25 Mac 2012

PENCEN GLC & SWASTA HANYA RM150!!!


IPOH – Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Penswastaan mahu kerajaan menyelaraskan pembayaran pencen dan had umur persaraan lebih 600,000 kakitangan di bawah syarikat-syarikat tersebut.

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, kakitangan yang bekerja di GLC tidak mempunyai pencen minimum sehingga ada di antara mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM200 sebulan.

Menurutnya, pengorbanan mereka bekerja ketika berkhidmat dalam GLC menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan.

“Minimum pencen kakitangan kerajaan adalah RM720. Kenapa tidak kerajaan melaksanakan ia sebagai pencen minimum kepada kakitangan syarikat GLC?

“Sekurang-kurangnya ia perlu diselaraskan kerana mereka berkorban untuk kerajaan. Gaji rendah ketika itu selain tempoh perkhidmatannya yang pendek,” katanya pada Konvensyen Khas 2012 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini, semalam.

Selain itu, Mohamed Shafie berkata, kerajaan juga diminta untuk menyelaras umur persaraan



kakitangan syarikat-syarikat GLC daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

“Perkara ini dibangkitkan kepada Perdana Menteri dua tahun lalu dan kita mengadakan konvensyen ini untuk meyakinkan kerajaan tentang hasrat pekerja ini,” katanya.

Dua memorandum mengenai isu tersebut telah diberikan kepada Zambry untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1 ulasan:

Wally Bandits berkata...

Itu belum lagi di bangkitkan Kakitangan GLC di kedah/Perlis yg berkhidmat dengan E-Idaman Enviroment Sdn Bhd..Gaji tahunan tak bergerak sejak 3 tahun lalu...berbanding semasa sebelum Penswastaan dahulu..UMNO Is dead...3500 kakitangan yg terlibat..jgn harap BN nak rampas kedah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...