16 Mei 2013

TERHANGAT ! ANTARA PUNCA PAKATAN KEDAH KALAH...HANGPA JANGAN NAK PUSING LAGI..!!!


Umcedel: Gagal urus kritikan antara punca PAS Kedah tewas

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohd Redzuan Othman berpendapat PAS gagal mengekalkan pentadbiran di Kedah kerana tidak mampu menguruskan kritikan dan juga prestasi yang ditunjukkan menteri besar negeri itu.

Katanya, perkara ini amat menonjol jika dibandingkan dengan negeri Kelantan, di mana PAS berjaya mengekalkan pentadbiran.

"Untuk menang, anda tidak boleh cuma katakan bahawa kami parti kuat yang telah bekerja keras untuk tempoh yang lama.

"PAS di Kedah bukan seperti PAS di Kelantan. Di Kelantan, di antaralapan orang yang ditinjau, empat akan sokong PAS, tiga BN, tapi kesemua lapan orang akan sokong (bekas MB) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang memandangkan (bekas MB Kedah) Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada di hospital, tapi kita semua tahu keputusannya (pilihan raya),” katanya.

Berucap dalam satu forum untuk membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut, beliau berkata trend sama dilihat di Selangor, di mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi faktor utama kemenangan Pakatan di negeri itu.

Jelasnya, tinjauan menunjukkan sokongan setinggi 60 peratus di seluruh negeri itu, yang kebanyakannya merupakan penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan, katanya.

Kegagalan BN untuk menamakan calon MB juga menyumbang kepada faktor kekalahan di negeri tersebut, katanya.~ mk





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...