12 Januari 2014

TS KHALID DIIKTIRAF IKON REFORMASI SELANGOR


MB: Kerajaan PR komited laksana reformasi pentadbiran


Oleh: Lizawati Madfa

PETALING JAYA 12 JAN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin bahawa visinya untuk mereformasikan budaya pentadbiran selaras dengan kehendak rakyat.

Abdul Khalid berkata, sejak berlakunya tsunami politik Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) terus bekerja keras bagi membuktikan kerajaan baru yang dipilih rakyat jauh lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).


Atas dasar itu, katanya, pelbagai program kebajikan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat yang sebelum ini diabaikan termasuk pemulihan projek perumahan terbengkalai seperti di Bukit Botak, Selayang.

“PR dipilih rakyat atas dasar reformasi yang dibawanya untuk mengamalkan sistem pentadbiran lebih telus, berintegriti, adil dan bebas daripada amalan rasuah.

“Namun rakyat kini bukan mahu dengar sahaja, mereka mahu lihat reformasi itu dizahirkan dan itulah yang kita lakukan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Ulang Tahun ke 53 Rotary Club Petaling Jaya (RCPJ) yang diadakan di Hotel Empire di sini, malam tadi.

Terdahulu, Abdul Khalid menerima dua anugerah khas RCPJ iaitu President’s Award for Humanitarian Service dan Paul Harris Fellow.

Presiden RCPJ, Kapten H.S Dharan, berkata pemilihan Menteri Besar dibuat berdasarkan kejayaannya menjadi ikon reformasi di Selangor.

“Menteri Besar membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang mampu melakukan perubahan reformasi, evolusi dan inovasi dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat kepada tahap lebih baik.

“Bukan sahaja negeri semakin maju malah rakyat juga tidak dipinggirkan dalam arus kemajuan,” kata Dharan dalam ucapannya.

Hadir sama ialah isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut serta anggota Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan Dr. Daroyah Alwi.

Isu kalimah Allah agenda politik BN

Isu kalimah Allah agenda politik - Aziz Bari



KUALA LUMPUR - Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari mempersoalkan siapa sebenarnya keliru dalam isu kalimah Allah yang telah ditimbulkan sejak kebelakangan ini.

Beliau pada program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menjelaskan golongan yang keliru adalah mereka yang tidak mengetahui apa itu Islam secara mendalam.

"Saya tidak nampak siapa yang keliru dalam isu ini, penjelasan daripada penganut Kristian dan mereka yang hadir mendengar wacana tidak ada seorang pun yang keliru.

"Malah di luar sana kebanyakkan mereka boleh menerima kerana tidak ada satu pun ancaman yang timbul.

"Kalau tidak ada yang keliru, jadi mereka yang memperbesarkan isu ini sebenarnya keliru. Kalau golongan yang faham sebenarnya erti Islam tidak timbul perasaan keliru tetapi jika sebaliknya inilah yang terjadi," jelas beliau di hadapan kira-kira 200 yang hadir.

Beliau yang turut mempertikaikan pandangan sesetengah pihak mengatakan wujud ancaman kepada umat Islam di negara ini apabila kalimah Allah diguna oleh masyarakat Kristian.

Katanya, masyarakat Islam merupakan golongan majoriti di negara ini dan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, adalah suatu yang mustahil jika golongan Kristian yang minoriti mampu mengancam keamanan negara ini.

"Wujud ancaman, saya tidak nampak langsung ancaman kepada umat Islam di negara ini. Kita berada dalam kelompok majoriti dan bagaimana golongan minoriti dapat mengancam kita.

"Semua kenyataan tersebut tidak boleh diterima akal, negara mempunyai undang-undang dan kita berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi, jadi bagaimana Kristian boleh timbulkan ancaman.

"Saya tegaskan Perlembagaan yang ada tidak pernah gagal dalam pelaksanaannya, tetapi yang gagal adalah kita yang tidak dapat memahami roh dalam Perlembagaan tersebut termasuk juga gagalnya kita memahami apa Islam sebenarnya," sambung beliau.

Menurut beliau, isu yang telah ditimbulkan ini telah memberikan publisiti negatif kepada negara di peringkat antarabangsa kerana gagal mewujudkan suasana hormat menghormati antara pelbagai kaum dan anutan agama.

