAH pada pukul 4.47 petang tadi.

10 BUAH RUMAH KEROSAKAN TERUK
34 BUAH RUMAH ROSAK AKIBAT GEGARAN
JUMLAH KESELURUHAN RUMAH TERLIBAT= 44 BUAH RUMAH


MANGSA :

MATI

1 LELAKI DEWASA
1 KANAK-KANAK PEREMPUAN
1 KANAK-KANAK LELAKI ( MATI DI HOSPITAL)

CEDERA

2 WANITA DEWASA CEDERA PARAH (ZON MERAH)
2 KANAK-KANAK LELAKI CEDERA (ZON KUNING)

** Pasukan Pemusnah Bom masih berada di lokasi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...