22 Februari 2014

DIA NIE EXCO ATAU KETUA CAWANGAN UMNO..STATUS TAHFIZ AMAL PUN DEPA TAK TAU?

Apa nasib pelajar Pusat Tahfiz Amal


ALOR SETAR - Adakah Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan-Kuala Kedah mempunyai pelajar atau sekadar digunakan untuk melakukan jualan amal di luar sekolah.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kerajaan negeri tidak pasti sama ada penghuni di situ adalah pelajar atau tidak.

Beliau berkata, sejak operasinya diarah ditutup pada 10 Februari lalu, tiada waris pelajar yang datang berjumpanya untuk mengadu sebarang masalah.

Bagaimanapun, Tajul Urus meminta pihak terbabit menghentikan aktiviti jualan amal dengan menggunakan kanak-kanak berkenaan.

“PTA adalah sekolah yang tidak berdaftar dan kita tidak tahu apa status pelajar di situ. Atau sekadar digunakan untuk melakukan jualan amal di luar sekolah. Itu kita tidak tahu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius masalah itu kerana ia membabitkan bidang pendidikan dan kanak-kanak di bawah umur.

“Kalau betul PTA ada pelajar dan memang mereka nak belajar, kita tidak ada masalah untuk membantu menyambung pengajian mereka.

“Kita akan cuba tempatkan mereka di mana-mana maahad tahfiz yang berdaftar supaya dapat belajar seperti rakan lain,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengarahkan PTA menghentikan operasinya serta-merta.

Menurut laporan itu, notis arahan penutupan operasi dikeluarkan pada 10 Februari lalu atas alasan menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran mengikut Seksyen 12 (1) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.

Jaik juga pernah mengeluarkan notis sama bertarikh 1 Januari 2007 yang mengarahkan supaya operasinya dihentikan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...