06 Oktober 2011

Belanjawan Pilihanraya BN vs Belanjawan Rakyat PR

Belanjawan alternatif Kemakmuran Untuk Semua yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat untuk tahun 2012 telah menerima tomahan daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang mengutuk rancangan itu tanpa sekilas pandang pun terhadap isinya, apatah lagi melihatnya dengan teliti.

"Senang kalau kita nak gunakan wang yang kita tak punya," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu apabila ditanya mengenai pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

"Senang untuk kita gunakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh kata apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kita boleh membuat janji-janji sebab kita bukan kerajaan. Buat janji-janji, asalkan menang pilihanraya."

Tetapi benda yang sama boleh dikatakan kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak. Malah lebih teruk lagi. Pakatan tidak mempunyai wang itu kereana mereka tidak berkuasa di peringkat persekutuan. Tetapi kenapa Kerajaan Malaysia yang membelanjakan wang yang mereka tidak punya? Kenapa kerajaan persekutuan BN sentiasa tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan?

'Kesilapan' BN dengan wang rakyat

Barangkali, jawapannya ialah perbelanjaan wang rakyat di dalam pembelian kelengkapan tentera, membayar syarikat penasihat perhubungan awam. Dan ini hanyalah sebahagian daripada keseluruhannya, bila merujuk kepada kesilapan kerajaan Malaysia dalam penggunaan wang rakyat.

Tidak kira apa yang cuba dikatakan oleh Mahathir, sewaktu BN berkuasa inilah banyak wang rakyat sudah dibazirkan. Kenapa kedudukan ekonomi sudah semakin merudum semenjak Naji menagambil alih kuasa? Mungkin inilah masanya untuk kita akui, retorik Najib untuk melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi tidak akan berjaya sekiranya dia enggan menyelesaikan masalah yang sebenarnya.

Untuk suku pertama tahun 2011, hutang kerajaan pusat adalah sebanyak RM430,151 juta berbanding dengan RM407,101 juta untuk waktu yang sama pada tahun 2010. Daripada RM430,151 juta itu, RM425,831 juta merupakan hutang jangka masa sedang dan panjang.

Hutang domestik berada pada RM414,217 juta di mana pada waktu yang sama pada tahun 2010, ianya berada pada RM390,356 juta. Dan hutang jangka masa sedang dan panjang berada pada RM409,897 juta.

Pendek kata, Kerajaan Malaysia berhutang kepada bank dan simpanan-simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencecah angka bebillion-bilion. Hutang-hutang ini adalah suatu misteri apabila kita lihat perbelanjaan kerajaan pusat sudah semakin berkurang. Pada April 2011, angka ini berada pada RM13,769 juta; pengurangan berbanding dengan angka RM19,416 juta untuk waktu yang sama pada tahun lepas.

Harus diingatkan angka-angka ini hanyalah untuk suku pertama tahun 2011. Masih ada sembilan bulan lagi untuk cukupkan setahun. Dan terdapat bermacam-macam alsan untuk kita takuti yang hutang-hutang ini akan meningkat terutamanya bila kita mengambil kira Pilihanraya Umum yang menjelang tiba dan pelbagai lagi inisiatif-inisiatif kerajaan. Kerajaan Malaysia telah mengurangkan perbelanjaannya, tetapi berjaya meningkatkan hutangnya.

Ketinggalan dengan negara-negara lain

Di dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Singapore Straits Times, pakar-pakar ekonomi menimbulkan pertanyaan samada Malaysia yang kaya dengan sumber alam ini ketinggalan dengan persekitaran global. The Straits Times melaporkan hujah-hujah oleh pakar ekonomi yang menyatakan campur tangan selama berdekad-dekad yang memberikan layanan istimewa kepada kaum Melayu dan tidak kepada pasaran terbuka telah membuatkan Malaysia ketinggalan dalam keupayaannya untuk menarik pelabur-pelabur asing.

Menambahkan wang ke dalam ekonomi, seperti yang dijangka akan dilakukan oleh Najib, tidak akan menyelesaikan masalah utama di Malaysia. Ekonomi di Malaysia tidak dibina untuk berkembang dan menjadi matang. Oleh itu, pembentangan Belanjawan oleh Najib yang mendatang ini adalah penunaian ramalan Mahathir berkenaan Belanjawan Pakatan Rakyat.

Belanjawan 2012 Najib akan menjadi Belanjawan Pilihanraya, Kerajaan Malaysia akan membelanjakan wang yang mereka tidak punya. Ia akan menjadi Belanjawan yang akan meraih kembali sokongan majoriti rakyat Makaysia yang sudah terseksa di bawah pimpinannya dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Tutup bocor dulu, kenapa isi air dalam bekas bocor

Kerana inilah inisiatif Pakatan Rakyat untuk membuang monopoli dan mengubah suasana politik merupakan perkara utama reform belanjawan. Inilah perbezaannya.

Di bawah Belanjawan Pakatan, monopoli dan oligopoli akan dipecahkan, persaingan akan ditingkatkan sementara membantu perniagaan Malaysia untuk merendahkan kos. Suasana persaingan akan mengurangkan inflasi dan menambahkan pilihan untuk rakyat.

Politikal reform akan diikut rapat dan hanya dengan membuang campur tangan kerajaan dalam ekonomi barulah masa depan ekonomi di Malaysia akan terjamin. Pendek kata, Pakatan mahu menutup bocor dulu sebelum mengisinya dengan air. Kenapa isi lagi air bila bekasnya bocor?

Inilah senario yang menyelubungi Malaysia. Kita mempunyai ekonomi yang penuh dengan kebocoran, korupsi dan rahsia-rahsia dalam pemberian tenda. Arahan kerajaan yang tidak tentu hala juga menambahkan lagi kebocoran duit rakyat.

Dan inilah perkara-perkara yang tidak akan disentuh oleh Najib di dalam Belanjawannya. Kerana dengan menampal kebocoran ini, struktur feudal BN akan hapus, sesuatu yang Najib tidak mahu untuk berlaku.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...