Malah jelasnya lagi, isu tersebut sengaja disebarkan bagi tujuan keuntungan kepada pihak tertentu sahaja.

"Negara ini telah mendapat publisiti negatif secara percuma kerana kita gagal mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara pelbagai kaum dan agama.

"Agenda ini hanya untuk keuntungan kepada pihak tertentu sahaja, yang bertujuan untuk kepentingan politik serta mengalihkan isu yang lebih penting seperti bebanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.

"Sebelum ini isu 13 Mei dihangatkan bagi menakutkan orang Melayu terhadap kaum Cina, kemudiaan Syiah pula diperluaskan dengan menuju kepada pimpinan PAS sebagai menarik undi Melayu dan sekarang cuba menakutkan Melayu dengan Kristian, jadi agenda-agenda sedemikian kita perlu berhati-hati agar tidak termasuk dalam perangkap," jelasnya.

Beliau yang meminta agar semua pihak membuat tindakan susulan untuk merungkaikan kekeliruan dan salah faham yang sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk mendapat keuntungan politik semata-mata.

"Isu seperti ini memang diberi perhatian oleh masyarakat Melayu dan saya berharap usaha yang bersungguh-sungguh perlu dibuatkan bagi memberi penjelasan kepada orang Melayu agar mereka lebih faham dan tidak termakan dengan komen atau pandangan sempit serta negatif yang tidak selaras dengan masyarakat majmuk negara ini.

"Sebagai umat Islam yang sepatutnya menegakkan yang makruf dan menegahkan yang mungkar, sepatutnya mereka perlu hayati konsep Islam itu yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebelum ini untuk kesejahteraan seluruh masyarakat dunia dan bukan untuk golongan tertentu sahaja," sambung beliau.

Beliau yang pada masa yang sama turut memberitahu apa yang diperkatakan bukan bermaksud menentang keputusan istana tetapi bagi meredakan kekeliruan yang wujud dalam masyarakat negara ini terutamanya golongan Melayu.

Turut menjadi panel pada wacana semalam adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (MECF), Eugene Yapp. - Harakahdaily

11 Januari 2014

PANAS ! MACAI BN SAHKAN RAMAI MENTERI-MENTERI NAJIB SETARAF " CAP AYAM ".....


Hangpa baca dibawah betapa teruknya standard  menteri dan timbalan  menteri najib yang memalukan macai-macai dan penyokong BN.....hanya sekadar membodek najib dan rosmah....alamat bungkuslah ekonomi Malaysia selepas ini.....ini disahkan lagi oleh macai-macai umno tahap dewa.......



HASAN MALEK TAK JADI LETAK JAWATAN... TAPI SEBENARNYA RAMAI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI YANG PERLU BERAMBUS!!!

Posted by CUCU TOK WAN at 10:30 PM Friday, January 10, 2014




Menteri KPDNKK atau lebih dikenali sebagai MENTERI AYAM, telah menafikan yang dia akan meletak jawatan sebagai Menteri sebagaimana yang diuar-uarkan. Sebaliknya berita yang tersiar secara meluas semenjak semalam, dikatakan sebagai berita palsu sepertimana palsunya juga janji KPDNKK untuk menguatkuasakan undang-undang mengekang kenaikan harga yang dilakukan oleh pemborong.

Tak kisahlah... turun ke, letak jawatan ke atau dipecat sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa!

Najib Abdul Razak sedang menghadapi hari-hari malangnya. Taktik mengambil musuh untuk bekerja bersama-sama, ternyata telah memakan diri. Najib tidak mungkin melakukannya atas kapasiti individu tetapi sudah pasti TERPAKSA MELAKUKANNYA kerana banyak faktor termasuklah LOBI dan JANJI daripada kumpulan yang menjadi tembok negeri China di sekelilingnya.

Walaupun pada awal pengangkatannya sebagai Perdana Menteri, Najib Abdul Razak menjanjikan TRANSFORMASI tetapi transformasi yang dijanjikan, MASTURBASI pula yang jadi!!!


