13 Februari 2012

KELANTAN BINA LEBUHRAYA RM1.8 BILION TANPA BANTUAN PUTRAJAYA


Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu,

sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

“Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.


Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...