22 Ogos 2014

GAMBAR PALING SAYU, ANAK ARWAH AHMAD HAKIMI BERUSIA 8 BULAN TURUT SERTA DI SOLAT JENAZAH BAPANYA


Lihat Anak Arwah Ahmad Hakim Hanapi, 8 Bln Didukung Teman Juruterbang @MAS Di Solat Jenazah, Doa #MH17 Masjid Putra



Anak kecil yang tidak mengenal erti kehilangan,doa kami agar ayahmu dicucuri rahmat &redha Allah SWT #MH17


Tak siapa menduga anak kecil berusia sembilan bulan ini akan kehilangan bapanya dalam usianya yang masih kecil lagi.

Abderrahman kehilangan bapanya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang menjadi mangsa korban nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Ketika solat jenazah dilakukan sebentar tadi, dapat dilihat anak Allahyarham turut sama berada di saf hadapan , yang mana Abderrahman didukung oleh seorang rakan baik Hakimi yang tidak dapat menahan sebak sepanjang solat jenazah berlangsung.

Sementara itu, sebilangan besar ahli keluarga terdekat Hakimi memakai tshirt hitam yang tertulis ayat Co. Pilot Ahmad Hakimi Hanapi #MH17 17.7.2014 ‘See you in Jannah’.



Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam




Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kesemua mangsa nahas MH17, agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin. 



Pautan kekal imej terbenam




MH17: Kasih Sayang Seorang Ayah Pada Anaknya

 


PETALING JAYA – Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman.

Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.

Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.

Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.

“Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...