03 Januari 2014

BELI KERETA MURAH PUN SALAH...PENJELASAN DARI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI


Pautan kekal imej terbenam
Kerana dibantah-bantah, kereta Mercedes LGE dah jadi sepopular kereta Batman

Penjelasan Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Untuk YAB. Ketua Menteri Oleh Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang

Sebagai penjelasan terakhir, Kerajaan Negeri ingin menggariskan 5 fakta berkaitan dengan tuduhan tidak berasas mengenai pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pertama, kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00. Perlu ditegaskan kereta Toyota Camry 2.5 yang dipakai Ketua Menteri telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Ustaz Maktar Shapee.

Kedua, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah datang daripada Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping adalah satu fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukan oleh “dealer” Mercedes-Benz dan tawaran ini diberikan kepada semua yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012.

Ketiga, pada peringkat awal, Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli EXCO (termasuk Ketua Menteri) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta. Ini tidak tercapai kerana kos cukai (sales tax & excise duti) yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperolehi.

Tambah pula pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak dapat diperolehi. YAB. Ketua Menteri dan Ahli-ahli EXCO enggan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa “fleet discount” sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri-negeri lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai adalah pemohon mesti membeli kereta dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh Kerajaan Negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan. Pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 buah kereta.

Oleh itu, pembelian 15 buah kereta Toyota Camry diteruskan untuk Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO dan Speaker. Hanya selepas 15 buah kereta Toyota Camry diserahkan pada 31.10.2013, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz memberikan surat jaminan yang diperlukan tetapi hanya untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L. Selepas itu, barulah Mesyuarat EXCO Pulau Pinang memutuskan secara sebulat suara untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L pada 20 November 2013.

Keempat, berdasarkan pengecualian cukai yang diperolehi dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai dan diskaun RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 56%, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 04 September 1995 iaitu sebanyak RM271,331.22.

Tambah pula kereta jenama Mercedes-Benz sememangnya diketahui umum dan terkenal dengan daya tahan lama dan penggunaan kereta Mercedes-Benz S320L yang lama boleh diguna dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk 9 tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan Kerajaan Negeri.

Bagi Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 04 September 1995 dengan harga RM271,331.22, kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM110,000 untuk tempoh 9 tahun pertama. Tambahan pula, kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik.

Kelima, kereta baru Mercedes-Benz S300L ini dibeli semata-mata adalah kerana pengecualian cukai serta diskaun sebanyak 56% yang diperolehi. Tanpa diskaun 56% ini, pembelian tidak akan dibuat. Kereta baru Mercedes-Benz S300L akan menjadi milikan Kerajaan Negeri selama-lamanya dan mempunyai “economic value for money” dari segi jangka masa panjang. Ini adalah kerana YAB. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyatakan tidak akan membeli untuk sendirinya selepas bersara.

Dato' Haji Mokhtar bin Mohd. Jait
Pegawai kewangan Negeri
Pulau Pinang
DIBAWAH DAKWAAN DARI BLOGGER PRO UMNO :

HOT!!! MERCEDES GUAN ENG DIBURU OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.

POSTED BY MPP ON JUMAAT, 3 JANUARI 2014 0 COMMENTS


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap pembelian sebuah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan Lim Guan Eng yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini berikutan terdapatnya kaitan diantara syarikat pembekal kereta terbabit iaitu Lowe Motor Sdn Bhd dengan "taikun" Tan Sri Tan Kok Ping yang difahamkan mempunyai saham didalam syarikat tersebut.

Tan Kok Ping juga difahamkan mempunyai "hubungan istimewa" dengan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang terutamanya hubungan Tan dengan Lim Guan Eng berikutan faedah-faedah yang diberikan oleh Ketua Menteri tersebut pada Taikun terbabit.

Lim Guan Eng sebelum ini telah membeli 15 buah kereta Toyota Camry dengan harga RM 115'500 termasuklah untuk Lim sendiri. Bagaimanapun kereta untuk kegunaan Guan Eng itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker negeri Pulau Pinang setelah pembelian Mercedes Benz dilakukan.

Kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes tersebut yang harga sebenarnya ialah RM 657'218. Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap pembelian tersebut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hoi SPRM...harga kereta lebih murah dari pasaran yg kau sibuk2 nak siasat..harga barang lebih mahal dr pasaran spt lapuran ketua audit knpa diam membisu?? mcm celaka kerja...brg mahal dapat murah mmg baguslah drpd barang murah ttp beli dgn hrga mahal...mmg banganggglah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...