09 Julai 2011

Sejarah baru bermula esok

Lepas sembahyang Jumaat di Masjid Sauk, aku terus buka Malaysiakini. Terdapat berita mengatakan BERSIH dapat Stadium Merdeka. Fuh!..punya la syok. Terus kemas pakaian dan drive ke Ipoh. Kalau ikut plan, aku tumpang kawan dari Simpang Pulai.
Masuk saja tol Kuala Kangsar, dah ada roadblock. Gila punya kerajaan. Agong dah bagi lampu hijau, depa pulak pasang lampu merah.

Sementara tunggu member dari Simpang Pulai, aku cuba surf internet. Punya la slow. pakai P1 pun slow macam Celcom GPRS!!
Bila dapat capaian internet..rupa-rupanya berita yang Malaysiakini laporkan itu tak betul. Tak kisah la.
Apa pun, matlamat BERSIH sudah tercapai. Bn mungkin menyangka, BERSIH tak sekuat mana. Tak ada nama-nama besar dalam BERSIH. Tak ada pemimpin politik dalam BERSIH. Tapi sokongan yang diberikan tehadap BERSIH memang class.
Apa yang dituntut oleh BERSIH aku tak payah cerita. semua orang dah tau. Tapi yang aku nak tau, mengapa Ibrahim Ali yang bising sangat dalam hal ini. Dan pasai apa Khairy pun nak join sama? Ada yang menarik yang tidak dikupas oleh blogger ataupun penulis politik.
Dalam artikel "The plan is working well" , ayat akhir yang ditulis oleh Raja Petra itu menarik perhatian aku. Raja Petra menulis, "Tan Sri: I think Tun is going to be very pleased. His son should be the DPM very soon once Muhyiddin becomes PM."
Apa kena mengena Mahathir dengan BERSIH?

Dibelakang Beraheng Ali ialah Mahathir. Mahathir penggerak, Beraheng jadi tukang laksana. Khairy menentang Beraheng Ali kerana dia juga menentang Mahathir. Najib buat apa?
Semua hu-ha-hu-ha yang berlaku tentang BERSIH ini disebabkan oleh permainan politik Umno. Najib sudah berada diatas dan kesaorangan. (Mungkin hanya dengan Rosie). Manakala yang dibawah sedang berebut untuk menjatuhkan Najib.

Disatu pihak, ialah kem Mahathir…manakala disatu pihak lagi ialah Khairy Jamaludin. Manakala Najib tersepit ditengah-tengah. BERSIH memeningkan kepala Najib. Disokong salah…ditentang, kalah.
Pertentangan diantara Mahathir dengan Rosmah bukan rahsia lagi. Dan Mahathir adalah seorang political animal yang kejam. Dia sudah mempunyai rekod menyingkirkan siapa saja yang tidak dipersetujuinya. Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Anwar, Pak Lah…dan sekarang Najib.
Mahathir sudah melihat bagaimana BERSIH 1.0 berjaya menumbangkan Pak Lah, dan dia mahu BERSIH 2.0 menumbangkan Najib.

Diperingkat awal, BERSIH 2.0 kurang mendapat sambutan. Ia hanya digerakkan oleh Ambiga, manakala mereka yang menganggotai BERSIH tidak dikenali. Ambiga bukanlah seorang yang popular ataupun karismatik yang boleh menarik penyokong.
Kemudian, BERSIH 2.0 di lonjakkan oleh MCLM yang diketuai oleh Raja Petra dan Haris Ibrahim. Manakala sambutan dari Pakatan Rakyat, sama ada Pas, PKR atau DAP juga msih sunyi. Lantas Mahathir menghantar Ibrahim Ali untuk mempopularkan BERSIH dengan penentangan yang rasis.
Keceluparan Ibrahim Ali menggamit Mat Sabu dari Pas yang datang membela BERSIH 2.0 Komitmen dari Pas hanya tersrerlah apabila Mat Sabu mengumumkan penyertaan ahli-ahli Pas semasa Muktamar. Lepas itu barulah Anwar dan PKR cuba menjadi jaguh BERSIH apabila BERSIH sudah mendapat perhatian umum.

Maka pada masa itu, Raja Petra menulis "How politicians hijack revolutions", kerana merasakan bahawa anwar sudah mula mahu mengambil alih BERSIH. Malah Anwar sendiri pernah berkata, "dia akan memberitahu Ambiga supaya membatalkan BERSIH sekiranya Najib sedia mereformkan SPR". Seolah-olah BERSIH itu mengikut telunjuk Anwar.

Ibrahim Ali terus mengapi-apikan isu perkauman ketika menentang BERSIH, walaupun Umno menyedari, langkah Beraheng Ali ini akan merugikan Umno. Mahathir mahu Umno terus rugi, malah dia sendiri pernah mengharamkan Umno lama dan menghidupkan kembali Umno Baru. Mahathir mahu Umno kecundang dalam pilihanraya akan datang dan menyebabkan Najib tersungkur. Selepas itu, Muhyidin akan menaiki takhta Perdana Menteri dan melantik Mukhriz sebagai Timbalan.
Khairy menyedari strategi Mahathir ini, tetapi dia juga berada didalam keadaan tersepit. Tak kan nak sokong Pakatan pulak? Dan tak kan nak sokong BERSIH juga? Itu pun dah ramai orang Umno yang menggelarkan Khairy sebagai Si Kitol.

Apa yang boleh Khairy lakukan ialah dengan mencuba menarik kumpulan Anti-Mahathir menyokongnya. Khairy menggerakkan Pemuda Umno untuk sama-sama berdemo esok. Satu langkah yang sumbang, dan tidak pasti berapa ramai Pemuda Umno yang bersedia turun esok. Khairy akan terus terpinggir didalam Umno. Silap-silap, Pemuda Umno di boo oleh Perkasa.
Najib berada didalam keadaan tidak tentu hala. Muhyiddin tidak dilihat membantu, malah kenyataan-kenyataan Muhyidin lebih banyak memberikan reaksi negatif terhadao Najib. Maka Najib terpaksa meminta pertolongan Raja-Raja Melayu.

Sultan Pahang secara terbuka membuat kenyataan menyokong Najib. Najib berharap, dengan kenyataan Sultan Pahang ini akan dapat mempengaruhi raja-Raja Melayu yang lain. Raja-Raja Melayu emmang marah kat Mahathir kerana melucutkan hak-hak istimewa Raja-Raja Melayu dalam Krisis Perlembagaan 1987.

Tapi nasib tidak menyebelahi Najib. Yang DiPertuan Agong juga tidak bersetuju dengan Najib. Pejabat Perdana Menteri telah menyediakan kenyataan untuk diumumkan oleh YDP agong, tapi Agong tidak bersetuju dengan kandungannya. Akhirnya Agong membuat kenyataan sendiri dan terpaksa diterima oleh Najib.

Sekarang Najib terpaksa mengharapkan polis dan tentera untuk membantunya. Mampukah polis menyelamatkan Najib? Apakah tentera akan digunakan nanti?
Sama-sama kita tengok esok.
Esok adalah hari bersejarah. The beginning of the end for Umno.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...