09 Mei 2009

Pentadbir di Kedah diberi amaran jangan jadi 'api dalam sekam'

Izwan Abdul HalimSat May 09, 09 11:26:29 am MYTKUPANG, 9 Mei (Hrkh)

- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) melontarkan amaran kepada pihak-pihak yang bermain politik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan cuba mengganggu gugat kesejahteraan negeri ini. Dalam ucaptama bertemakan "Memelihara Kemenangan", Ketua DPPNK, Ustaz Musoddak Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat Negeri Kedah telah membawa pendekatan yang sesuai dengan budaya integriti kepimpinan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah."Sebagai orang politik yang menjadi pembuat dasar, kepimpinan Pakatan Rakyat telah menunjukkan rasa hormat kepada golongan pentadbir dengan tidak 'memaksa' mereka mengikuti telunjuk-telunjuk politik.
Sebaliknya, mereka diberi penekanan agar menunaikan amanah kerja mengikut tanggung jawab yang termaktub sebagai pentadbir selain diberi kebebasan untuk 'menganut' sebarang fahaman politik."Pun begitu, Dewan Pemuda ingin memberikan ingatan kepada para pentadbir, agar tidak bersifat 'api dalam sekam' kerana kita tahu, terdapat pentadbir yang galak bermain politik kepartian dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan."Sifat adil yang ditekankan kepimpinan Ustaz Azizan serta melayan semua pihak sebagai rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik, telah mendidik kami dan rakyat negeri ini akan budaya politik berakhlak."Namun, Pemuda PAS Kedah ingin memberi amaran kepada pihak-pihak yang masih cuba menggugat kesejahteraan negeri ini dengan perbagai kerja politik jahat.
Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau yang terpaksa diadakan bulan lalu adalah bukti permainan politik jahat golongan ini," ujarnya pada perasmian Muktamar Tahunan DPPNK Kali Ke-43 di Kompleks Yayasan Al-Khairiah, di sini malam tadi.Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai kewibawaan kerajaan negeri, dimana DPPNK menuntut agar saf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar lebih aktif menggerakkan agenda 'Kedah Sejahtera'.Tegas beliau, DPPNK mahu saf Exco bergerak sebagai satu pasukan, bukan hanya bergantung kepada Menteri Besar.Katanya, Pemuda pada setiap masa bersedia menawarkan khidmat membantu urusan-urusan yang dibenarkan. - mns


KedahLaNie TIME

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...