13 November 2011

PM RESTUI NAIB PRESIDEN UMNO AMAL RASUAH?

Oleh : CITRA MASADI


PENDEDAHAN Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids’ berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan.

Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh ‘Golden Eye Boy’, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara.

Kes ini harus dipandang berat oleh semua agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Akauntabiliti seperti Jabatan Audit Negara kerana merupakan jenayah perdagangan yang meletakkan negara di ambang muflis.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Solar Hibrid di Pulau Banggi adalah contoh yang paling tepat untuk membuktikan bahawa amalan rasuah yang diperkukuhkan dengan ‘Top-Up’ harga adalah budaya ‘samseng’ yang seakan direstui Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Jika tidak, kenapa beliau hanya mendiamkan tindakan KKLW memilik kontraktor ‘muflis’ bukan bumiputera, Usaha Serimas Sdn.Bhd untuk menjalankan kontrak KKLW.T.67/2011 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II Di Pulau Banggi dengan kos RM 81,475,281.42 sedangkan sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNBES turut menyertai tender berkenaan menawarkan harga RM55,520,848.

Perbezaan harga RM25,954,433.42 merupakan satu kesalahan jenayah terancang kerana sebelum ini TNBES turut melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa I di Pulau Banggi dengan kos RM21 juta sahaja; sekalipun menyerahkan kontrak tersebut kepada empat subkontraktor iaitu Usahasama Shapadu Properties Sdn Bhd dan Berestu Corporation Sdn Bhd untuk kerja Sivil dan Bangunan dan Unimodal Sdn Bhd; Restu Indah Sdn Bhd dan Power Technologies Sdn. Bhd untuk kerja bangunan.

Mengikut maklumat dalaman TNBES, kos berkenaan termasuk profit dan melantik subkontraktor kerana kos sebenar projek BELB Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi hanya berharga RM40 juta sahaja.

Jelas sekali perbezaan harga RM41 juta daripada tender yang ditawarkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd adalah untuk membeli kesetiaan Ketua UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Puteri dan Wanita demi untuk mengucar kacirkan sistem politik dan pentadbiran yang sedia ada.

KKLW menggunakan modus operandi yang sama kerana menawarkan projek kecil kepada semua ‘Desperado’ dalam UMNO

Dalam kes MARA seperti yang ditegur Ketua Audit Negara, semua tender atau projek KKLW atau agensi di bawahnya seakan boleh ‘dikenduri’ oleh Menteri atau suku sakatnya; tanpa perlu merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Pengarah Agensi berkaitan; seolah-olah Menteri KKLW mempunyai kuasa veto dalam melaksanakan projek.

Menteri KKLW telah membelakangkan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Tawaran Tender dan Akta Acara Kewangan; seolah-olah tidak perlu tertakluk kepada Akta Audit Negara dan Akauntabiliti Kerajaan.

Dalam hal ini sewajarnya, PDRM dan SPRM mengambil tindakan drastik berasaskan laporan polis dan SPRM yang telah saya buat kerana mengikut undang-undang, Menteri KKLW telah melakukan rasuah dan pecah amanah.

Apakah Perdana Menteri, SPRM, Polis dan Ketua Audit Negara merestui amalan yang dilakukan Menteri KKLW kerana sejak 2008 amalan songsang ini berterusan yang melibatkan pembaziran peruntukan berbilion ringgit?

Tindakan ‘pecah amanah dan rasuah’ Menteri KKLW telah melahirkan ramai jutawan segera yang terdiri daripada ‘Political Reject’ di dalam UMNO dan Parti Komponen BN; termasuk Haji Mohd Yuso Apdal, Christoper Chiew, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said dan sebagainya yang dijadikan ‘Kuda Tunggangan’ untuk menghancurkan UMNO Sabah.

SPRM dan Polis seolah-olah sudah menjadi satu badan elit yang hanya diperalatkan oleh pemimpin UMNO untuk menghukum atau mencantas pemimpin yang tidak disukai oleh pucuk pimpinan parti; sedangkan penjenayah sebenar turut dilindungi kerana menganggotai badan elit berkenaan.

Tidak cukup dengan sikap Menteri KKLW yang kalis tindakan, Pegawai Khasnya di Tenom, Jamawi Jaafar, juga berkuasa penuh mengatasi Ahli Parlimen dan ADUN kerana mempunyai ‘Kuasa Eksekutif’ untuk melaksana atau mengagehkan projek KKLW kepada kroni dan proksi menteri.

Memang agak menakjubkan kerana di zaman Najib menjadi Menteri Kewangan, khidmat Jurutera atau Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak diperlukan lagi kerana merestui Menteri KKLW melantik FELCRA menjalankan tugas pemantauan projek.

Transformasi FELCRA daripada bidang pertanian kepada kejuruteraan merupakan salah satu kehebatan Najib kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Jurutera untuk mengawalselia projek KKLW sehingga Pejabat Daerah dan JKR dianggap sebagai ‘Pengacau’.

Mungkin rakyat tertanya-tanya bagaimana akauntabiliti kerajaan ditadbir urus oleh Kerajan BN kerana sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Jurutera atau Akauntan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diamalkan Kementerian atau Jabatan lain.

Senario ini berlaku mungkin disebabkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang bukan akauntan bertauliah kerana mengikut Undang-Undang, hanya ‘Akauntan Bertauliah’ yang boleh dilantik sebagai Ketua Juruaudit Negara.

Oleh itu, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara seperti ‘Surat Khabar Lama’ kerana tidak boleh digunakan sebagai alibi untuk pendakwaan di Mahkamah disebabkan tidak ada Jurutera Professional atau Akauntan Bertauliah yang berkhidmat dengan Jabatan Audit Negara bagi memantau pengauditan Jabatan Kerajaan; saling tidak tumpah seperti tindakan KKLW melantik FELCRA bagi mengawal selia projek.

Kesan ketara daripada tindakan tidak professional Menteri KKLW, telah mewujudkan beberapa kasta di dalam UMNO, terutama mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti dan mereka yang hipokrit yang berjuang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan ketiga ialah penjenayah yang berselindung di sebalik lambang UMNO untuk merampas kuasa dan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni, sampai bila-bila.

Pemimpin UMNO yang ada sekarang terlalu bacul untuk menegur tindakan Menteri KKLW kerana kedudukan Datuk Seri Mohd Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang dilihat sebagai mengatasi undang-undang (Above The Law).

UMNO kini dilihat sebagai ‘Gudang Sampah Sarap’ kerana semua pemimpinnya tidak lagi mengutamakan prinsip perjuangan untuk parti, malah sering mencipta sengketa kerana mereka hanya hidup senang, jika wujud sengketa antara pemimpin.

Jika dalam Kes MARA, Ketua Pengarah MARA mengumumkan pihaknya akan mengutip balik semua bayaran terlebih dibayar kepada kontraktor, apakah dalam kes ini, KKLW akan mendapatkan kembali ratusan juga ringgit yang dibayar secara tidak sah oleh KLLW; terutama kepada ‘Bill Collector’ utama seperti Marzuki Datuk Nasir, Azis Jamman, Christopher Chiew, Mohd Yusof Apdal dan sebagainya?

sumber:http://www.sabahkini.net/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...