18 Januari 2014

Panas ! Melayu Penang Mengaku Hidup Mereka Macam Kangkung !!!


Jelasnya selama ini kerajaan  BN gagal membela Melayu, Melayu Penang hidup macam KANGKONG !!!






Lebih 3,000 sertai perhimpunan kecam perbuatan hina PM

LEBIH 3,000 orang berarak sekitar bandar Sunway Seberang Jaya di sini, dalam Himpunan Menentang Penghinaan Terhadap Perdana Menteri, hari ini. -

BUTTERWORTH: Lebih 3,000 orang menyertai perhimpunan bagi mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu lalu.

Perhimpunan anjuran UMNO Bahagian Permatang Pauh itu juga bertujuan membantah tindakan menghina Datuk Seri Najib Razak dan sebagai amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina orang Melayu dan agama Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan yang disertai Badan Bukan Kerajaan dan badan kebajikan Melayu itu adalah amaran kepada pihak yang tidak beretika supaya jangan menghina Islam dan perdana menteri.

"Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai menghina. Tindakan yang dilakukan oleh ADUN Machang Bubuk itu bukan sahaja biadab tetapi kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan lebih satu kilometer yang diadakan di sekitar Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya di sini hari ini.

Perarakan yang bermula di Pusat Sukan Sunway dan berakhir di Pasaraya Sunway Carnival itu turut disertai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Said dan barisan kepimpinan UMNO Pulau Pinang.

Selain melaung slogan 'Hidup Melayu' dan berselawat, peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab itu. - BERNAMA

Anwar pertahan flash mob ‘kangkung’ sindir Najib

SHAH ALAM, 18 JAN : Tindakan beberapa peserta demonstrasi menggunakan replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disumbat ‘kangkung’ sebagai simbol bantahan terhadap kenaikan kos dipertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Malaysia Kini, Anwar menyifatkan flash mob ‘kangkung’ yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon itu tidak seteruk tarian punggung oleh kumpulan veteran tentera di hadapan rumah bekas penyelaras Bersih, Datuk S Ambiga, pada 2012.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga pernah dihina Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebelum ini, namun hanya segelintir pihak sahaja tampil membantah.

“Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul daripada segi agama atau pelakuan (moral)?

“Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Sungai Lembu, semalam.

Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil Khamis lalu, membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat 10 kilogram kangkung sebagai bantahan terhadap peningkatan inflasi.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi daripada Pemimpin Umno yang mengecam Khai Loon sebagai biadap, kurang ajar dan kebudak-budakan selain menuntutnya memohon maaf atas tindakan itu.

2 ulasan:

gelorahatimuda berkata...

Asalamualaikum bos... apa khabar.

lama tak mengomen di sini. entri yang bagus bos.

Awanama berkata...

Itu mamak jugak makan KANGKONG kah......
1 mamak ada 3000 KANGKONG , itu mamak jadi bos yang lain jadi KANGKONG duduk tepi longkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...