03 Julai 2009

PR HARUS PEKA !!!!

Target seterusnya - Kemarahan Kaum India Pulak

CMCN – LEPAS NI SERANG INDIA PULA…BARU BRUTAL!!!

oleh Orang Dalam


Jika kajian sosiopolitik kes-kes penguatkuasaan dijalankan dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), dan kesan-kesan yang terhasil dari tindakan itu sejak Jun 2008, kita akan dapati susunannya adalah multi racial dan multi goals.Mula-mula jadi Setiausaha MBAS, CMCN ligan orang melayu yang meniaga air balang, buah pelam longgok, ayaq nyok, buah limau buah epal depan Pekan Rabu. Berselerak habih buah dan air balang. Hingga kemarahan peniaga-peniaga kecik ni memeningkan Dato’ Taulan Rasul yang pegang portfolio Kerajaan Tempatan. Taulan makan maki hamun peniaga hari-hari, sehingga terbina persepsi awam iaitu Taulan seorang Exco yang lemah walaupun pernah bekerja di Bandaran Alor Setar.

Membantai peniaga melayu ni terhenti bila MB menegur tindakan menyepak balang air hinggakan berlaku kezaliman dan penindasan. MB mengarahkan mereka diberi lesen. Biarlah mereka mencari rezeki yang halal. Ingatan MB ialah tentang air mata orang yang dizalimi dan pesanan Rasulullah kepada sahabat yang diutus menjadi gabenor di Yaman. Apakah keutamaan bila menjadi pemerintah dan apakah yang dikatakan zalim.Lepas Melayu, CMCN mula balik ‘novela sampah’ di Alor Setar.

Masalah ini hampir selesai bila dapat Dato’ Bandar yang baru, tetapi menjadi-jadi semula bila isu peniaga kecil-kecilan senyap. Sampah mula berulat semula, hingga ada kawan-kawan melawak..aku dekat-dekat nak masuk parit tadi, mengelak ulat sampah melintas jalan!CMCN orang yang peka dengan suasana politik. Dia diutuskan oleh bosnya membina persepsi negative kepada kerajaan sekarang.

!IsuKerja mengharu birukan kerajaan PR direncana dengan teliti.Terkini, CMCN dilaporkan lebih berkuasa dari Dato’ Bandar. Tak ada Ahli Majlis yang dilantik berani bertekak dengannya. Dia akan menepuk meja dan menuding jari kepada yang berani memberi cadangan lain daripada cadangannya. Tugas setiausaha Majlis ialah melaksanakan keputusan mesyuarat Ahli Majlis, tetapi CMCN sudah menentukan keputusan mesyuarat sebelum mesyuarat bermula. Dia ada menuntut sikit ilmu ‘kepala masam’ dari Yusof Nayan. Ahli Majlis yang baru-baru ni malas nak bertembung dengan CMCN, buang karan

Isu rumah sembelih babi juga ada ramuan CMCN untuk mengeruhkan keadaan. Hanya dengan satu mesyuarat, keputusan meroboh diambil sebelum jawatankuasa perundingan yang dibentuk dalam mesyuarat memulakan rundingan dengan pengusaha rumah sembelih itu. Notis perobohan yang biasanya ditampal digantikan dengan banner besar untuk menarik perhatian orang.Arahan penangguhan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri tidak diendahkan, sehingga memaksa MB mengeluarkan surat meminta tangguh. Itu memang tujuannya. Surat itu kelak akan dijaja sebagai bahan bukti MB membela pengusaha babi dan membelakangi orang melayu yang sesak nafas dan loya tekak dengan tempat itu. Dilagakan juga rumah babi itu dengan rumah-rumah Melayu di kampong Tok Bidan yang dirobohkan sebelum itu, walaupun kesnya jauh melangit.

Perobohan itu bagi CMCN mempunyai banyak tujuan. Dia akan dikatakan berani melaksanakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja. Tujuannya juga ialah membangkitkan kemarahan kaum cina kepada kerajaan, ini prioritinya. CMCN memang berjaya dalam hal ini bila DAP meninggalkan PR di Kedah, dan menimbulkan pelbagai polemik. Sewaktu ditemui oleh wakil DAP di pejabatnya sebelum perobohan itu, CMCN mengungkapkan kalimah ini ”Lepas ini, tiada siapa yang boleh halang saya, mai lah surat daripada siapapun, MB ka, saya tak akan peduli lagi”. Berani dan tegas sungguh CMCN. Wakil DAP pulang dengan kemarahan yang meluap-luap.


Tetapi CMCN lupa, tindakan itu juga memberi kelebihan kepada PR. Tindakan yang terhalang oleh politik BN sejak 1993, terlaksana dengan keberaniannya. UMNO ‘tersangkut’ pada rumah babi itu selama 16 tahun kerana takutkan MCA dan Gerakan. Millage ini terlalu besar kesannya kepada UMNO yang menjadi tuan CMCN sejak sekian lama. Tiba-tiba CMCN menjadi hero kepada penyokong PAS dan orang Melayu (termasuk orang cina sendiri) yang marahkan rumah babi itu sejak sekian lama. 65% orang cina menyokong tindakan itu. Dia merancang, tuhan juga merancang, perancangan Allah paling baik.