Semuanya kerana orang-orang yang dipilih untuk menganggotai pasukannya terdiri daripada golongan KAKI MELANCAP TEPI LONGKANG yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Dan ini boleh diperhatikan bagaimana pada PRU13 lalu, yang kelihatan bekerja keras adalah NAJIB ABDUL RAZAK sendiri sehinggakan dia terpaksa menjaja bibir merah jambunya dan mukanya kepada rakyat melalui program TURUN PADANG.

Rakyat sedang marahkan Najib Abdul Razak kerana terlalu mempertahankan KAKI-KAKI LANCAP yang ada dalam kabinetnya selain para penasihatnya yang menjadi musibat menyebat duit rakyat berbilion ringgit kerana status mereka sebagai konsultan. Biarpun Najib dipuji kerana mereformasikan ekonomi negara, tetapi pada masa yang sama, reformasi ekonomi itu turut mengundang masalah kepada rakyat, terutama sekali kenaikan harga barang dan servis.

Mungkin agak keterlaluan tetapi Najib Abdul Razak perlu merombak keseluruhan anggota kabinetnya bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat. Apatah lagi kebanyakan anggota kabinet sekadar bersifat MENEMPEL bahkan ada sesetengahnya yang turut menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional dari dalam sepertimana yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin menerusi sifat liberalnya serta Waythamoorthy yang terlebih HINDRAF berbanding Parti BJP yang meruntuhkan Masjid Babri di India!!!

Selepas masalah yang ditimbulkan hasil daripada pentadbiran lembik Abdullah Badawi, seharusnya Najib Abdul Razak yang mengambilalih jawatan Perdana Menteri memecat dan menyingkirkan kesemua parasit dan virus yang menjahanamkan pentadbiran Abdullah, bukannya mengekalkan mereka.

Anggota kabinet dan pasukan Najib seharusnya tidak sahaja LEBIH BAIK dairpada anggota kabinet dan pasukan Abdullah Badawi, bahkan PERLU DILIHAT LEBIH BAIK... bukannya MANDOM, LEMBIK, TEMBE dan HANYA PANDAI BERCAKAP seperti yang dibuktikan oleh ahli-ahli pasukan Abdullah yang sekarang ini ada dalam pasukan Najib!

ISU MERC LIM GUAN ENG DITUTUP DENGAN KEBANGANGAN DAN DOLAK DALIH MUKRIZ


Isu Kereta : Aduhai malu aih sebagai RAKYAT KEDAH bila boleh MB PEMBOHONG









TERKINI ! KELANTAN ,TERENGGANU DAN PAHANG DILANDA BANJIR GELOMBANG KEDUA !!! - BERITA DIKEMASKINI


BANJIR DI KELANTAN: Bantuan anggota polis kepada mangsa banjir di Tanah Merah, Kelantan.


BANJIR DI TANAH MERAH



BANJIR DI JELI KELANTAN


Terengganu dilanda banjir gelombang kedua

KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Banjir gelombang kedua mula melanda Terengganu apabila 155 orang daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan sejak awal pagi semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi ini, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang dari lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang dari 11 keluarga).

Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi semalam berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.

Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.

Sementara itu, di daerah Kuala Terengganu, cuaca buruk pagi ini dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala.


LAPORAN DARI PAHANG


Sungai Lembing bah

Kuantan: Hujan enam jam sejak malam kelmarin menyebabkan pekan Sungai Lembing, di sini, dinaiki air sedalam kira-kira satu meter menyebabkan paras air sungai berhampiran naik mendadak, semalam.

Pekan kecil di pinggir bandar itu mula dinaiki air kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membunyikan siren sebanyak dua kali sebagai tanda amaran kepada penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Tinjauan Harian Metro di sekitar jalan Sungai Lembing mendapati, beberapa kawasan berhampiran turut dinaiki air antaranya di Panching, di sini.

Manakala, tempat dinaiki air adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching, namun tiada sesi persekolahan ketika kejadian.



KEADAAN pekan Sungai Lembing yang dinaiki air.

Seorang penduduk, Salamah Mohammad, 63, berkata air mula menaiki kawasan rumahnya kira-kira jam 2.30 petang sebelum siren dibunyikan sebagai amaran kepada penduduk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...