04 Februari 2013

PANAS ! NIE DIA BERITA HIMPUNAN ORANG MUDA KEDAH...PEHH MEMANG ADA 2 JUTA HADIR !!! ( + video )





Dah 4 hari takdak gambaq himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Suka menanti keluark....depa kata ada 2k, 20K ,50K 60k tak ada kaa sahabat BN yg bawa kamera hari tu...tak pon takan hangpa tak ada hp yg ada kamera..bagi la kami tatap sekeping dua gambaq sokongan yg berpuloh ribu tu...pasai apa depa tak hebohpun.....nie admin kedahkini jenuh cari kat google akhirnya jumpa  gambaq2 " i love PM "........




Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis telah melancarkan Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) khusus untuk membantu memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal dengan kadar lebih murah.

Perdana Menteri berkata dengan bantuan berkenaan, semua golongan belia boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaitu RM199 berbanding harga biasa yang lebih RM350.

"Ramai anak muda ada motosikal sebab ibu bapa belikan tapi tiada lesen. Dengan skim ini semua boleh ada lesen," katanya ketika merasmikan program bantuan berkenaan pada Himpunan Anak Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini Khamis.

Program BL1M adalah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mensasarkan untuk membantu 500,000 pemohon di kalangan orang muda memiliki lesen pemanduan yanag sah.

Selain harga lebih rendah, program itu turut menawarkan beberapa keistimewaan lain antaranya ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya (percuma) jika peserta gagal dan terpaksa mendudukinya semula.


La nie depa tak berani sebut dah berapa ramai yang hadir...cuma sampai sasaran sahaja....



Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...