24 November 2013

TERKINI ! KONTRAK RAJAGOBAL TIDAK DISAMBUNG




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan, keputusan itu selepas ahli Exco FAM sebulat suara bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang mula membimbing Harimau Malaya pada 2009.


"FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal di atas sumbangannya terhadap negara selama ini.

"Beliau sudah menyumbang kejayaan kepada negara namun kita memikirkan untuk mencari pengganti yang boleh membawa kita ke tahap lebih baik," kata Subahan.

Sementara mendapatkan pengganti, FAM bersetuju melantik jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara Harimau Malaya.


famsultanpahang

Dengaq kata FAM bawa mai lori kepala merah dok depan Wisma FAM...betui ke?


BANTAHAN TERHADAP FAM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jurulatih silih berganti PRESIDEN DAN MACAI2 FAM PULAK NAK DIGANTIKAN?

Tanpa Nama berkata...

X kemanala bolasepak malaysia ni. cakap pun x guna ikut hampala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...