23 November 2011

KISAH ANAK NAJIB & ELIT UMNO KUMPUL KEKAYAAN

Guna pasaran saham untuk dana PRU-13? Anak Najib letak jawatan


Sedang desas-desus yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan menggunakan pasaran saham sebagai dana untuk membiayai pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi dan untuk membayar kungcu-kungcu UMNO untuk dapatkan sokongan mereka, anak beliau yang berusia 28 tahun, Nazifuddin Najib, telah meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah Harvest Court Industries Bhd

Walaupun Nazifuddin telah dilantik ke lembaga Harvest kurang dari sebulan yang lalu, beliau sebelum ini juga merupakan lembaga pengarah untuk syarikat Sabah Sagajuta dan 1GREEN Enviro yang kedua-duanya dikawal oleh hartawan Malaysia Timur Raymond Chan Boon Siew.

Chan yang berusia 39 tahun mempunyai kira-kira 15.7 peratus kepentingan dalam Harvest Court , manakala rekod bursa saham juga menunjukkan yang Nazifuddin memegang hampir empat juta saham dalam syarikat itu. Spekulasi sekarang adalah sama ada Nazifuddin masih pemegang saham atau menjualnya untuk mendapat keuntungan.

"Ia adalah terlalu lewat untuk mengawal kerosakkan ini. Saham Harvest telah meningkat dengan tinggi sekali dan ia kelihatan seperti mungkin jatuh teruk sekiranya Chan memutuskan untuk tidak menjadi penyelamat," komen seorang pengarah kepada firma penyelidikan broker besar kepada Malaysia Chronicle.

"Apa pun, adalah memalukan yang Harvest telah dispekulasikan dalam suatu keadaan yang melampau. Ia telah menyebabkan kegilaan untuk ‘penny stock’ lain dan semua ini adalah kerana politik. Anda boleh mengatakan bahawa ia adalah khabar angin dan peniaga lain yang berpengetahuan tidak perlulah menjadi begitu tamak. Bagaimana pula dengan pengawal selia yang ada? Tidakkah mereka mengadakan peraturan yang ketat? Bagi ahli-ahli politik kita pula sehinggalah ke Najib yang berada di bahagian paling atas, tidak beretikakah mereka? "

Menghairankan

Sementara itu, kedua-dua Nazifuddin dan Chan dilaporkan oleh The Star telah berikrar untuk tidak menjual saham Harvest mereka. Mereka juga menyuarakan kehairanan disebabkan trend menaik yang ketara dalam harga saham.

"Kami hanya cuba yang terbaik di pihak kami dan tidak membiarkan spekulasi pasaran, tidak menyakiti mana-mana pihak dan hanya terus mengarah ke jalan yang terbaik. Semua pihak telah bersetuju dan projek-projek dalam tangan sudah cukup untuk mewujudkan minat, " ujar Nazifuddin kepada StarBiz.

"Kami tidak menjual dengan ghairah dan saya memelihara 15.7% kepentingan saya dan beliau (Nazifuddin) memelihara 2.2 % kepentingan beliau. Kami tidak akan berganjak dan tidak akan berhenti. Kita tidak mahu orang ramai berfikir bahawa kami akan sapu keuntungan dan jual kepentingan kami di Harvest. Kita tidak mahu orang ramai untuk mereka apa-apa cerita dan menggembar-gemburkan harga saham. Kami tidak akan keluar dalam masa terdekat, seperti dalam 2-3 tahun ini kerana kami berada di sini untuk melakukan perniagaan yang tulen, "kata Chan.

Pada hari Selasa, pukul 9.55 pagi, kaunter jatuh 42 sen kepada 98 sen disebabkan berita pemergian Nazifuddin. Ia adalah kerugian terbesar untuk hari itu.

Dari Dr M, Badawi dan kini Najib?

Saham dalam Harvest telah meraih keuntungan besar dengan perkhabaran bahawa anak Najib bersama firma itu dan Chan akan menyuntik aset daripada Sagajuta yang berasaskan kayu ke dalam Harvest. Awal bulan ini, Business Times melaporkan bahawa Sagajuta mempunyai hampir RM1.2 bilion dalam nilai kontrak pembinaan.

