27 Mac 2014

PANAS! MCA TEGUR BONG MOKTAR " TUTUP MULUT LONGKANG".....


MCA: Bung Moktar cuba gambar Cina 'tak matang'



Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun mendakwa MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin cuba membangkit isu kaum apabila mencadangkan Internet ditapis untuk membendung spekulasi berhubung isu pesawat Malaysia Airlines MH370.

Chew berkata, Bung Moktar cuba menggambarkan kaum Cina dan rakyat Malaysia sebagai golongan “tidak terkawal” dan “tidak matang” dalam ucapannya semalam di Dewan Rakyat.




"Jika Bung Moktar tiada perkara positif untuk dikatakan, tutup saja mulut,” katanya.

Beliau menambah, cadangan itu juga akan menguatkan lagi dakwaan Pakatan Rakyat bahawa BN cuba membendung kebebasan media.

Chew turut menggesa agar Kelab Penyokong Kerajaan BN tidak lagi "menyalahgunakan" kekebalan Parlimen untuk "melahirkan ucapan menghasut".


Bung Moktar dalam ucapannya berkata spekulasi di Internet tentang nasib MH370, yang mungkin berasal dari Malaysia, boleh menyebabkan berlaku rusuhan dan serangan terhadap rakyat Malaysia.

"Melihat perkara ini, saya menyeru kerajaan supaya berhemah atau mengawal segala maklumat di Internet, walaupun rakyat kita tidak mahu kawalan.

"Tetapi isu ini terlalu sensitif dan perlu dibendung. Jika tidak, tidak mustahil berbilion-bilion warga China akan berperang dengan kita. Di mana kita akan pergi?," soal Bung Moktar.


Menteri salahkan akhbar pulak.....

Zahid: Akhbar 'main sentimen' waris di China


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kemarahan para keluarga penumpang MH370 di China berpunca dari laporan akhbar negara itu.

Tanpa menyebut nama mana-mana penerbitan tertentu, Ahmad Zahid berkata akhbar berkenaan "memainkan sentimen" sehingga mencetus kemarahan warga tersebut ke atas pentadbiran Malaysia.

Dalam ucapannya di persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau meminta kepada pihak media terutama media cetak agar tidak mempengaruhi mangsa daripada negara China.


"Kerana apa yang berlaku, dari tulisan-tulisan kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Cina ini telah memainkan sentimen hingga membangkitkan kemarahan oleh saudara mara kepada mangsa MH370 di negara China," katanya.

Beliau berkata demkian ketika menyampaikan ucapan penggululungan titah ucapan diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Parlimen, petang ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak di dalam dan luar negara yang terlibat dalam usaha mencari pesawat itu bermula dari 8 Mac lalu sehingga ke hari ini.

Menurut Zahid, tindakan akhbar itu tidak wajar memandangkan kehilangan pesawat itu adalah satu kemalangan dan perdana menteri serta pemangku menteri pengangkutan juga telah melakukan yang terbaik dalam menangani insiden itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...