27 April 2012

Siswa rancang bebaskan Dataran Merdaka malam ini?

Fahmi Reza (bertopi hitam).

SELURUH pimimpin mahasiswa diseru untuk duduk berbincang petang ini bagi membebaskan semula Dataran Merdeka dari terus 'dijajah' oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada malam ini bagi melancarkan proses perayaan demokrasi Bersih 3.0 bermula jam 2 petang esok.

"Kita di sini bukan untuk protes (pentadbiran Perdana Menteri Datun Seri Najib Tun Razak) semta-mata. Tetapiuntuk membuka lebih ruang demokrasi yang lebih sihat.

"Kita (mahasiswa dan anak muda) boleh lihat Bersih 3.0 rayu untuk guna Dataran Merdeka, adakah mereka (pihak berkuasa) mengizinkannya? Tak berlaku bukan, sedangkan Dataran Merdeka adalah 'dataran awam' yang demokratik," ujar ikon occupy Dataran Fahmi Reza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 10.30 pagi tadi.

PenangInsight.com difahamkan, kumpulan yang mendirikan khemah 'MansuhPTPTN' sejak 13 April lepas sedang berusaha mengumpulkan kesemua pemimpin mahasiswa untuk menjayakan aksi membebaskan Dataran Merdeka.

Itu, tidak termasuk rancangan melacarkan "500 Belon Kuning Tawan Dataran Merdeka" yang cuba direalisasikan bersama demi menyemarakkan mobilisasi rakyat Malaysia ke perhimpunan Bersih 3.0 pada hari esok.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi menggandakan desakan kepada pihak polis dan penguatkuasa DBKL kerana menahan beliau dan seorang lagi aktivis mahasiswa pada Isnin lepas yang baginya adalah tidak sah.

"Saya tanya polis atas sebab apa saya ditahan, mereka kata 'nanti awak akan tahu'. Kemudiannya mereka (polis) kata 'awak ditahan oleh DBKL, bukan polis'.

"Lebih baik awak tanya sendiri dengan Datu Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail), mengapa saya pula jadi sasaran (tangkapan)?

"Apabila kita beri kepercayaan kepada DBKL (semasa proses siasatan), mereka memperguna kepercayaan saya (untuk heret saya ke mahkamah)," ujar beliau sambil melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak berwajib.

Sehingga jam 11.45 pagi tadi, tinjauan PenangInsight.com mendapati Tiga bas dan satu trak penuh dengan polis berpakaian seragam mulai membanjiri jalan utama di Dataran Merdeka.

Awal pagi tadi menyaksikan insiden DBKL dipagar 3 lapis manakala sekumpulan mahasiswa yang berkumpul di tempat kejadian diusir oleh pihak penguatkuasa.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak usaha membanteras penyelewengan dalam proses pilihan raya umum ke-13 yang disokong oleh rakyat Malaysia. -END

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...