Saham telah meningkat lebih 400 peratus antara 1 November dan 14 November. Adalah dianggarkan bahawa pelabur-pelabur telah membelanjakan sebanyak RM28 juta dalam tempoh dua hari dagangan yang lepas untuk membeli saham dan waran .

Semasa ditutup pada Isnin, 21 Nov, harga saham Harvest masih lagi 300 peratus lebih tinggi daripada apa yang diniagakan pada awal bulan ini, 40 sen, walaupun harga "ditetapkan" pada minggu lepas.

Terdapat sedikit maklumat tentang Nazifuddin, dia merupakan salah seorang daripada tiga anak Najib bersama isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Mereka telah berkahwin pada tahun 1976 dan bercerai pada tahun 1987, membuka jalan untuk perkahwinan keduanya dengan Rosmah Mansor, bekas jurubank di mana beliau telah dikurniakan dua orang anak - Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Nazifuddin adalah anak kedua daripada perkahwinan pertama Najib, dan mempunyai dua adik-beradik - seorang abang Mohd Nizar Najib dan adik perempuan, Puteri Norlisa Najib. Anak muda ini telah memasuki dunia korporat bersama konflik dengan harapan rakyat Malaysia diletakkan di tangan kerajaan dan Najib menerusi pelan transformasi ekonomi. Penyalahgunaan ini juga menambah kepada kebimbangan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mungkin tepat meramalkan bahawa Malaysia akan menjadi muflis menjelang 2019 jika kerajaan yang diterajui Umno berterusan dengan perbelanjaan melulu dan tidak berhemat.

Selepas berdekad kronisme, yang dimulakan dengan serius oleh bekas Perdana Menteri,Mahathir Mohamad dan anak-anaknya dan diteruskan oleh keluarga Badawi, rakyat Malaysia dan pelabur telah mengharapkan Najib tidak akan menyatukan politik dengan dunia perniagaan, yang telah melahirkan berdekad amalan rasuah. Tetapi itu tidak mungkin, kata penganalisis politik, kerana itu adalah cara keluarga ahli politik elit dalam Umno mengumpulkan kekayaan di luar imaginasi kita.


"Designated share" juga tidak mampu menghentikan kegilaan sindiket ini

Sementara itu, penganalisis berkata jika dakwaan Chan ingin menyuntik aset ke dalam Harvest menjadi kenyataan, maka ini akan menjadi rangsangan utama bagi firma yang bermasalah ini dengan status PN17 sejak 2009 walaupun telah ditarik balik pada bulan Oktober lepas.

Pada minggu pertama bulan berikutnya, disebabkan berita mengenai kemasukan Nazifuddin ke firma itu, saham Harvest telah meningkat kepada 9-tahun tertinggi dan telah menghairankan pasaran saham dan juga yang dipentas politik. Pada 8 Nov, saham melonjak 30.5 sen kepada RM1.18, manakala waran meningkat sebanyak 30 sen sekeping untuk ditutup pada RM1.05.

Spekulasi gila ini yang disebabkan oleh kemunculan Nazifuddin di Harvest yang mencetuskan keghairahan “penny stock” dalam pasaran Malaysia, dengan peruncit melompat disebabkan khabar angin bahawa Najib dan pemimpin politik lain akan menganugerahankan kontrak kerajaan yang besar seraya memberi manfaat kepada firma-firma di mana mereka atau mereka keluarga telah meletakkan kepentingan di sana.

Suruhanjaya Sekuriti telah dipaksa untuk mengeluarkan amaran bahawa ia akan memantau apa-apa dagangan spekulatif yang berlebihan, tetapi ini tidak menghentikan sindiket terbabit untuk menolak kelebihan mereka di pasaran. Akhirnya saham Harvest diberi status "designated share", ini bererti bahawa sesiapa yang ingin membeli sahamnya perlu membayar pendahuluan dengan cara tunai dan menahan keselamatan selama 3 hari sebelum keluar. Harganya kemudian menjunam, dan naik semula beberapa hari kemudian.

Saham Harvest Court dan waran menghadapi tekanan jualan yang berat pada jam terakhir pemerdagangannya pada hari Isnin, 21 Nov. Saham yang diniagakan setinggi RM1.60 sebelum tengah hari, dan berakhir pada empat sen lebih tinggi pada RM1.40. Waran yang diniagakan tinggi pada kebanyakkan masa pada hari itu , ditutup 11 sen lebih rendah pada RM1.04.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...