05 Julai 2009

KEJAM...KEJAM DILANCARKAN...REFORMASI

Liputan Luas Perjelas Pertuduhan Palsu Anwar

Angkatan Muda Keadilan akan memberi penjelasan secara meluas menerusi rangkaian Facebook, Twitter, blog dan pelbagai lagi media alternatif lain bagi menyampaikan fakta sebenar berhubung konspirasi pucuk pimpinan UMNO mendalangi pertuduhan palsu liwat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pelbagai informasi yang selama ini tidak disiarkan oleh media arus perdana kawalan BN akan disebarkan kepada orang ramai melalui media alternatif mengenai perbicaraan Datuk Seri Anwar yang dijadualkan bermula pada Rabu depan.
Segala hebahan itu akan diselaraskan oleh Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Anwar atau KEJAM.
" Kita akan menggunakan pelbagai pendekatan tetapi yang paling utama ialah pendekatan secara konvensional dan new media. konvensional adalah melalui penggunaan penedaran maklumat, pentas anak muda, ceramah umum, sebaran di masjid dan strategi paling penting ialah menggunakan sepenuhnya media baru seperti facebook, twitter, blog. Kita bertujuan memberikan maklumat sejauh mungkin kepada rakyat"
Samsul berkata keputusan Mahkamah Rayuan menerima keputusan Peguam Negara Gani Patail untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi adalah sebahagian daripada konspirasi untuk memintas perjuangan politik Anwar dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
" Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan kes Anwar di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan UMNO dan Barisan Nasional untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat ini terhalang"
Gani telah mengarahkan kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi sungguhpun diarahkan oleh perdana menteri ketika itu Abdullah ahmad Badawi supaya tidak campur tangan kerana disiasat berhubung pemalsuan bukti dalam insiden mata lebam anwar pada tahun 1998.
Samsul menggesa rakyat Malaysia menghadiri perhimpunan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta sebagai tanda sokongan kepada Anwar.
" Dengan nada yang sama kita menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin kepada prinsip keadilan agar turun beramai-ramai pada 8 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta"
Sementara itu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menegaskan, perhimpunan yang bakal diadakan bukan untuk menimbulkan huru hara tetapi hanya sebagai tanda sokongan untuk ketua umum PKR itu.
" Kita hendak maklumkan kepada pihak polis supaya jangan melakukan perkara yang sama seperti 10 tahun lalu. Bagi pihak Angkatan Muda Keadilan, kita tidak ada rasa ragu-ragu untuk menyeru rakyat turun pada 8 Julai nanti. Ini adalah hak rayat. Dan ini adalah hak yang dijamin di dalam perlembagaan"
Setakat ini 10 NGO telah memberikan sokongan kepada Kejam. Penyokong Anwar akan berpakaian hitam pada hari tersebut untuk menunjukkan tanda sokongan kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...