21 Ogos 2012

Panas...Khabar Mengerikan Buat Umno-APCO Dari Pahang!



Saya berada di Pahang beberapa hari raya ini. Disamping beraya, perbualan tetap berkisar pada politik. Kegilaan apa yang melanda Pahang?

Berapa kerusi pembangkang boleh menang? Mereka bertanya saya. Saya kata nanti dahulu. Saya akan tulis artikel khusus untuk Pahang.

Kali ini Pahang akan hilang lebih banyak kerusi DUN dan kerusi parlimen. Hampir semua pemimpin MCA akan kecundang. Taruhlah siapa pun.

Pemimpin Umno masih lagi menyandarkan optimism kepada kaji selidik mereka.Tapi bolehkah hasil kajiselidik ini dipercayai? Semua orang tahu, kaji selidik Umno ditambah 30%. Ertinya, kajiselidik Umno hanya 70% tepat.

Dalam bahasa mudah, jika kajiselidik Umno kata dia akan menang 100 kerusi parlimen, mereka akan menang 70 kerusi. Itu pun jumlah kerusi yang Umno akan menang kali ini.

Kenapa Najib lambat buat pilihanraya? Ramai orang lupa saya lama menjadi AJK Umno bahagian Pekan dan jadi ketua penerangan Umno bahagian. Najib lambat kerana dia tidak yakin dengan hasil kajian ejensi-ejensi yang diupah kerajaan. Kecuali dia sudah yakin, baharulah dia akan buat pilihanraya.

Takkan kita lupa, Najib ini bukan nya orang berani.

Sayang sekali, Najib tidak akan bertemu dengan kaji selidik yang dikemukakan oleh ejensi-ejensi kerajaan yang tepat. Lapuran wanita Umno sudah lama tidak dipercayai oleh presiden Umno. Dia tahu ketua wanita duduk di rumah dan pangkah atas nama nama pengundi sebagai penyokong Umno.

Itulah yang terjadi pada Najib dalam tahun 1999 cuma menang majoriti 241 undi. Semua lapuran kata boss ok. Akhirnya boss hampir KO.

Lapuran Pemuda dan Pemudi adalah catatan boy scouts dan pandu puteri. Main masak masak. lapuran mereka macam main main. Jadi bagaimana kepala presiden Umno tak pening.

Umno hendak dapat undi dari mana? Dari kaum Cina undi mereka sudah 80% kepihak pembangkang.
Dari golongan muda demikian juga 90% mirip pembangkang.

Dan Umno lupa, bahawa sokongan mereka yang memihak kepada pembangkang dalam tahun 2008 diransang oleh keyakinan. Dan sokongan yang berdiri diatas keyakinan sukar digoncang. Sebaliknya, sokongan yang di perolehi dengan cara merasuah dan membayar sogokan amat mudah terbalik.

Pemimpin Umno sedar hakikat ini yang masih bebal dan degil ialah pemimpin bawahan seperti ketua-ketua bahagian. MCA tidak lagi jadi pilihan utama kaum Cina. Jika orang Cina sudah menolak calon Cina, mengapa orang Melayu yang beragama Islam mahu menyokong mereka? Mereka kan orang kafir?

MCA pun kafir harbi. Bukankah Chua Soi Lek terang-terang menentang agama Islam dan Umno bacul bila Soi Lek berkata hanya MCA yang berani menentang hudud? Orang Umno takkan nak sokong hudud. Kita faham mengapa mereka bersikap demikian.

Jika disokong nanti ramai pula anggota kabinet yang tidak ada tangan datang bermesyuarat termasuklah yang terlibat dalam skendel pembelian kapal selam Scorpene dan lain-lain kelengkapan tentera. Ramai ahli kabinet hilang tangan sebab mereka terlibat dalam mengkhianati negara ini dengan menjual IC Malaysia. Ramai pemimpin Umno akan hilang tangan kerana menjual bumi Melayu ini.

Saya sedang memerhati pergolakan Pahang sekarang. MB yang ada mahu disingkirkan. Panglima kanan Najib sedang buat counter balance kepada Adnan Yaakob. Jika calon-calon half-past six dikekalkan, maka riwayat Umno akan singkat. Berilah rakyat pemimpin Melayu yang berkaliber. Jika tidak boleh, maka ketepi. PR akan ambil alih.

Apa yang Umno ada? Teriakan kosong pembela bansga Melayu, agama dan negara ada lah. Orang lain boleh buat lagi baik dari Umno. PR ada track record untuk menyokong pengistiharan mereka. Umno tak ada.

Rakan-rakan bertanya kepada saya, kenapa masuk DAP? Ini soalan yang berulang kali ditujukan kepada saya. Apalah yang hendak ditaksubkan sangat pada Umno? Tiga presiden Umno yang awal sahaja yang memelihara asas perjuangan orang Melayu. Mulai presiden ke-empat perjuangan Umno sudah berbeza.

Kepentingan Melayu yang di perjuangkan ialah kepentingan golongan elit dan Melayu terpilih. Mereka sedikit jumlah nya mengapa kita yang majority mahu tunduk kepada mereka. Jika presiden Umno tidak dengar keluhan orang melayu, kita gantikan mereka.

Ramai pemimpin Umno peringkat cawangan beritahu saya. Rumah pemuzik Alleycats terbakar Najib beri RM100 ribu. Kalau begitu, ayuh kita bakar rumah supaya Najib beri RM200 ribu.

Bukankah itu kekuatan Najib? Bayar sana dan bayar sini. Kera dihutan Najib susukan, anak dirumah, Najib biarkan.


- sakmongkol.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...