22 Ogos 2014

Kenyataan terkini Al-Qassam: Tiada lagi rundingan dengan Israel.




Ikatan Muslimin Malaysia

Kenyataan terkini Al-Qassam: Tiada lagi rundingan dengan Israel.

GAZA, 21 Ogos – Sayap tentera kerajaan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi lewat malam tadi dalam suasana peperangan Al-’Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) yang masuk hari ke-45.

Kenyataan bertarikh 20 Ogos yang disiarkan di laman web rasmi Al-Qassam itu mengandungi kata-kata ancaman terhadap Israel yang menyifatkan Israel telah berterusan dalam posisi orang yang kalah dan gagal dalam peperangan.

Mengulas mengenai serangan beberapa roket Israel ke atas rumah keluarga Al-Daloo di Kampung Syeikh Redwan yang mengorbankan isteri dan anak Ketua Tertinggi Al-Qassam Muhammad Deif, Al-Qassam berkata bahawa Muhammad Deif masih lagi hidup dan sedang menyaksikan kehancuran Israel serta akan memimpin tentera Al-Qassam membebaskan Masjid Al-Aqsa.

sumber



Aman Palestin

Gambar | Gaza 8.38 am | Perang Hari ke-46

Semalam merupakan rekod tertinggi. 168 buah roket telah jatuh menghentam kawasan- kawasan tanah jajahan Israel.

Media Zionis, Yedioth Ahronoth telah mengeluarkan sebuah infografik yang memaparkan bilangan roket- roket pejuang mujahidin yang telah dilancarkan sejak dari awal bermulanya peperangan sehingga semalam.

Sumber : شبكة قدس الإخبارية


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...