Saya yakin bos CMCN tidak senang dengan kesan tak sengaja ini.Kini mata CMCN teralih kepada sebuah dewan awam di sebuah kuil hindu di Jalan Pegawai. Luas dewan itu lebih kurang 900 kaki persegi, tempat masyarakat India belajar tarian tradisional, tempat perjumpaan, jamuan, tiusyen dan kegiatan sosial kaum India penganut hindu.Dewan itu berada di sana sejak 60 tahun lalu. Semasa projek kompleks perniagaan yang diusahakan oleh kerabat DiRaja di situ, di rancang dan dibangunkan, dewan itu tidak termasuk dalam plot pelan tapak yang diluluskan oleh bandaraya.

Bila hamper siap, enam petak tempat parking kereta yang dilakar dalam pelan tidak dapat dibina kerana dewan itu beradadi atasnya. Perundingan dijalankan sejak sekian lama termasuk berunding dengan VVIP yang terlibat. Ada yang minta RM100k untuk membiarkan dewan itu, ada yang nak robohkan, ada yang cadangkan kuil itu bayar levi kepada bandaran kerana tapak parking yang terlakar dalam plan tidak dapat dibina.Merobohkan dewan itu adalah satu-satunya pilihan CMCN, walaupun kerabat itu bersetuju memilih levi. Maka, kemarahan penganut hindu, orang india dapat dijana dengan merobohkan dewan itu. Kini tiba giliran mereka pula, Melayu sudah, cina pun sudah, india la pulak!

Target CMCN ialah India pula meninggalkan PR, atau paling kurang EXCO India marahkan kerajaan dan letak jawatan akibat tekanan penyokong dan kaumnya. Adakah hal ini akan berlaku???Jika levi dibenarkan oleh undang-undang kerajaan tempatan atau perumahan atau apa saja, ia adalah jalan terbaik, CMCN tak boleh pilih opsyen yang paling kontreversi. Jika meroboh adalah satu-satunya opsyen yang ada, jawatankuasa kuil boleh diberikan kerja-kerja meroboh itu, supaya kesan kerosakan kepada struktur bangunan yang tidak terlibat dapat diminimumkan.

Begitu juga kesan politik dan social. Saya tidak jangka tindakan dan kesan yang dapat dihidu ini akan dibiarkan oleh HINDRAF dan Makhal Sakthi. Saya sokonh CMCN dengan ketegasannya melaksanakan peraturan, tetapi sangsi dengan tujuannya! Kerana sejarahnya……

CMCN ialah Cik M@t Cik N@i. Waktu terlibat dalam SUKMA yang dianjurkan di Kedah satu masa dulu, di kalangan orang yang mengendalikannya menterjemahkan SUKMA dengan makna Syed U@#$ Kaut, Mat Angkut.

ihsan dari - KedahLaNie TIME

1 ulasan:

Cokolat Angin berkata...

Aku tahu perkara yang sebenar yang mungkin dibincangkan ketika MB Kedah dan ahli ting tang beliau ketika menjamah nasi mangkuk bertingkat yang dibawa semasa perjalanan ke Kuala Lumpur dari Sri Mentaloon.Pas sebenarnya tidak berminat dengan kerjasama PAS,PKR dan DAP di Kedah,Mereka lebih senang memerintah Kedah tanpa parti Pakatan.Banyak bukti2 yang menunjukan Pas terlalu dominan dalam melaksanakan pemerintahan di Kedah.

Rancangan demi rancangan sedang diatur bagi memastikan kemenangan mutlak mereka yang akan membolehkan mereka memerintah Kedah pada masa akan datang tanpa bantuan rakan pakatan yang lain terutama DAP dan PKR.Kekuatan DAP dan PKR adalah kombinasi pelbagai bangsa di kawasan dun2 terlibat,seperti Lunas,Sidam,Kulim dan beberapa tempat lain.Orang Melayu tidak terusik terhadap isu ini dan Pas beranggapan ia lebih menguntungkan mereka walaupun tidak untuk Pakatan Rakyat.

Masyarakat bukan Melayu mula sangsi terhadap komitmen kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat terutama di Kedah untuk membela dan memelihara kepentingan bukan Melayu.Undi mereka akan merosot untuk parti2 Pakatan rakyat pada PRU13 sekiranya baik pulih tidak dilakukan segera.Perkara ini akan menyebabkan impak negatif kepada parti yang bertanding dikawasan bercampur-campur yang akan ditandingi oleh PKR mahupun DAP.

Sebaliknya PAS kurang terkena tempiasnya kerana majoriti PAS bertanding dikawasan majoriti Melayu.Pas mudah untuk mengekalkan kerusi mereka tetapi untuk PKR dan DAP agak sukar.Pas akan meraih lebih kerusi jauh meninggalkan PKR dan DAP dan akan mampu menubuhkan kerajaan Kedah walaupun tanpa bantuan PKR dan DAP.Pas juga yakin tindakan membiarkan perobohan bangsal penyembelihan babi ini akan membuatkan pengundi Melayu bertambah dan mengundi mereka pada PRU akan datang,Inilah niat sebenar PAS yang senantiasa tidak ikhlas terhadap rakan2 dalam Pakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...