01 Januari 2014

LAPORAN HIMPUNAN #TURUN 311213 : KEJADIAN DATARAN MERDEKA DIRAMPAS & TIADA SEBARANG PROVOKASI BERLAKU -SAKSIKAN VIDEO

Himpunan TURUN 31.12.13: Video Saat Dataran Merdeka Dirampas
.

Ini adalah rakaman LIVE detik-detik para peserta Himpunan TURUN memasuki Padang Merdeka, Dataran Merdeka. Ketika ini acara Sambutan Tahun Baru Anjuran DBKL yang berjumlah RM 15 juta sedang berlangsung. Najwa Latiff baru sahaja selesai menyanyi dan telah di “booo” oleh lebih 50 ribu peserta demonstran.

TIADA SEBARANG PROVOKASI DIBUAT dan TIADA SEBARANG KES RABA DILAPORKAN !!! Tweet Najwa adalah TUDUHAN DAN FITNAH kepada peserta demonstran.
Post by Pencuri Movie.

DIBAWAH LAPORAN TWETTER UTUSAN:


Himpunan TURUN 31.12.13 – Ucapan Dato Bandar Kuala Lumpur & CheguBard

Manakala ini adalah Video ucapan Dato Bandar Kuala Lumpur setelah berlakunya ‘rampasan kuasa’ di Dataran Merdeka pada malam ambang Tahun Baru. Kelihatan Dato Bandar naik ke pentas memulakan ucapan dengan memberi Salam 1 Malaysia lantas di booo oleh seluruh peserta Himpunan TURUN.

Ucapan Dato Bandar dibuat setelah MC Acara Sambutan Tahun Baru Dataran Merdeka menghentikan sambutan serta siaran langsung RTM setelah peserta Himpunan TURUN memenuhi Padang Merdeka, Dataran Merdeka.

Selepas selesai ucapan Dato Bandar, Komrad Che’GuBard telah mengambil alih pentas dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat sempena kejayaan himpunan kali ini. Sambutan Tahun baru 2014 disambut dengan bacaan doa oleh para Mahasiswa.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sokong semua turun ...ptptn percuma...tp kenapa aku kena bayar yayasan selangor pinjaman belajar...kenapa x bg percuma atau hapuskn bayaran balik...ke kerajaan negeri takut hilang punca pendapatan...sy syg pakatann....yehhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...